26 Jan 2006

Penyanyi-penyanyi cilik ....

Angelbon

Pertama kali mendengar budak ni menyanyi ialah semasa pertandingan Bintang Sabah di Buhavan Square Januari tahun lalu (2005). Terkejut beruk saya, manakan tidak punyalah nyaring suara dia ni. Masa itu beliau menyanyikan beberapa buah lagu tapi yang saya ingat jelas ialah lagu "It's My Life" (Bon Jovi) dan "Hero" (Enrique Iglesias). Kalau lagu yang dinyanyi tu ditingkatkan key ke 1,2 octave tidak apa lagi, ini dia ubah ke full octave, nyaring habis!senyaring penyanyi Hindustan perempuan! Keistimewaan kanak-kanak ni lagi ialah beliau memiliki stage showmanship yang hebat (manakan tidak, dengar khabarnya pernah menjadi juara wushu kanak-kanak). Kalau menyanyi lagu rancak memang tidak sah kalau tidak melompat, berpusing-pusing, flying kick dan bersilat. Semua ini dibuat tanpa terkapus-kapus (budak-budaklah katakan). Beliau ni memang sering mendapat undangan membuat persembahan pentas dan pernah beberapa kali berkongsi pentas dengan bintang-bintang AF3. Dengar khabar juga, beliau bakal merakamkan album. Saya rasa amat bertepatan sekali dan elok juga dipercepatkan sebelum suara dia bertukar manjadi garau! (Tak silap tahun ini usia beliau 12 tahun, tahun depan 13...nah mau bertukar suara sudah tu!). Teringin juga nak mendengar beliau mendendangkan lagu-lagu nyanyian Michael Jackson semasa zaman kanak-kanak seperti "Rocky Robin", "Ben", "I'll Be There" dalam persembahan-persembahan beliau...gerenti mengancam!

Nazwa Naslie

Kalau tak silap saya, dia lah ni yang pernah menyanyi di KDCA semasa Pesta Menuai tahun lalu. Berusia 13 tahun dan telah menghasilkan album yang telah dilancarkan dalam bulan ini. Lagu beliau yang bertajuk Ikoyo Tundu Unduku, berkedudukan tangga kesepuluh dalam carta lagu Dusun minggu lepas (masuk carta juga!). Suara memang boleh tahan dan kedengaran agak matang (boleh didengari menerusi lagu Tudukai Oku di radioblog) tapi vocal range beliau agak terhad sedikit (tidak seperti Angelbon).

Harap-harap mereka ini bakal menjadi pelapis kepada bakat-bakat yang sedia ada sekarang dan dengan bimbingan yang betul dari pihak-pihak tertentu terutama dari ibubapa mereka sendiri, mereka akan dapat meneruskan kareer seni mereka tanpa menjejaskan bidang akademik. Ada juga beberapa penyanyi-penyanyi cilik yang hebat sebelum ini, seperti adik Rowell yang mempunyai style menyanyi rythm and blues dan memiliki mutu suara yang lebih hebat dari kedua-dua adik kita di atas. Tapi sekarang ini beliau sudah tidak kedengaran lagi. Mungkin ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bidang pelajaran (hmm...elok lah tu) tapi malang sekali suara zaman kanak-kanak beliau tidak sempat diabadikan dalam sebuah album (kalau tak silap tahun ini beliau berusia 15/16 tahun?)

0 comments: