5 Jan 2006

Santapan hari Khamis....

Shanna cantik dan tidak sombong


Wow! Cantik dan menawan sungguh pesona wajah pendatang baru – Persana Avril Sollunda. Nama komersilnya Shanna Avril. Bukan Avril Lavigne penyanyi luar negara tu. Ha ha! Umurnya baru 22 tahun. Tarikh lahirnya 10 November 1982. Shanna adalah model, pelakon dan penyanyi.Wajah jelitanya hasil daripada perkahwinan campur ibu bapanya. Shanna berdarah kacukan Siam, Cina, Kadazan dan Utara India. Shanna dilahirkan di Sabah. Shanna beragama Kristian. Menurut Shanna dia sedang dalam proses menghasilkan album sulung berkonsepkan pop dance. Setakat ini Shanna dah berlakon dua drama iaitu Tangisan Bulan Madu (slot Kisah Benar – TV3) dan drama 13 episod – Cinta Dia. Bersembang bab cinta dan lelaki idaman, cerita Shanna: “Cinta pertama saya masa umur 13 tahun. Itu sekadar cinta monyet aje. Kisahnya kelakar sikit. Hi!Hi!. Pakwe tu tak tahupun saya menaruh perasaan padanya. Sayapun suka-suka main-main je. Pelajaran datang dulu masa tu. Lagipun ibu dan bapa saya tegas sikit. Sekarang ni saya belum fikir lagi untuk bercinta. Memang ada lelaki yang cuba mendekati saya. Tapi saya tolak dengan cara baik. Saya ni jenis yang tak sombong dan berfikiran terbuka. Saya akan berterus terang kat mereka yang saya belum mahu bercinta dan kalau setakat nahu berkawan tu okeylah. Cinta itu bukan perkara mainan. Cinta adalah kasih sayang, caring, loving dan understanding. Sebelum ni saya pernah bercinta dengan lelaki Melayu. Ianya Cuma soal hati dan perasaan.. Lelaki idaman....saya sukakan lelaki yang baik hati, tak suka menipu, penyayang, penyabar dan understanding. Soal kacak atau tidak...tak menjadi masalah kepada saya”. Mesti ada yang terpikat bila tengok Shanna di halaman warna?. Shanna siap pos dengan ular sawa berwarna kuning lagi. Kelas cik oii. Menurut Shanna kali pertama pegang ular dia rasa geli juga la. Tapi bila dah lama-lama Shanna dah berani sikit. Emel Shanna platinumphoenixent@yahoo.com

Uiinaa...main ular lagi!!

Mangga Sep 2005

dbosfm: Adakah kemunculan albumnya bakal menggugat artis-artis yang sedia ada? Adakah suaranya secantik orangnya atau adakah suaranya lebih memihak kepada suara penyanyi Utara India?...seperti wajahnya...



0 comments: