31 Jul 2007

She's back!

Ready or not here I come!....



Artikel lengkap (Klik sini)

Duhh....baru pula tahu Linda ni ex-Sanzac rupanya...she should know Ebi then (juga dari sekolah yang sama) kalau ikut umur durang (23) they should be in the same batch.

Mafia style

Ini cerita The Godfather bahagian ke berapa pula ni? Hehe. The cop in question was so daring as if he's so influential but at the same time is so stupid *LOL*. How come he didn't use his brain to think that someday he's gonna get caught. Hmm...just wonder how long has he been acting as a godfather and just how many innocent people had become victims to his greed (I hope the poor Mongolian model is not one of them). Tabik besar habis kepada polis di Lahad Datu yang enggan mematuhi arahan beliau. Policemen with big heart, that's what we want...

... and here's the final results of the Malaysia most hulky man competition Finally the two hulky sumandaks made their appearance...


And if those beefy creatures above look pretty much like aliens to you, here's something that looks more human...or angels to some *grin*

Kalau yang dari Sipitang tu ndak menang...sya pun ndak taulah apa tu pengadil buat.

30 Jul 2007

MyStarz: Giliran Andy pula tersingkir

Kesian Andy, peserta keempat yang tersingkir, sekaligus mangsa kedua dari Sabah selepas Awang. Apapun yang pelik dengan MyStarz, sesi menemuramah peserta tersingkir (disiarkan menerusi rancangan Reflex di NTV7) digunakan untuk mendedah keburukan atau kelemahan peserta. Bermula dengan Mimi minggu lepas dan berlanjutan pada Andy minggu ini (tiada pula sesi temuramah untuk Awang dan Afif). Sepatutnya peserta malang tersebut diberi kata-kata semangat dan dorongan untuk terus melangkah ke hadapan, sebaliknya kelemahan mereka pula didedahkan seolah-olah mereka dikutuk oleh tenaga pengajar sendiri. Adakah ini satu cara MyStarz mencipta drama dan kontroversi agar dapat menarik perhatian ramai terutamanya pihak media? (maklumlah publisiti MyStarz setakat ini bagi saya belum dapat menandingi publisiti AF). Whatever it is let's move on to Rachel and Andy's perfomances

Andy - Tujuh Nafas



I think lagu ini teramat sesuai dengan vocal tone beliau. Permulaan beliau juga cukup baik. I thought I like his vocal better, for this song, than the original by M. Nasir. But then towards the second half Andy mula hilang energy. Only then I realise he had a bit of a problem adapting his style of singing (which is more to sentimental ballad) with this fast song. Gegaran suara masih kedengaran ala balada. Beberapa part kedengaran beliau menarik nafas di tengah-tengah perkataan (kepenatan lah tu). But still a good efforts by him. Kalau diberi peluang rakam lagu ini di studio I think Andy should do better.

Rachel - Di Bawah Pohon Asmara


Wow! Yang ini malatup habis! (just ignore her age). What a motion!! Bijak dia mengatur langkah dan pergerakan (agak tersusun). A flawless vocal delivery as well. I thought I wanna agree with Azmeer (commenting the lack of power) but upon listening back, lebih banyak pula part "berpower" dari part yang kurang power. She's doing great and deserves the aircond (top prize for this week). Ramai juga peminat yang seumur dia ni hantar komen di website MyStarz. Harap-harap dorang banyak hantar undi. Silap haribulan the final two would be Rachel and Emeer *LOL*

Link baru

By the way don't forget to visit blogsite seorang lagi artis tempatan yang baru mengeluarkan album beliau. Klik sini (Sylverius)

27 Jul 2007

Tumpang nama

Artikel di bawah ini menampilkan trend penyanyi-penyanyi barat (terutama wanita) yang gemar meletak nama mereka sekali selaku pencipta ataupun pencipta bersama lagu-lagu yang mereka dendangkan. Samada benar atau tidak mereka terlibat sepenuhnya dalam penciptaan sesebuah lagu tersebut, we know a little bit from this article. Why are they doing it? Mungkin mereka sedar yang kalau setakat hanya menyanyi lagu tersebut, mereka tidak berhak menuntut royalti pada jangka masa panjang (perlu diingat penyanyi hanya sekadar menyumbang suara untuk lagu tersebut dan tidak ada peruntukan royalti - correct me if i'm wrong). Anyone can sing the song (the singers/vocalists may change but the original song writer remain the same person). So kepada yang ghairah sangat mahu jadi penyanyi itu mungkin perlu juga pertimbangkan jadi pencipta atau penerbit macam si Cek Nek (Che'nelle) yang mencipta dan menyanyikan lagu beliau sendiri.


....and somewhere in KK...

A group of guys (where are the gals?) berhempas pulas memerah kudrat merenggang seluruh anggota badan hanya untuk sebuah gelaran...Mr Malaysia!


Hmm...kalaulah ada makhluk yang makan daging manusia durang nilah yang jadi sasaran....daging nothhing but daging! *LOL*

26 Jul 2007

Che'nelle - Sabah-born Singer gets Virgin Records deal


Sekali baca Che'nelle (how to pronounce? Cek Nel? hehe) sekadar dilahir di Sabah, I mean her only connection with Sabah is being born here, not more than that. Hopefully she still has many relatives down here...nenek, aunties etc. Tapi yang best dia mengaku "I'm from Putatan!"...hehe Putatan lagi tu. Apapun semoga encik kita yang tengah buat rekod dunia tu berjaya...kurus cengkung sudah muka dia ni...kesian juga. Hopefully he'll manage!

Che'nelle's MySpace


I Fell In Love With The DJ


This Is Why I'm Hot

25 Jul 2007

Oi Marsha

Duhh...sibuk betul this week, tapi ndak apa kita tengok iklan dulu...


At last, wajah 'sumandak' in a beauty related commercial ad...

Hope to see her in more beauty products commercial ads...Pantennekah....L'Orealkah..yang jenama-jenama antarabangsalah. Linda Nanuwilpun ada putungan juga muncul dalam iklan-iklan macam ni...

24 Jul 2007

Wazzup Milah di Sabah (Part 2)

Klip video Wazzup Mila di Tambunan dan Keningau Sabah

Aiinaa...si Mila kesejukan di Gunung Emas


Duhh...macam teh tarik pula tu sungai!It's probably due to the prolonged rain few days before, especially in Tambunan and Keningau. Normally it's clean and clear...kan?

23 Jul 2007

Badang

Atukkoii!! Punya tagap tu sumandak!
Kalau lelaki panggil badang...kalau perempuan? "bidang"?..hehe

MyStarz: perlukah emosi berlebihan?

Kalau dalam AF apabila peserta yang tersingkir ditanya perasaan mereka lazimnya jawapan mereka, sedih sebab tidak dapat meneruskan pengajian...rindu kawan-kawan dan juga tenaga pengajar di akademi. Dalam erti kata lain mereka mempunyai alasan yang logik untuk bersedih. Tapi lain pula dengan rancangan MyStarz, di mana peserta yang tersingkir masih boleh mengikuti pengajian seni dan berjumpa rakan-rakan mahupun tenaga pengajar mereka. Malah saya nampak dua orang peserta yang tersingkir sebelum ini masih muncul bersama-sama peserta lain di pentas. Atas faktor ini saya tidak nampak kenapa peserta MyStarz seperti Mimi, yang tersingkir dalam konsert ketiga terlebih-lebih pula emosinya. Apapun terimalah persembahan Rubisa yang sungguh mengasyikkan.




Kelas! Penghayatan dan tone suara ala-ala artis Indon. Malangnya sudah dua konsert beliau berada di kedudukan dua tempat terbawah. Hmm..pelik pula bila pengkritik pilih Emeer sebagai MyStarz pilihan mereka. Takkanlah hanya kerana gimik berbaring di lantai dan bergayut pada pemain gitar terus pengkritik terpegun. Kualiti vokal peserta perlu dipertimbangkan juga. To me tiada istimewanya suara beliau. Mungkin kekuatan dia ni sebab dia budak kecil dan nampak comel.

Lagi..lagi pasal jambatan

Aiyoo!! Bengang...lu tara baca itu keratan akhbarkah? Terang-terang dia cakap masih dalam peringkat cadangan dan 'kajian kemungkinan' akan dijalankan dahulu. Samada jambatan jadi dibina atau tidak bergantung kepada hasil kajian tersebutlah!. Maknanya belum ada tarikh yang tetap untuk membina jambatan tersebut. Saya sendiri tulis "If it becomes a reality" (menggambarkan sesuatu yang belum pasti). 'Kesusahan' peribadi yang saya luahkan memang berkaitan besar dengan isu jambatan dan mewakili 'kesusahan' orang ramai yang terseksa kerana tiada pilihan lain. Cukup jelas...tak baca tulisan sayapun tak apa...boleh faham dari keratan akhbar. Yang lu tanya pasal tarikh jambatan akan dibuat apa hal? (lu tara bacakah atau tara paham B.I.?) Nah versi B.M....ambik kau!

Klik imej untuk saiz besar agar boleh dibaca dan difahami

21 Jul 2007

Wazzup Mila di Sabah

For those who missed the show, ni dia saya curi dari TV...oopss!





Part 2/3 and 3/3

20 Jul 2007

Jambatan yang cukup dinanti-nantikan


Kalaulah jambatan menghubung Labuan - Sabah menjadi realiti, alangkah bestnya! Aku akan tarik nafas lega panjang-panjang. Bye-bye feri! Sengsara juga bah naik feri ni, leceh habis! Sudahlah booking kena bayar di Public Bank (bukan online macam Air Asia). Lepas tu you need to fax the bank in slip along with the details of your travel (date, time etc) to their office. Lepas fax of course you need to be sure if they receive your fax or not. Once you call them, this is normally their answer "bila fax? Nama? Company?...belum terima lagi, nanti kalau terima I call you...your phone number please?" Tunggu dua, tiga jam tiada juga call. Last-last you ended up calling them yourself. Bukan itu saja 'kelecehannya', kena pula bayar itu bayar ini. Bayar feri lain, bayar kastam lain, bayar landing fee Jabatan Laut lain (tu dia! ada landing fee lagi, padahal landing kapalterbang pun free of charge saja). Kena declare barang lagi. Isi borang itu...isu borang ini. Terlari-lari kau from one counter to another.

Yang saya geram, pernah sekali tu, one week sebelum tarikh perjalanan, saya inquire (through telephone) concerning the consequences if we change our vehicles at the last minute (our problem is, we're not so sure if the vehicle that we stated in our reservation will be available on that particular day or rather we're not quite sure which vehicle to use...maklumlahkan terlampau banyak kereta!...ahaks!). The reply I received was "nda apa baitu, bawa saja kereta kamu...tiada apa-apa juga tu". At the terminal, to my surprise we have to pay a penalty, 50% of the normal rate! Grrrrrr!! I was told the penalty is only RM10 if I make the changes earlier or within 24 hours. That's the whole idea why I inquired one week earlier...to make the necessary changes so as to avoid penalty but since I was told so and so, I didn't proceed with the changes! Dalam urusan yang agak complicated sebegini, we expect professionalism tahap gaban lima bintang but then it's not what we're getting. At one time the custom officers (upon checking our belongings), told us we don't need to declare our goods that consist of some testing instruments including a small domestic genset. Three months later, another officer told us the opposite. Upon asking when was such rules been enforced the reply was since time immemorial! The most grumbles you'll hear from the passengers are the departure schedule. Never on time...I tell you!. Mostly an hour late otherwise it's a thirty-minute delayed not to mention the two hour sail. So there you go, why the bridge is badly needed (at least by me). If it becomes a reality, not only that it'll erase all the hussles above but I think it's gonna be a magnificient structure ever built on Borneo island.

*By the way, I was talking about the vehicle ferry from Menumbok to Labuan not the express ferry from Jesselton Point KK to Labuan. That one I heard is quite efficient and still required even if the bridge exists in the future.

18 Jul 2007

Linda AF2 kembali aktif (?)

Linda AF2 dikhabarkan akan kembali aktif dalam bidang seni seperti yang dilaporkan oleh laporan Berita Harian di bawah. Tidak pasti sejak bila beliau balik semula ke KL, sebab sebelum ini pun (sekitar May lepas), saya ada terbaca laporan yang kelibat beliau sering kelihatan keluar bersama rakan-rakan AF2 yang lain. Apapun berita terbaru ini mungkin menggembirakan peminat-peminat setia Linda...


Saya tak kahwin lagi - Linda AF2

SUDAH lama kita tidak mendengar cerita perihal pesona bintang Akademi Fantasia 2 (AF) iaitu Norlinda Nanuwil. Apa yang Zubir tahu, dia menghilangkan diri dari industri hiburan sehinggakan Maestro Talent turut berdepan masalah untuk menghubunginya.

Pelbagai cerita yang sampai ke telinga Zubir sepanjang tempoh ‘kehilangannya’ itu. Ada yang kata Linda dah kahwin dengan VIP bertaraf menteri dan tak berminat lagi jadi penyanyi. Spekulasi juga ada menyebut, Linda terkena buatan orang dan pelbagai macam lagi cerita negatif yang disampaikan kepada Zubir.

Baru-baru ini, atas bantuan seorang teman, Zubir dipertemukan dengan Linda selepas hampir dua tahun kami tidak bersua muka, maka pelbagai soalan yang bersarang di kepala Zubir terus dilemparkan kepadanya.

“Linda sekarang dah tinggal di Kuala Lumpur bersama kakak dan abang, tak lagi menetap di Sabah.

Linda bukannya hilang dari industri ini ataupun merajuk seperti mana yang Linda dengar cerita, tapi Linda sakit. Linda berdepan dengan sakik tekak yang kronik, hampir setahun Linda tak boleh menyanyi.

“Ramai yang kata Linda terkena penyakit misteri, bukan, Linda hanya sakit tekak saja. Sekarang ni dah OK, dah boleh menyanyi macam biasa” kata Linda, 23, yang semakin mempesona kecantikannya.

Apa komen Linda mengenai perkahwinannya dengan VIP yang digembar-gemburkan selama ini?

“Abang Zubir sumpah, Linda tak pernah kahwin! Baik dengan VIP ke, menteri ke atau sesiapa saja, Linda tak pernah lagi mendirikan rumah tangga. Apa yang Abang Zubir dengar selama ini adalah fitnah semata-mata. Sekarang ni dengar sendiri pengakuan daripada mulut Linda, Linda memang tak pernah berkahwin,” katanya membuat pengakuan berulang kali.

Pun begitu, Linda mengakui sepanjang tempoh dia ‘menghilangkan’ diri, dia sempat mengusahakan perusahaan ternakan ikan di Sabah bersama keluarganya.

Yang penting, Linda dah buat comeback. Dia beritahu Zubir, dia nak buat album. Namun, Linda keberatan memberitahu siapakah komposer yang akan bertanggungjawab dalam pembikinan albumnya nanti. Hmm... tunggu sajalah.


Sumber


Ebi - Anggap peminat sebagai keluarga


Duhh...susah juga jadi orang terkenal ni, sampai hal beli tilam pun mau kena kurik!

Candy's mannequin look


The make-up and colored contact lenses had turned her into a mannequin...

17 Jul 2007

Karen Kong's cyber concert

You guys must have heard that Karen Labuan (Karen Kong) is planning to have her first concert which will be done in a room or studio without any live audience aka cyber concert. When I first came about the news, I said "what a creative way to do a concert!". We suppose to be able to watch her perform online today (17 July 2007) at 9 pm but upon checking her friendster site, no details given out yet on how we can do that. She promised to detail out 'where and how to tune in' but so far no related updates yet, particualrly on the technical matter. Anyways hope to get some updates soon, cos i'm just too curious to find out how a cyber concert is conducted! Who knows after this you'll be able to watch my concert......"live from my kitchen!"...*grinn*



Related articles



MyStarz: giliran Afif tersingkir

Pengkritik-pengkritik konsert MyStarz kali ini (Patrik Teoh, Juliza Adzilan dan Helen Yap)nampak gayanya begitu menekankan keserasian peserta dengan band pengiring (seolah-olah mereka sedang mencari penyanyi solo tetap untuk sebuah kumpulan?). Peserta yang memilih menyanyi lagu sentimental sering menjadi mangsa kritikan "kurang serasi dengan band" hanya kerana berdiri jauh dari ahli-ahli band. Well...setahu saya kalau kita menyanyi lagu sentimental lazimnya penyanyi seolah-olah bersendirian...tiadalah gimik bergerak ke arah pemain gitarkah...atau ke pemain dramkah, namanya pun lagu sentimental (layan diri sendiri). Lainlah kalau menyanyi lagu rancak boleh buat gimik menari dengan pemain gitar dsb. tapi itupun bergantung samada kita benar-benar kenal dengan anggota band berkenaan. To me, benda ini tidak perlulah ditekankan sangat untuk dijadikan isu kritikan. Memadailah kalau ada kordinasi antara penyanyi dengan band pengiring. Penyanyi pro yang diiringi bandpun tidak selalunya serasi dengan anggota band yang mengiringi mereka. Lihat saja konsert Jom Heboh TV3, saya tidak nampakpun penyanyi buat gimik dengan band pengiring (band pengiring was distant away at the back). Again I don't see the logic for arising the issue (lainlah kalau sudah kekeringan idea). Anyway here are Rachel and Andy (dua peserta yang menjadi mangsa kritikan tidak serasi dengan band)

Rachel - Langit Ketujuh

So far she's doing quite well.

Andy - Angel

On Andy's performance, Patrick Teoh said he doesn't understand a single word! Badukang juga Patrick Teoh ni...ingatkan pandai!, dia ni tuli kah apa? Saya yang English kampung-kampung ini pun, masih dapat tangkap (and understand) the lines that say "right or wrong"...."i'm loving angel instead"..."salvation" and many more. To say that you don't understand a SINGLE word is just a plain arrogant! And while commenting on Tasya pula, Patrick sarcastically asked "....and did you sing in English?". If I were Tasya I would reply "Yes! Obviously it's an English song you know...ever heard of American English...of course you don't understand...cos you only know the bloody queen english!"...(oopss!...hehe!)

Anyway at the end Afif tersingkir....click here for the article

16 Jul 2007

Menjejaki Ebi

....sehingga ke bilik tidur!*LOL*



Click here for the Part 1/3 and 3/3

Night of the amazing voices.

Marsha was there too

We arrived about one hour late for this concert. Sudahlah lambat, tempat parking pula masalah besar. Having wasted our times for a parking lot, we settled for a spot about 1 km from the stadium...arrgh! Beli tiket harga RM20 tapi duduk di tempat free, gara-gara sudah tidak larat berjalan jauh ke entrance untuk tiket RM20 (I didn't know penonton dibenarkan masuk tanpa tiket). A choir group was performing on stage when we were busy searching for seats. Their voices and harmony were so excellent, world class! So to speak. I was so hypnotized that I almost forgot to take a video shoot. What a big crowd as well, the main grand stand was almost full. The west section, where we were sitting (opposite the grand stand) was full. While the north and south sections were about 10-30% occupied respectively (probably the view from these two sections weren't that good).

Anyway for a start here's Christina Aguillera...err... I mean our very own Unduk Ngadau..Ms Joanna Henley performing a medley of gospel songs including Josh Groban's You Raise Me Up. Fabulous! and a standing ovation for her!



And this is the group (from the Philippines I think) that got me hypnotized (I didn't realise how noisy those kids who were sitting nearby until I played back this video)



Perhaps one word to describe the performances that night is 'hypnotic' cos I got hypnotized all the time...hehe (my friend took most of the videos). The performers were at the class of their own.

A heartfelt story

Still about 'voices'. Have you guys watched this movie entitled "Innocent Voices"?. Sebuah kisah benar menceritakan nasib seorang kanak-kanak berumur 11 tahun bernama Chava dan rakan-rakannya semasa perang saudara di El Salvadore sekitar tahun 1980-an. Cukup menyayat hati lebih-lebih lagi adegan di mana dua orang rakannya dihukum bunuh by short distance shooting (dahsyat!). The movie is currently shown on Star Movies channel. The next schedules are today at 11.15 am, 26 July at 5.45 am dan 31 July 5.20 pm. Sempena 50 tahun kita merdeka elok juga tengok filem macam ini kan? Sekurang-kurangnya kita tahu betapa sengsaranya suasana hidup dalam peperangan. Here's the link to its website. A very good movie indeed (just take a look at the awards it has won, including Best Foreign Language Film. 2005 Academy Awards).

Siapa yang tiada Star Movie boleh tengok Star Movies free of charge di sini (lingkuplah Astro macam ni!)

14 Jul 2007

Noni rindu tinggal di Sabah.

Uiinaa...murah ja bah tambang kapal terbang sekarang Noni. Kalau musim tu offer gila-gila harga sampai RM 9.99 sen pun ada.

New link

I added a new link today. It's a personal blog of our regular visitor Mr Dogoes! check it out here

13 Jul 2007

Farish terpaksa telan 'butod'

The Ian Wright wannabe. Heard that Farish was an ex- student of SM All Saints Likas.


"Walaupun saya berasal dari Sabah tetapi saya belum pernah makan ulat. Ketika membuat peggambaran di sana, saya disuruh makan ulat sagu yang mentah. Nak tak nak, saya pun memakannya. Rasanya seperti udang," ujarnya lagi. (Kah! kah! kah!)

Artikel penuh

P/s: I never get bored of Ian Wright. Always watch his programs eventhough i've seen them many times before



"Langit Ketujuh" taruhan Rachel

What a terrible day yesterday. I was caught in the heavy rain, in a small roofless kampung boat right in the middle of an eerie dark estuarine river....with no rain coat whatsoever. Nope I didn't go for fishing but got involved in some surveying job with a group of consultants (yupp! for another project by BN!). Eeverything's wet, cash notes etc and worst of all the rain did great damage to my handphone. So much so for a personal headline and back to the comfy of my room...here are some interesting local headlines...

Rachel to sing Langit Ketujuh


All the best to her!! And if you are kind enough you can vote for her by typing LG RACHEL and send to 33737 (via SMS) or 13703 11 (by fix line). You can also interact with her (click here). Bagi kata-kata semangatkah atau bagi nasihat jangan abaikan pelajarankah..hehe.

Of course you can interact with your favourite contestants as well, just click here (in case you don't know). (Hmmm....if only we can interact with Daphne...."is it gonna be a boy or girl?")

Victory at national level...


Size does matter....(when it comes to setting a record, attracting the crowds or photographer...)


Free as a bird! (Only God knows how they feel)

But then one big question left unanswered...WHO DID IT?? On the other hand it's very unfair to the family of the murder victim. Somehow I'm a little bit confuse about our judiciary system. Some drug dealers were let off scot-free and what happened to the accident case in La Salle school three years ago.... an innocent student killed by an underage driver...and the court was something like.... agreed to reject the case?? *sigh!*

11 Jul 2007

Laman blog JMI

Laman blog untuk mempromosi karya-karya muzik keluaran Jestie Music Industry (JMI) telah dilancarkan. Sepertimana yang kita ketahui JMI telah menghasilkan beberapa karya muzik yang begitu mendapat sambutan ramai sebelum ini dan antaranya ialah lagu Kosorou Kopo Nangku Doho. Sebuah lagu yang bolehlah dianggap mendapat sambutan tahap fenomena di Sabah ciptaan dan dendangan tuan empunya syarikat sendiri Jestie Alexius. Semoga kita terus dihidangkan dengan karya-karya muzik berkualiti dari studio/production house ini.
So... Jestie is releasing his new or fourth studio album

A day in polytech KK

Duhh...hampir satu hari aku tersadai di politeknik KK kelmarin. Alkisahnya aku dengan rela hati accompanying my elder sister (along with her family) to the campus for her son registration. Sambil tu mahu ambil kesempatanlah juga meninjau-ninjau suasana di polytech tersebut (maklumlah selama ini hanya main limpas-limpas saja as I've no obvious purpose going in there). Setelah meredah hujan ribut yang kerap melanda KK sejak dua tiga hari ini maka sampailah juga ke destinasi yang dituju. Atukoi!....punyalah banyak kereta. Since I'm the driver maka penatlah juga berpusing-pusing mencari tempat parking. At last terserempaklah juga dengan kereta yang sedang drive out (kalau tak silap ada dua buah kereta lagi dari arah bertentangan cuba berebut tempat parking tersebut..tapi nasib baik aku champion...terus dapat...marah mengkali tu driver...hehe jangan saja dia kasih puncture tyre). Sampai di tempat pendaftaran memang ramai tahap gabanlah ibubapa, penjaga, pengiring bakal pelajar sedang menunggu di ruang menunggu khas. Ada yang terlelap dan ada juga yang sedang menguap-nguap. After my nephew mendaki tangga 'menuju puncak' ke tempat pendaftaran di tingkat atas we then joined the 'waiting' group. We later found out why some of them sampai terlelap. The registration process took hours to complete! I think the problem is the new intakes are not segregated for registration according to their course of studies or faculties (which is normally done in other institutes) instead they're registered as one group and need to get numbers for their turns. They're probably 2000 new intakes and my nephew's no? 1836! (four digit lagi tu!). Kelihatan juga ada beberapa bakal pelajar disuruh balik gara-gara memakai colarless t-shirt dan berambut panjang (these guys probably thought they're attending AF6 audition!). Yang lucunya sambil kami termenguap-nguap menunggu tiba-tiba saja my nephew (somewhere in the registration hall) SMS my sister...."Mak..kasi standby pemotong kuku!" (huh!? hehe). But then he didn't turn up to get it. Masa menunggu tu kerap terdengar announcement dari PA system meminta kereta-kereta yang menghalang jalan mengalihkan kereta mereka. Lazimnya announcement tersebut berbunyi "diminta pemilik kereta bernombor SAA bla bla...mengalihkan keretanya segera kerana menghalang" I mean...hanya nombor kereta saja disebut, tapi tiba-tiba keluar announcement "diminta kereta jenama VIOS bernombor SAA dot dot..." (motif tiba-tiba jenama VIOS disebut sekali?). Jokingly, saya pun bangun tergesa-gesa in response to the announcement! (kah! kah! actually i'm driving my brother-in-law's Proton). Banyaklah mata trailing me to my destination...tandas! So after waiting 5 - 6 hours my nephew finally got his registration completed. What a relief...and here are some photos I snapped,


From top right (clock wise). Parents penuh bangga menyaksikan anak mereka menaiki tangga 'menuju puncak'. The gigantic field with 4 football fields (the hostels are at the background). My nephew's dorm...two occupants per unit...hmm...how nice (time aku di kampus dulu 4 org satu bilik dapat room mate yang kuat menggoruk (snoaring) pula tu) . The future Computer Engineer....kunun (hopefully, with God willing) and his naughty little brother who keeps us entertained througout the ordeal. The view from the dorm...straight to the Kg Gayang resettlement...arrgg! The main administrative building, quite a huge complex. Part of the new intakes dengan bagasi dan bantal busyuk durang. The welcoming banner (muka orang politik juga...taruhlah muka Siti Nurhalizakah!)

And for some real interesting update, here's Ebi's pic yang aku curi dari Ebi FC's website. I think this pic is scanned from the latest issue of Intrend mag (July issue with Sarimah on the cover). No doubt Ebi looks extra fantastic in this pose (the hairdo really suits him). Having looked on the pic with the so-called "elite ambience" it's kinda hard to imagine he doesn't have electricity supply at his house...oopss! Hehe *LOL*...renungan TRAGIS siapa pula ni? Minta puji pandai-pandai pi superimpose pic Justine Timberlake! Kalau warna kulit tu sama nda apalah juga...



10 Jul 2007

Cerita Adam

Adam AF2 betul-betul serik!

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Ketepi bisnes, tumpu kerjaya

FOKUS Adam AF2 kini hanya pada kerjaya seninya semata-mata dan tidak mahu lagi mengingatkan kontroversi peribadi yang melanda dirinya baru-baru ini.

Naib juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2) yang kini popular dengan lagu Joget Lambak mengakui kontroversi boleh menjejaskan masa depannya sebagai anak seni.

“Saya dah serik. Kontroversi boleh jejaskan kerjaya saya, sedangkan perjalanan saya masih jauh. Masih banyak impian belum saya gapai membabitkan dua cabang seni yang diceburi, nyanyian dan lakonan.

“Saya tidak sangka dalam usia muda dan tempoh singkat melayari kehidupan sebagai anak seni, saya berhadapan pelbagai ujian yang menguji ketabahan.

“Apapun, saya tidak ingin beri sebarang kenyataan lagi berhubung kontroversi itu kerana tidak ingin menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Apa yang boleh saya katakan, semuanya sudah diselesaikan secara baik antara saya dan keluarga angkat di Kota Damansara. Buat masa ini, kerjaya seni saya utamakan dan soal bisnes saya ketepikan dulu. Cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ini kerana banyak yang saya belajar dari pengalaman pahit itu,” katanya.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 23, mahu menjadi artis berdisiplin dan tidak mahu menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak. Janji Adam ini dibuktikan dengan kehadirannya tepat pada masa dijanjikan ketika sesi fotografi untuk promosi filem terbaru lakonannya, Diva.

Diva yang sudah menjengah pawagam tempatan bermula 28 Jun lalu adalah taruhan terbarunya selepas filem Cinta Fotokopi dan Main-Main Cinta.

“Lakonan saya dalam dua filem sebelum ini nampak ‘keras’. Watak saya dalam Cinta Fotokopi hanya penampilan khas tapi dalam Main-Main Cinta, saya bawa watak hero. Apapun, saya anggap dua filem itu pengalaman pertama dalam bidang lakonan.

“Saya juga bersedia menerima kritikan kerana menerusi kritikan kita belajar memperbaiki kelemahan,” katanya.

Katanya, banyak ilmu ditimbanya dalam filem Diva arahan Sharad Sharan yang diterajui Ning Baizura dan pelakon terkenal Indonesia, Jeremy Thomas.

“Selain berpeluang bekerja dengan pengarah dan pelakon luar, Diva membabitkan kerjasama tiga negara, iaitu Malaysia, India dan Indonesia. Diva juga dipasarkan di lima negara, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan India.

“Saya memegang watak Idit, anak tunggal yang ditimpa malang dan tidak punya sesiapa selepas kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Selepas bertemu Kartika (Ning Baizira) dan bergabung dengan kumpulan Jiwa yang dianggotai Jay (Awal), Mira (Jesissca Iskandar) dan Eja (Balkisyh), hidupnya mula berubah,” katanya.

Adam berkata, dia tertarik berlakon dalam Diva kerana selain ada elemen Bollywood, ia juga bercorak drama muzikal.

“Antara babak paling susah ialah ketika Idit menjayakan babak kemalangan kereta tapi saya sudah melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik.

“Saya yakin gandingan semua pelakon mempunyai keserasian dalam merealisasikan filem Diva seperti diharapkan penonton filem Melayu.

“Penonton pasti tersentuh dengan lakonan mantap Ning dan Jeremy dalam cerita ini. Selain itu, saya juga seronok bekerja dengan Awal dan Balkisyh kerana masing-masing masih baru.

“Pada masa sama, ini kali pertama saya bekerja dengan Ning. Dia cukup profesional di lokasi,” katanya.

Dalam pada itu, sekalipun gagal ke peringkat separuh akhir pertandingan nyanyian terbitan Astro, Ikon Malaysia yang diumumkan baru-baru ini, Adam tidak patah semangat untuk meneruskan perjuangan dalam bidang muzik.

Baginya, kalah atau menang adat dalam pertandingan.

“Apa yang penting, komitmen padu saya untuk mempromosikan album terbaru, Adam II terbitan KRU Music Group (KMG) yang sudah menjengah pasaran.

“Album Adam II dilancarkan sempena percutian joget lambak Adam di Cinta Sayang Golf and Country Resort, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

“Alhamdulillah, album ini mendapat sambutan memberansangkan. Buat permulaan, ia sudah mencatat jualan melebihi 5,000 unit.

“Kontroversi yang melanda sebelum ini nampaknya tidak menjejaskan sokongan peminat pada saya,” katanya. Selain Joget Lambak, lagu lain yang terkandung dalam album Adam II ialah Gila Bayang, Tak Tahu Antara Dua, Esokan Ada, Potret Lama, Tak Seiring Bibir, Dusta, Ku Terpesona dan Aku Bingung.

Sumber Harian Metro Online

P/s: Obviously Adam is one of those who is still manage to maintain their popularity. Infact yang kira menyerlah amongst AF2 stars. Syabas to him. Tapi yang peliknya media sering nyatakan beliau ini sebagai naib juara AF2.

Adam tak pernah buang masa ke disko


Sambutan Kaamatan PERTISA


9 Jul 2007

MyStarz: Awang tersingkir

Setelah Konsert AF5 di Sabah selesai minggu sudah, tidak banyak aktiviti menarik minggu lalu. Tapi banyak juga cerita menarik last weekkan? Kalau di Sabah saja tiada lain topik berhubung pelarian yang kononnya akan diberi taraf kerakyatan tetap, terus menjadi isu hangat (habislah kita!). Apapun, on the national front, laporan akhbar yang menarik perhatian saya ialah penahanan seorang penyanyi pub wanita di Ipoh oleh JAIP kerana didakwa berpakaian seksi. Dari cerita wanita tersebut beliau ditahan atas dasar berpakaian seperti gambar beliau di bawah
What the heck!*LOL* I think one of the decent dresses (of a pub singer) i've ever seen. Are they going to nab those Malay girls participating in sports such as gymnastics, gymnrama or diving as well? (you guys know how their outfits look like).

Minggu lalu juga perkataan alam sekitar begitu sinonim dengan muzik. Nine cities, Sydney, London, New York, Hamburg, Washington, Tokyo, Shanghai, Rio de Jeneiro and Johannesburg have been chosen to stage the Live Earth Concert, sebuah konsert yang diharapkan dapat memberi kesedaran dan amaran kepada dunia berhubung krisis alam sekitar. Malaysia juga tidak mahu ketinggalan, Suria FM menggunakan tema Green Everyday 2007, sebagai tema konsert pertama anjuran mereka yang berlangsung pada 07.07.07 (nombor keramat kah ni?) Jom Heboh anjuran TV3 di Pulau Pinang yang berakhir semalam juga tidak ketinggalan mengkaitkan pesta tersebut dengan alam sekitar. So kenapa tiba-tiba saja ramai pihak very interested to link the word alam sekitar with their activities? Sedangkan Hari Alam Sekitar Sedunia yang sebenarnya telah berlalu (4 Jun 2007). Mungkin telah ujud unsur-unsur kesedaran yang kuat di kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa berhubung 'kecemasan' alam sekitar (baguslahkan kalau telah sedar). But then ask yourself what have you done to protect our earth? Probbaly none...hehe!! Apapun subjek alam sekitar is a kind of complicated, heavy and sensitive issue to discuss.

Another mammoth concert, A Concert for Diana also took place last week (1st July) and celebrated by 60,000 people at Wembley Stadium London. Out of all the performances I think P.Diddy's rendition of Every Breath You Take had really left an impact on me. Another interesting news last week was the announcement of the new Seven Wonders of the World (just google around you won't miss it). Tapi yang ini agak kontroversi sedikit sebab kononnya tidak diiktiraf oleh UNESCO. Sayapun keliru juga sebab sebelum ini ada kategori yang dinamakan Ancient Seven Wonders of the World. I don't know which of which yang official. Apapun yang penting kita tahu akan keujudan tempat-tempat tersebutkan? Versi moden beberapa tahun lepas pernah menyenaraikan internet dan sms sebagai benda ajaib dunia (ajaibkah?) What about satellite? Peluru berpandu? and the most scary device...the spy cam *LOL*!! (kira ajaib juga tukan? Orang mau masuk bilik air sekarang ni pun macam takut-takut sudah...hehe) . Separuh akhir pertandingan Ikon Malaysia juga berlangsung last week...hmm...I go for Jac and Reshmonu for the solo artistes category (biarlah Indian wakil Malaysia...janji world class). For the groups category pula, I prefer Gerhana SKA and May.

OKlah...coming on to our actual related topic, konsert eliminasi pertama MyStarz telahpun berlangsung kelmarin. Malang sungguh nasib Awang (Kota Belud, Sabah) kerana menjadi mangsa pertama. Tapi memang nampak beliaulah peserta paling lemah dalam konsert tersebut (tersilap tempoh pula tu). Yang menariknya walaupun tersingkir beliau akan terus menyambung pengajian seninya bersama peserta-peserta lain (untungkan!?). Apapun saksikan saja v/c Awang dan Rubisa di bawah. Video-video peserta lain kalau kamu berminat layari saja dbosv


Awang


Rubisa

P/s: Can't help but to notice Daphney's oversize dress as if she's expecting...oopss!!

...tip...tup...tip..tup...terakam pula Candy nyanyi Demam dalam rancangan AC Di Sini


5 Jul 2007

Konsert 'prelude' MyStarz

Konsert pertama MyStarz telah berlangsung pada 1 Julai lepas dan disiarkan secara langsung oleh TV3. Sekali imbas konsert pertama ini lebih mirip kepada Konsert 'prelude' AF, yang sekadar memperkenalkan dua belas peserta akhir kepada tayangan umum. Bezanya dalam konsert pertama MyStarz peserta siap dikritik oleh tiga pengkritik jemputan yang terdiri dari Patrick Teoh (DJ/personaliti radio terkenal), Datuk Siti dan Sandy Monteiro (dulu P & R WEA Records, sekarang ni tak tahulah pula). Namun begitu talian untuk mengundi peserta masih belum dibuka kepada umum.

Peserta dipecahkan kepada empat kelompok dengan menampilkan tiga peserta untuk setiap kelompok. Kelompok pertama menampilkan Emeer, Afifi dan Russell. Konsert dimulakan dengan penampilan peserta paling muda, Emeer, menyampaikan lagu Tiada Lagi (Amy Search). Untuk seorang yang baru berusia 12 tahun persembahan beliau kira boleh tahanlah juga. Namun Emeer mengalami masalah menstabilkan suara pada nada rendah lagu ini. Walaupun jelas kedengaran pitching beliau tersasar pada bahagian nada rendah, bahagian lagu bernada tinggi dapat digalasnya dengan baik. Afifi muncul sebagai peserta kedua mendendangkan lagu Ghazal Untuk Rabiah. Vokal beliau mirip M.Nasir. Next up is Russell mendendangkam lagu What's Up mengikut olahan beliau tersendiri. I'm impressed with his performance, just like a pro. Sebenarnya pengkritik (selain mengkritik) dikehendaki memilih their choice of "my star" di antara tiga peserta dalam kelompok tertentu. Namun dalam kelompok pertama ini pengkritik munkin terlupa untuk memilih "my star" mereka. Cuma Patrick Teoh yang terlebih-lebih memuji Emeer. Personally "My Starz" pilihan saya dalam kelompok ini ialah Russel (beliau menerima komen negatif dari Sandy Monteiro)

Kelompok kedua menampilkan Tasya, Badri dan Rachel. Tasya begitu agresif dan tersendiri bermain gitar, membawa lagu ciptaan beliau Strangers but strangely mendapat feedback negatif dari Patrick Teoh dan Sandy Monteiro. "You're munching your words" said Patrick Teoh. Sandy Monteiro pula komen "the person who asked you to play with the guitar deserves to be kicked!" (huh!). Next up is Badri menyampaikan lagu berentak reggae Manis. This guy smiles all the way mempamerkan ketampanan beliau. Tidak hairan kalau ada yang merembes. Lontaran vokal memang baik. He gets good feedback from Siti dan pilihan "My Star" Siti (why am I not surprised!). Rachel comes next membawa lagu Mencintai Mu. Walaupun penghayatan tak berapa kuat namun Rachel mampu menggalas lagu ini dengan baik. Agak menarik juga bila beliau mengubah sedikit lagu ini dengan menambah 'big note' di penutup lagu (malangnya kedengaran suara beliau terkucil sedikit pada part ini). Walau apapun Rachel mendapat komen positif dari Sandy Monteiro dan plihan 'My Star" dari Patrick dan Sandy (dan juga saya)

Kelompok ketiga menampilkan Khairul, Mimmie dan Awang Jasmin. Persembahan Khairul begitu professional lewat lagu Summer of 69. Namun tiada yang istimewa dalam persembahan Mimmie yang membawa lagu Cahaya. Awang Jasmin bergelut dengan lagu beliau Isi dan Kulit (this guy has an interesting personality with a nice character and quite a commercial look). Di akhir persembahan ketiga-tiganya, Patrick Teoh gives a thumbs up to Khairul hence his choice of "My Star". The same goes with Siti who also choose Khairul as her "My Star". But the trio failed to impress Sandy cos he didn't have his choice at all.

Kelompok terakhir menampilkan Andy, Rubisa dan Shaza. Andy menyampaikan lagu Mandarin (sepatah aku tak faham). Dia ni mungkin ada campuran Cina, atau mungkin pernah sekolah Cina cos I can feel his sebutan lurus habis!. Anyway Patrick said he made too much unneccesary movement. I have to agree with Patrick, Andy's gesture needs further improvemnet. Next is Rubisa mendendangkan lagu Aku Bukan Untuk Mu. Satu penghayatan yang bukan calang-calang dari Rubisa lantas mengundang pujian dari Siti (pilihan "My Star" Siti dan juga Patrick). Last but not least was Shaza (I forgot the title of her song). Anyway persembahan beliau lebih kurang macam Mimmie juga. Satu gaya persembahan yang typical dan biasa kita saksikan pada penyanyi lain seperti Akma, Farah etc (nothing outstanding). Surprisingly she gets thumbs up from Sandy.

My personal ranking 1.Rubisa 2.Russell 3.Khairul 4.Badri 5.Rachel 6.Tasya 7. Afif 8.Andy 9.Shaza 10. Mimmie 11. Emeer 12. Awang


P/s: I did make some recording unfortunately the recorded videos play without the sounds....aarrghh! Sebagai bukti lihat video si Rachel di bawah...just enjoy her cute look..hehe!



For more review CLICK HERE

4 Jul 2007

Pautan baru

Mungkin juga ada pelawat blogsite ini tidak menyedari ada beberapa link baru yang saya tambah di bahagian link. So kamu rajin-rajinlah check bahagain tersebut kalau berminat. Anyway from now on kalau ada link-link baru yang saya tambah I will highlight them in my blog post. Today the new link I just added up is smsstudio.blogspot.com. Blog ini menampilkan antara lain album-album yang diterbitkan oleh studio rakaman SMS Studio yang berlokasi di Kota Belud dan juga aktiviti-aktiviti mereka. Check it out!

In the meantime......still on juara Bintang RTM


And Rey's supporters with the Unduk Ngadau 2007 (Joanna Henley) as the MC... (actually durang ni berkumpul di perkarangan bangunan RTM Sabah)

3 Jul 2007

Bintang RTM - Tahniah Rey!

Tahniah diucapkan kepada Rey (Reynaldo Raymond Pagi) di atas kemenangan beliau bergelar juara Suara Emas Bintang RTM 2007 selain membolot sekali gelaran peserta paling popular menerusi undian SMS. Beliau menyampaikan dua buah lagu Mata Hati Jiwa oleh Awie sebagai lagu pertama dan lagu kedua sebuah lagu Inggeris You Raise Me Up oleh Josh Groban. Peralihan suara beliau dari suara berbunyi "nipis" (lagu Awie) kepada suara berbunyi "tebal bergema" (Josh Groban) memang unik walaupun agak lucu juga (kerana mengingatkan kita pada iklan gula-gula ubat batuk Cap Ibu dan Anak). Kawalan nada yang mengkagumkan terserlah menerusi lagu You Raise Me Up , I think beliau betul-betul mempraktikkan apa yang dipelajari di Akademi Seni Kebangsaan (jurusan Seni Persembahan pengkhususan Klasik Vokal) dalam lagu ini. Excellent!

Mata Hati Jiwa


Rey - You Raise Me Up

Semoga Rey tidak menerima nasib yang sama dengan juara-juara Bintang RTM "era baru" yang lain? Terus tenggelam, tiada khabar berita langsung! Yang bukan juara pula yang lebih menyerlah.

....and here's Samy Ariff....an excellent talent....another example that we were always deprived of being a winner!

2 Jul 2007

Malam Amal Bersama Finalis AF5

Tidak seperti konsert-konsert pertama bintang AF di Sabah sebelum ini yang hanya melibatkan artis AF Sabah (kecuali AF2). Musim ini konsert pertama yang menampilkan bintang AF menjemput sekali artis AF non-Sabahans. I personally welcome such move. Konsert "Malam Amal Bersama Finalis AF5" pada 30 Jun lepas sepatutnya hanya melibatkan lima finalis AF. Namun mungkin disebabkan kehadiran Farha dan kemunculan mengejut Noni maka perkataan "finalis" dipadam. Konsert yang sepatutnya dijadual bermula jam 7.00 malam hanya dimulakan pada jam 8.30 malam (biasalah tu kan?). Mereka yang duduk di meja makan terpaksa menunggu agak lama sebelum makanan dihidangkan (kesian!). Sebenarnya bukan artis yang lambat tapi VIP yang lambat. Konsert hanya dimulakan setelah VIP muncul. Sambil menu pertama dihidang, artis-artis dari Persatuan Orang Buta Sabah tampil menghiburkan hadirin. Hebat sungguh bakat dorang...perfect pitch...seolah-olah mendengar nyanyian dari CD. Mungkin kekuatan deria pendengaran mereka, sedikit sebanyak membantu mereka memberi fokus pada tempo dan pitching justeru menyanyi dengan agak sempurna (sedap halwa telinga mendengar). Syabas kepada empat artis dari persatuan berkenaan. Celoteh pengacara konsert Otho dengan artis buta bernama Des amat menggelikan hati. Persembahan dari persatuan pesakit jantung menyusul kemudian. Jangan silap, bukan pesakit jantung yang menyanyi tetapi mereka yang menerajui persatuan tersebut. Mereka mewakilkan seorang budak lelaki berusia 9 tahun yang membawakan lagu Irwan Shah Pencinta Wanita. Tidak seperti persembahan dari artis cacat penglihatan persembahan kali ini begitu sumbang sekali (sakit telingaku!)

Rupa-rupanya persembahan dari dua persatuan tadi hanyalah sekadar selingan.
Konsert yang sebetulnya hanya bermula dengan kemunculan E-Voke selaku 'aksi pembuka' Ikuti saja klip video mereka di bawah.


Sesi E-Voke

E-Voke - Joget Lambak (video link)

I love it, walau bagaimanapun koreografi mereka yang menarik dicacatkan sedikit dengan ketidak seragaman pergerakan. I don't see the obvious weakness in their harmony. Nice! aku bagi 3.5 lampu biru!

Selesai persembahan E-Voke pengacara pun membuat gempak suspen untuk kemunculan artis-artis AF5, namun lemah saja reaksi dari penonton (hmmm!). And then artis-artis AF5 pun muncul satu persatu. Di mulakan dengan Noni, Farha, Candy, Aswad, Heliza, Ebi dan akhir sekali Mila.Gamat habislah dewan. Kemunculan Noni actually satu kejutan sebab sebelum ini nama beliau langsung tidak disebut untuk konsert tersebut. Mungkin keputusan drastik saat akhir kot (peminat-peminat diapun tidak ramai yang tahu). Anyway Ketujuh mereka mendendangkan lagu pembukaan "Let's Dance Together" OA Melly Goeslow. Ya ampun!! Bingit!! Teriak sana...jerit sini...tempo hampir lari...sakit telinga aku. Kenapa tadi masa orang buta nyanyi elok saja sound system, sekali turn artis AF5 pula... distort dan pecah habis bunyi-bunyian. I think those yang duduk dekat speaker lagilah terseksa!Dalam hati aku berdoa "cepatlah kamu habis!". Noni kelihatan hanya menari menggoyang-goyangkan badan (tiada practise?)


AF5 - Let's Dance Together

Habis saja lagu tersebut, akupun menarik nafas lega. Farha mengambil giliran pertama untuk persembahan solo. Atukk!...blonde habis rambut ko joe! Menyampaikan dua buah lagu rock termasuk Sedang Ingin Bercinta.Dia ni menyanyikah memekik? Lebih banyak pekikan screeching yang aku dengar...makin bingit telinga....silap sikit pecah gegendang telinga (I think he's the most distorted-sound). Tapi yang menarik dalam persembahan Farha habis satu dewan beliau jelajahi untuk bersalaman dengan penonton, mengingatkan saya pada aksi Felix. Pening cameraman mengejar Farha. I think Farha memecah rekod dengan naik sehingga ke bahagian teres untuk bersalaman dengan penonton...*LOL* "mantap ko joe!". Mungkin dia ni pernah merasa betapa penonton di teres mengharap untuk disalami. (Siapakah pula bakal memecah rekod dengan naik sampai ke bahagian teratas sekali teres? Hehe..)


Sesi Farha

Selesai Farha, Noni pula muncul membawakan lagu Tak Ada Logika OA Agnes Monica atau Agnes Mau Nikah dia bilang...hehe. Lincah... meliuk lentuk badan Noni siap dengan aksi ala-ala Beyonce, cukup mengasyikkan sehinggalah sampai part percubaan beliau menarik nada tinggi...tak menjadi...sounds very bad...lalu mengundang sarcastic cheers dari penonton.


Noni

Selepas Noni, Aswad muncul berikutnya. Mempersembahkan lagu Nak Kahwin Duit Tak Ada Beliau menyuarakan rasa teruja dan terharu beliau dijemput membuat persembahan di Sabah. Tak habis-habis memuji "kebaikan" Sabah...ahakss!



Aswad then called upon Heliza. Punyalah kuat bercakap minah sorang ni. Macam bertih jagung mulut dia....pot pet pot pet...slang Tawau...Penang...Terengganu semua dia goreng habis! Sebelum memulakan persembahan Heliza dan Aswad menjalankan operasi mencekup penonton ke pentas untuk didera. Dua pasangan lelaki dan perempuan berjaya dicekup. Deranya? menari sumazau mengikut rentak joget! (ampun!!) But then semua peserta dapat goodies bag.

Heliza dan Aswad - Joget Cinta Sakti

Heliza meneruskan persembahan solo dengan mendendangkan lagu Diam-Diam Jatuh Cinta. Percubaan beliau mencekup sepasang penonton ke pentas tak berjaya bila hanya seorang jejaka sahaja yang rela naik ke pentas. Heliza terus kontrol pentas selepas tu dengan persembahan lagu rock Ella, Kesal....errr...versi sopan santun.


Sesi Heliza

Selesai Heliza...Ebi pula mengambil alih pentas membawakan lagu Kasihnya Laila. Ebi sempat juga memberi penghargaan terima kasihnya kepada Ebi FC sambil mengarahkan tangannya ke tempat berkumpulnya ahli-ahli Ebi FC (oh sana pula dorang). Seperti Farha, Ebi juga hampir mengelilingi dewan tapi tidaklah sampai naik teres. Selesai persembahan pertama beliau Ebi teruskan dengan lagu singlenya Sinar Cinta. Kelemahan Ebi membawa lagu ini di final berterusan di konsert tersebut *sigh*, mau saja aku tolong dia nyanyi part korus! (I was hoping dia nyanyi lagi Samson 'Bukan Diri Ku).


Sesi Ebi

Next Ebi invited Farha to sing with him lagu Mentera Semerah Padi (I think tak ada persembahan yang satu ini pun tak apa). Lepas tu...Aswad pula join sekali Ebi dan Farha menyampaikan lagu Kenangan Terindah (kan best kalau lagu ini disampaikan secara finale oleh semua artis). Lepas tu...Ebi, Farha dan Aswad cabar keberanian tiga orang sumandak supaya tampil ke pentas untuk game show mereka. Tiga orang gadis pun dengan rela naik ke pentas menyahut cabaran. Dua orang berasal dari Menggatal dan yang seorang dari Menggaru...oopss I mean dari KK. Kelakar jugalah game show dorang ni. Gadis-gadis tersebut diminta turun dari pentas mencari cincin, sim card, burung (yang ni dorang joking sajalah) dan tali pinggang. Sempat pula Ebi bergurau "jangan pula lepas buka tali pinggang ada seluar yang terbelurut (terlondeh) terus jumpa burung!" (wakakakak!....ada underwear lagilah Ebi oi! bukan terus-terus nampak!)

Selesai sesi Ebi, Otho (pengacara) pun test populariti artis seterusnya dengan bertanya penonton siapakah yang mereka mahu selepas itu. Err...yang kuat kedengaran teriakan "Mila!!" Anyway when Otho shouted Candy's name the crowds appreciately roared!! Candy memulakan persembahannya dengan lagu Ka-ching. Sexy juga penampilan Candy. Hampir-hampir bare back gitu! Selesai Ka-ching Candy teruskan dengan "Perhaps 3x", before inviting Farha untuk lagu Dusun "Silik-Silikan Mato Nu". Habis tiga orang jejaka dikerjakannya. Kelakar habis persembahan beliau saksikan saja di v/c berikut. (I think with proper grooming...PR, communication....no doubt Candy can go far)


Candy - Perhaps

Candy - Ka-Ching, Silik-Silikan Mato Nu

Mila's session comes next after Candy's. Gamat habis dewan. Seperti Aswad Mila juga menyuarakan rasa terharu beliau dijemput ke Sabah. "Orang-orang Sabah, baaaaaik sangat!...frieeeeendly sesangat!" (ya kah Mila? Ko belum jumpa saya). Mila menyampaikan lagu Pudar disusuli dengan Persis Mutiara di mana beliau berjaya mencekup seorang jejaka ke pentas (tapi kesian juga jejaka sorang ni tidak dibagi goodies bag seperti mereka yang dicekup ke pentas sebelumnya...terlupakah apa?). Time Mila menyanyi level mic macam diperlahankan maka kuranglah distortion.

Mila - Persis Mutiara

Mila kemudiannya menjemput Candy, Heliza dan Noni menyampaikan lagu Semua Jadi Satu. Macam telah berpakat keempat-empat mereka turun meredah penonton. Satu ke utara, satu ke barat, timur dan timur laut. Maka berseleraklah penonton mengambil peluang ambil gambar...kecoh...huru hara dewan!. Artis hilang dikerumuni penonton. I lost them from my radar! Dengar suara mereka yang sumbang mambang saja!

4 Diva - Semua Jadi Satu

Mila kemudiannya menjemput Ebi untuk menyanyikan lagu romantik My Heart "as seen on Tv" siap dengan, you suap I...I suap you (swapping mic).

Mila - Pudar/My Heart with Ebi

Next up is Candy's turn again dengan membawa lagu Demam. Kali ini dia turun pentas menhampiri teres betul-betul depan kami. But damn! I ran out of cassette to record the moment!

Candy - Demam

Aswad re-appeared next mendendangkan lagu Aris Ariwatan (lupa pula nama lagu ni). Masa ni penonton dah mula berpusu-pusu keluar dewan.

Mila re-appeared next in different dress (ala-ala fesyen obor-obor) mendendangkan lagu Drama. It was close to 12.00 midnite so they wrapped up the show with Joget Lambak (as I said Kenangan Terindah should be the farewell theme)

As for the crowds turn up I think it's around 1000. As a hint, the dinner tables was about 80% full (not bad). The middle terrace was about 70% full unfortunately both of the side terraces were considered vacant!