31 May 2007

Unduk Ngadau Kaamatan Sabah 2007

Bagai telah diduga wakil Unduk Ngadau Tuaran Jo Anna Sue Henley Rampas akhirnya dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan 2007, bersempena sambutan Pesta Kaamatan negeri Sabah tahun ini. Sorakan gemuruh dari penonton, dalam dewan Hongkod Koisaan KDCA, setiap kali beliau muncul di pentas memberi gambaran jelas mahkota tersebut bakal milik beliau. Bukan sahaja memiliki penampilan dan peribadi yang menarik, gadis berusia 18 tahun ini juga amat petah dalam pertuturannya tidak kira dalam bahasa Dusun, Melayu atau Inggeris (ada bakat jadi pengacara). Semua ciri-ciri ini melayakkan beliau dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau tahun ini. Naib johan ialah UN Putatan dan tempat ketiga dimenangi oleh UN Beluran. Sementara itu Miss Hotlink Popular yang diputuskan melalui undian SMS menjadi milik UN Tawau. Ikuti pengumuman keputusan untuk tempat ketujuh hingga pertama dalam video klip berikut.


Sebenarnya sebelum ini Jo Anne agak aktif bergiat dalam bidang nyanyian (diharapkan beliau akan terus aktif selepas ini). Memiliki suara yang agak mantap ala-ala Christina Aguillera tak keterlaluan menggelarkan beliau ini Christina Aguillera Sabah (lebih-lebih lagi setelah mendengar beliau mempersembahkan lagu "Come On Over" oleh Christina A. sedikit masa lalu). Beliau juga pernah diwar-warkan untuk merakam album dengan penerbit terkenal tanah air Eddy Hamid suatu masa dulu setelah menghadiri ujibakat yang dikendalikan oleh penerbit tersebut di Kota Kinabalu beberapa tahun lepas (namun kurang pasti bagaimana perkembangannya ketika ini). Kehebatan Jo Anna bukan setakat menyanyi sahaja, ketika masih bersekolah rendah beliau pernah memenangi pertandingan bercerita dalam bahasa Kadazandusun dan pernah mendemonstrasi sesi bercerita beliau semasa perayaan Kaamatan peringkat Daerah Penampang di Buhavan Square dahulu. Beliau juga berbakat dalam bidang pnciptaan lagu dan pernah merakam single ciptaan beliau sendiri berjudul Koupusan Ku. Memang cukup berbakat gadis ini. Bagaimanakah pula perjalanan karier seni beliau selepas memenangi gelaran Unduk Ngadau? Semoga beliau tidak mensia-siakan bakat seni yang beliau miliki. Bakat nyanyian beliau terlalu besar untuk dipinggirkan begitu sahaja dan ingin sekali melihat beliau bersinar di persada seni tanah air.


*Take a listen to Koupusan Ku a song written and performed by Jo Anne our newly crowned Unduk Ngadau, on radioblog (Box J).

(More clips of the Unduk Ngadau happenings coming soon...)

0 comments: