17 Jan 2006

Tips mendengar radioblog

Elok jugalah saya buat penjelasan berhubung tips atau panduan mendengar radioblog ni, memandangkan ada yang mengalami kesukaran. Sekiranya anda perhatikan pada console radioblog (pada bahagian atas sebaris dengan jangkamasa/timer dan perkataan "ZAP") ada satu jalur yang bergerak setiap kali sesebuah lagu diklik atau sedang berkumandang. Jaluran ini sebenarnya memberi petunjuk samada radioblog berfungsi dengan normal atau sebaliknya pada masa-masa tertentu. Ada dua warna jalur, iaitu biru muda dan satu lagi biru tua.

1. Keadaan sempurna

Keadaan ini berlaku sekiranya anda klik sebuah lagu dan jalur biru muda dengan cepat memenuhi ruangan, ini menunjukkan tiada gangguan dan lagu telah di download secara normal. Lazimnya setelah jalur biru muda memenuhi ruang ianya akan diikuti dengan kemunculan jalur biru tua yang akan bergerak perlahan-lahan mengikut status lagu yang dimainkan.

2. Keadaan hampir sempurna

Keadaan ini merujuk kepada keadaan di mana jalur biru muda dan jalur biru tua bergerak "neck to neck" (macam kuda yang sedang berlumba). Adakala keadaan ini akan menjadi stabil ke keadaan (1) atau tak stabil terus seperti keadaan (3).

3. Keadaan tak sempurna

Keadaan ini berlaku bilamana jalur biru tua bergerak lebih cepat dari jalur biru muda, menjadikan lagu bermain "terputus-putus" (belum habis telah melompat ke lagu yang berikutnya).

Untuk keadaan (2) dan (3) penjelasan yang saya dapat dari pihak radioblog adalah seperti berikut:

a) kesesakan trafik ke radioblog server:- maknanya ramai visitors sedang masuk mendengar radioblog pada masa tersebut menyebabkan berlaku gangguan bandwith pada radioblog server (maklumlah jumlah bandwith ke radioblog saya terhad dong!)

b) gangguan/masalah internet connection di kawasan anda:- yang ini agak pelik sedikit sebab bila anda masuk website lain anda tiada masalah (malah dapat melayari website lain dengan cepat) dan yang peliknya mereka yang berada di kawasan lain tidak mengalami gangguan yang sama. Saya sendiri pernah mengalami situasi ini sila rujuk artikel "My black Friday" dan bila menghubungi kawan-kawan di tempat lain mereka mengesahkan tidak mengalami gangguan mendengar radioblog!

Untuk keadaan (2) dan (3) actually (sekiranya anda tak keberatan) apa yang anda boleh lakukan ialah dengan mengklik lagu tersebut beberapa kali sehinggalah jalur biru muda memenuhi ruang (lebih kurang mendownload lagu tersebut) tapi ini akan mengambil masa. Satu cara lagi ialah dengan membiarkan lagu tersebut melompat dari satu lagu ke satu lagu sehingga sampai ke barisan lagu terakhir sebelum beralih semula ke lagu pertama(melengkapkan satu loop). Lazimnya untuk loop yang berikutnya (lagu beralih semula ke lagu pertama) jalur biru tua diperhatikan akan memenuhi ruang sedikit demi sedikit dan sekiramya dibiarkan terus looping akhirnya akan memenuhi sepenuhnya ruang tersebut (sekali lagi, ini mengambil masa terutama untuk melengkapkan satu loop bagi senarai lagu panjang - atas alasan ini juga saya tergerak untuk memendekkan senarai lagu, mungkin 10 buah lagu saja dalam satu-satu masa, tapi bila difikirkan balik masalah ini tidak kerap berlaku maka saya lupakan saja idea tersebut)
Satu lagu tip atau trick ialah sekiranya trek yang anda hendak dengar (contoh Trek 1) melompat ke trek berikutnya (Trek 2), anda hanya perlu mengklik balik Trek 1 untuk dimainkan semula. Ulangi mengklik Trek 1, sekiranya masalah terus berulang sehinggalah Trek 1 boleh didengari sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan anda hanya 70% sahaja daripada jangkamasa asal setiap lagu diupload di sini. Maknanya untuk lagu yang jangkamasa asalnya 4 minit, anda hanya boleh mendengar sekitar 2.8 minit di sini. Mungkin saya lakukan ini atas beberapa alasan seperti mau protect lagu-lagu berkenaan dan juga inginkan sokongan anda terhadap bidang muzik tempatan (if you know what I mean) maka jadilah radioblog ini sebagai medan mempromosikan lagu-lagu tempatan (ala-ala pre-listening kepada lagu-lagu yang ada di luar/pasaran sana). Begitulah alkisahnya.

p/s: kepada anda yang buat pertama kali melawat ke sini dan terus dikejutkan dengan keadaan (2) dan (3) di atas, jangan cemas timing anda mungkin silap. Keep coming cause sooner or later keadaan akan balik semula ke normal.

1 comments:

Anonymous said...

thanks