1 Apr 2007

Konsert 3

Jangkaan saya untuk menyaksikan lawak April Fool pada konsert AF nampaknya tidak menjadi. Ada baiknya sekiranya Aznil membuat lawak April Fool semasa babak penyingkiran pelajar. Singkirkan tiga orang pelajarkah sekaligus sebelum mengumum "It's April Fool!". Agaknya mungkin untuk menghormati Maulidur Rasul maka konsert berlangsung secara sopan santun. Justeru jadilah konsert tersebut sebuah konsert yang 'somber' hampir-hampir tahap majlis berkabung. Dari 13 lagu yang dipersembahkan hanya lagu-lagu dari Heliza, Aswad, Shawal dan Ebi yang berentak up tempo selebihnya berirama perlahan menjadikan konsert agak kurang bermaya. Sajak-sajak sayu dan syahdu Aznil semasa memperkenalkan persembahan pelajar menambahkan lagi kemuraman konsert tersebut.

1. Heliza (Melodi Ahlan) - Pertama kali diuji membawa lagu up tempo. Mengalami kesukaran mengawal vokal. Projeksi suara begitu terkenan Datuk Siti. Malah bukan suara sahaja malah lenggokan badan dan ekspresi wajah juga seakan-akan terkenan Datuk Siti (Datuk Siti versi pakai tudung?). Beliau kerap melirik kepada penyanyi latar. Samada ini dilakukan kerana beliau tak yakin ataupun cuba memberi signal (arahan)kepada penyanyi latar bila nak masuk. Namun penyampaian yang lancar dan ekprsei wajah yang ala-ala kontrol ayu menampakkan sedikit profesionalism dalam persembahan beliau.

2. Farha (Insan)



Melihat Farha menyanyi, macam saya pula yang kesakitan menahan tekak takut terkucil suara. Nasib baik juga tidak berlaku kekucilan, walaupun pitching hampir-hampir terlari dari landasan keretapi *LOL*. I'm sorry to say I never like his gesture. Macam robot yang telah diprogram pergerakannya, tidak selamba dan terlalu berkaedah.

3. Fatin (Erti Hidup) - Fatin adalah penyanyi sambilan. Bermakna beliau bolehlah dianggap seorang penyanyi semi-pro. So I'm not surprise dia mampu mengawal nada suara dengan betul dan bersahaja. Lagu yang dinyanyikan juga berlenggok kemelayuan dan amat sesuai dengan style dia. Sama dengan Dayang Nurfaezah? Mungkin hanya dari segi lenggok lagu tersebut, sebab tone mereka ada sedikit perbezaan (watch out for this lady silap sikit one of the finalists).


4. Aizat (Warisan) - Ketara sangat key lagu diturunkan entah berapa paras ke bawah. Pitching wise not bad. Namun ada satu bahagian big note lagu tersebut di penghujung lagu yang menyebut perkataan "perwira" tidak disempurnakan beliau dengan betul. Gaya persembahan juga kurang ciri-ciri patriotik. Yang peliknya bila nyanyi lagu slow semput pula dia ni, kalau lagu rancak tidak pula...hehe.

5. Noni (Ode To My Family)



Penampilan Noni mengingatkan saya pada Natalie Ambrugia (ngamkah spelling ni). Her performance on the other hand very much reminds me of one of Madonna's live performances during her Virgin Tour Concert! "Kesumbangan" suarapun ala-ala "kesumbangan" suara Madonna. I like the props very much. Penghayatan dan ekprresi wajah Noni kalau mengikut pendapat saya adalah baik, walaupun dia agak kelam kabut berlari ke "ayah"nya (tulah ko nda laju bah Noni)! Cuma mungkin Ogy kurang senang dengan aksi Noni menepis rambut yang terjuntai di dahinya (kenalah juga tepis kak Ogy oi!, kalau tidak ditepis, kot kot nanti tercucuk mata). Suara beliau (walaupun sumbenglah juga), tapi tidaklah tertiru-tiru suara Cranberries yang macam ada bunyi teresak-esak itu. Walau apapun, yang paling mahal aksi berbaring ala-ala Madonna di akhir persembahan, siapa berani buat? (lawa baringan atu dang...syabas!). Seriously I enjoyed her performance.

6. Aswad (Hijau Bumi Tuhan ) - I think he didn't perform that bad. Kalau saya hayati ada 2, 3 part saja pitching lari (dia ni juga semi-pro, vokalis untuk sebuah band). Persembahan beliau lebih kepada menghiburkan peminat di sebuah
konsert (konsert fun fair?). Malangnya Ogy mengharapkan penghayatan ala-ala menyanyi untuk persembahan sebuah teater musikal Kisah Dalam Lagu. So he failed di mata juri!

7. Mila (Melukut Di Tepi Gantang) - This is another semi-pro singer. She surprised me with her rendition for this song. Tak pastilah macam mana pendengaran Hattan dan Jee pada pitching dia ni, tapi bagi saya tidaklah banyak dan tidaklah ketara sangata (lain orang lain pendapat).

8. Dafi (Aku Tanpa Cinta) - Gaya nyanyian beliau sebenarnya tidaklah teruk sangat. Ada vibrator pada awalan rangkap ala-ala style penyanyi rythm & blues. Dari ekprsei wajah, beliau cuba sedaya upaya menghayati lagu ini, tapi mungkin tidak mencukupi jika tidak diselaraskan dengan gesture yang betul. Gaya persembahan agak kaku (hanya tangan yang nampak bergerak ala kadar). Satu lagi yang saya rasa mungkin mengganggu juri ialah tiadanya pekikan nada tinggi untuk part suara Jay Jay (kalau didengar lagu asal) pada persembahan Dafi (Dafi hanya menyanyikan bahagian kumpulan Nirwana). Ini sedikit sebanyak memberikan kecacatan yang amat ketara pada lagu tersebut. Outfit yang dia pakaipun...alahai!! (I think lagu terbaru Kaer Izinkan Aku Pergi teramatlah sesuai untuk dia ni)

9. Dekna (Kembara Di Tanah Gersang) - Lagu ini tidaklah mencabar sangat. Macam juga lagu Penantian oleh kumpulan Harmoni. Pitching wise, Dekna not bad. Vocally she performed well. Cuma gestures kurang menarik dan kurang lembut. Sempat pula dia tuding jari telunjuk ke arah penonton. Tu yang Ogy menjerit "engko hengat engko ni Joan Jet ke haper?" (duh..ramai2 penyanyi rock wanita nama Joan Jet juga yang terpacul).Tapi ada pula tu part dia terlambat masuk (hilang fokus ker dik?)

10. Rizal (Permaidani ) - *Sigh* I don't know kenapa belum ada persembahan Rizal yang boleh dianggap killer performence setakat ni. Saya kerap terlupa ada pelajar bernama Rizal. Kalau saya list down pelajar lelaki selalu tertinggal satu nama ni. Satu persembahan ala-ala Farha. Terlalu berkaedah dan terlalu berhati-hati. Macam takut-takut mau bergerak, takut terpijak semut. Tapi kawalan suara beliau oklah juga, sebab lagu mudahkan, very safe song. Tersentuhlah juga dengan kemunculan ibubapa beliau. Tapi diorang ni sepatutnya muncul lepas Rizal dikritik. Apalah Astro!

11. Shawal (Berlari) - Salah satu persembahan up tempo, so nampak sedikit kelainan dari perembahan-persembahan para pelajar yang lain sebelum ini. Kawalan suara kira bagus, walaupun kedengaran juga sedikit-sedikit tersasar. One of my favourite performances for the third concert.

12. Candy (Terlalu Istimewa)




Critics

Nampak gaya my personal wish list song for Candy to sing tertunailah juga (syabas to myself..hehe). Dia macam belum beri yang all out. Mungkin setakat 75 - 80% saja. So macam itu jugalah peratusan tahap puas hati saya. Hmmm..how I wish key lagu dikekalkan kepada key asal. Tapi nampak gaya semua pelajar mahu selamat jadi hampir kesemua key lagu pelajar direndahkan termasuk Terlalu Istimewa. She sings very well in tuned (although not that perfect). Tapi yang paling penting Candy berjaya menyerlahkan vocal tone semulajadi beliau yang tebal penuh gema menerusi lagu ini. Well done! I'm very happy although not 100% satisfy.

Ebi (Al Jannah)

Saya sangkakan persembahan beliau ni bakal mendapat standing ovation dari juri, rupa-rupanya perkara sebaliknya pula berlaku. Maka jadilah satu event yang anti-climax. Banyak kritikan diberikan pada part berzanji...aduh saliha! Kalau betullah kenyataan yang dia ni mualaf (ada aliaskan nama dia) sekurang-kurangnya juri bagilah sedikit puji-pujian. Cakaplah "suatu percubaan yang sungguh berani mati namun cukup memberangsangkan!Bravo!" Ini tidak kena suruh pergi rujuk pula pada ulama. Pada saya penghayatan Ebi tiada kurangnya (pengsan mengkali Tok Wan di rumah menonton dia ni). Lagu beliaupun agak susah untuk dibawa and personally I like to respect anyone who manage to perform a song that I feel I myself can't cope. My tabik goes to Ebi!

Overall, kebanyakan key lagu direndahkan, as I said earlier apa salahnya key lagu dikekalkan dan pelajar sepatutnya dilatih dan dicabar untuk menyanyi dalam key asal. Bukannya menyerah kalah. Kelas vokalkan ada (apa tujuan sebenarnya kelas vokal). Kelas vokal yang pak cik ikut dulu pak cik dicabar you know!...lagu Unchained Melody lagi (hehe). Tapi tu kisah lain! So here's my favourite...

1. Candy, 2. Ebi, 3. Fatin, 4.Shawal, 5. Mila, 6. Heliza 7.Noni, 8. Aswad, 9. Farha, 10.Aizat, 11. Dekna, 12. Dafi, 13. Rizal.

0 comments: