19 May 2007

Wanita bakal juara?

Hiburan Daily Express 19 Mei 2007: Juliana vs Ayunah...hehe!


Hiburan Daily Express 18 Mei 2007

Akhirnya AF5 sampai ke penghujungnya malam ini. Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya siapa pula yang bakal menjadi raja ataupun ratu SMS musim ini. Secara peribadi agak sukar saya meramalkan siapa yang dipilih oleh jari. Kalau mengikut 'instinct' (berdasarkan populariti pelajar) ramalan saya adalah seperti berikut;

1. Mila
2. Ebi
3. Aswad
4. Heliza
5. Candy

Tetapi kalau mengikut kekuatan bakat, terutama kualiti lontaran vokal ranking saya;

1. Mila
2. Candy
3. Ebi
4. Aswad
5. Heliza

Berbalik kepada tajuk topik, saya rasa tidak mustahil malam ini buat pertama kali kita bakal menyaksikan seorang wanita dinobatkan Ratu SMS AF. Secara peribadi saya teringin sekali menyaksikannya, namun pada masa yang sama terbayang wajah-wajah Farah AF2, Linda AF2, Farhan AF4 dan Velvet AF4. Kenapa? Sebab kalau adapun seorang juara wanita, sepatutnya dari kalangan salah seorang mereka ini. Tetapi semuanya bergantung kepada rezeki. Mungkin bukan rezeki wanita di musim AF yang mereka sertai. Apapun syabas kepada kelima-lima finalis malam ini kerana berjaya menjadi graduan dan tahniah kepada yang bakal meraih gelaran Juara SMS
!