29 May 2007

Miss SMS?

Adakah anda masih mempunyai sisa-sisa kredit? Adakah jari jemari anda semakin gemuk kerana kurang excercise semenjak berakhirnya AF? Jangan risau! kini anda boleh mengaktifkan semula jari jemari anda agar lebih cergas dan cukup excercise. Buat julungkalinya penganjur pertandingan Unduk Ngadau (Harvest Queen) Pesta Kaamatan Sabah 2007, dengan kerjasama Hotlink memerlukan undian SMS anda untuk memilih salah seorang peserta Unduk Ngadau tahun ini merebut gelaran peserta paling popular. Cara-cara menghantar SMS adalah seperti yang tertera pada iklan di bawah. Pemilihan ini hanyalah untuk peserta paling popular, diharap tidak akan mempengaruhi juri pertandingan memilih pemenang yang betul-betul layak. Jadi, tunggu apa lagi! Cepat! Jangan berlengah! Aktifkan jari jemari anda sekarang juga dengan menghantar SMS kepada peserta kegemaran anda.
Caj SMS menggunakan Hotlink ialah 50 sen, manakala caj SMS melalui pembekal khidmat telco yang lain ialah 65 sen.

*Hmm...siapa saya mau undi ni? Tuaran?

0 comments: