29 May 2007

Carta Artis Tempatan Sabah

Sabah FM telah menganjurkan majlis anugerah Juara Carta Artis Tempatan Sabah (CATS) yang kedua, bertempat di atrium kompleks membeli-belah Asia City pada 25 Mei. Yang menariknya dalam pertandingan kali ini, penganjur telah mewajibkan peserta menyampaikan lagu hasil karya asal tempatan (bukan lagu cover version). Pembaharuan ini patut diberi pujian dan diharap akan mencetuskan satu revolusi penghasilan karya-karya muzik tempatan yang lebih berkualiti dan seterusnya dapat diketengahkan ke persada muzik negara. Memandangkan semakin ramai penggiat seni suara tempatan Sabah melahirkan album masing-masing, sudah tiba masanya juga rancangan ini menyenaraikan lagu-lagu yang termuat dalam album-album penyanyi tempatan, sepertimana yang dilakukan oleh rancangan carta popular lagu-lagu Dusun.

Walaupun majlis anugerah tersebut telah berjalan dengan lancar, timbul persoalan pemilihan venue kali ini. Bagi saya anugerah CATS ini, sepatutnya menjadi salah satu majlis anugerah yang berprestij di Sabah. Tetapi melihat penganjurannya kali ini yang diadakan di atrium pusat membeli-belah (berbanding Dewan Chanselor UMS tahun lepas) memberi gambaran majlis anugerah tersebut seolah-olah telah berubah turun dari Kelas A ke Kelas C. Walau apapun yang penting sasaran utama iaitu untuk menentukan juara telah tercapai.

Pemenang-pemenang


Abu Bakar Elah, pemenang anugerah Kategori Anugerah Utama AJC
dan Persembahan Vokal Terbaik


Nurul Fazilah, Pemenang anugerah kategori Persembahan Terbaik



Uchu, pemenang anugerah Kategori Peserta Paling Popular (juara SMS)


Fredo, membawakan lagu "Cinta Di Hati", ciptaan Asmin Mudin
yang memenangi anugerah kategori Ciptaan Lagu Terbaik


Persembahan pilihan dBOS - kumpulan Nokuro 29



Lagu berjudul 28 Minit

0 comments: