18 May 2007

Gang Starz: E-Voke mula bangkit!

Pujian harus diberikan kepada E-Voke yang berjaya memberikan satu 'showmanship'
yang hebat serta peningkatan dari segi vokal (Foto fail: The Star)

Persembahan malam itu diteruskan dengan 'kejutan' yang ditampilkan oleh E-Voke menerusi lagu There You'll Be dan Papa Jahat. Saban minggu, E-Voke teruk dikritik oleh juri tetap mahupun juri jemputan yang merasakan tahap persembahan mereka agak mengecewakan. Kumpulan yang berasal dari Sabah ini dilihat hanya bergantung sepenuhnya kepada kehebatan koreografi mereka, tetapi 'tenggelam' dari segi vokal. Malah, mereka juga adalah antara kumpulan yang sering berada di tangga terbawah. Namun tidak pada Ahad lalu apabila buat pertama kalinya, persembahan mereka berjaya menambat hati pihak juri. Pujian harus diberikan kepada mereka yang berjaya memberikan satu showmanship yang hebat serta peningkatan dari segi vokal.

0 comments: