28 May 2007

Gang Starz: E-Voke harungi laluan sukar.

Program pencarian bakat kumpulan vokal terhebat, Gang Starz telah melakukan satu kejutan dengan mengumumkan hanya tiga nama kumpulan untuk mengisi empat tempat di peringkat akhir pada 17 Jun nanti. Kumpulan-kumpulan tersebut terdiri daripada Mendua, The Lima dan Flava. Satu tempat lagi akan diisi oleh salah satu dari tujuh kumpulan yang akan bertanding dalam pemilihan wild card pada minggu hadapan. Agak malang sedikit nasib kumpulan E-Voke dan Colabra8 yang juga bertanding dalam peringkat separuh akhir kerana menjadi mangsa 'twist-and-turn' pihak penganjur. Kedua-dua kumpulan ini akan bertanding dengan lima lagi kumpulan yang telah tersingkir untuk merebut satu lagi tempat di peringkat akhir. Lima kumpulan tersebut (yang telah tersingkir) ialah Pianka, N-Quint, G18, Equal Stars dan Infinatez. Tak pasti motif sebenar melakukan kejutan sedemikian pada saat akhir. Kalau ditinjau kumpulan E-Voke dan Colabra8 sering dikritik dari segi kemampuan vokal mereka sedangkan program Gang Starz memegang tagline "pencarian kumpulan vokal terhebat". Adakah kemaraan salah satu kumpulan ini (secara otomatik) ke peringkat akhir kurang direstui oleh sesetengah pihak, justeru membuat keputusan mengadakan pemilihan wild card semata-mata untuk memberi laluan kepada kumpulan bervokal hebat lain yang dirasakan lebih layak? Di mana pula kedudukan E-Voke yang sebenarnya pada keputusan semalam? Tempat keempat? Kelima? Kalau keempat memang agak malang dan tak adil. Pihak penganjur perlu menunjukkan peratus undian sepertimana yang dilakukan oleh program yang lain termasuk Mentor. Namun begitu, kejutan yang dibuat semalam sedikit sebanyak memberi harapan kepada lima lagi kumpulan yang telah tersingkr bak kata pepatah Inggeris, one man's poison is another man's food.




Lagu pertama kurang sesuai. Tapi lagu kedua mengalahkan penyanyi asal...Oops!

2 comments:

Anonymous said...

Im not surpersied...

dBOS-fm said...

Really? Any particular reason?