*LOL*...tiba-tiba ada main tekan-tekan lampulah pula. Teringat rancangan "apa kata survey!" (lupa nama rancangan). Huh...pembukaan dengan lagu koboi? Apa kena mengena? Lainlah kalau lagu-lagu konsert berkisarkan tema country song. Kehadiran budak-budak kecil begitu memeriahkan pembukaan konsert (idea Aznil lah ni kan?). Ada pengkritik jemputanlah pula (macam sah, pengkritik tetap kurang memuaskan). Kudsia pula masih di alam msuim AF 1,2 dan 3 di mana pelajar diberitahu kedudukan mereka di awal konsert, sehingga tersilap terpecah telur kepada Rizal (pelajar tak tahu kedudukan dorang Kudsia oi!). Penglibatan artis-artis popular seolah-olah AF cuba menumpang glamourlah pula.
Rizal - That Thing You Do (The Wonders)
Gabungan penari dengan kostum dan koreografi era 60-an, menjadikan persembahan Rizal catchy dan amat menghiburkan. Nada suara tak banyak tersasar tapi kedengaran juga suara terkucil pada beberapa bahagian termasuk part screaming (sounds funny). Sebutan English taklah teruk sangat (boleh difahami) cuma perlu sedikit polishing sebab kalau menyanyi pop English song, kena guna completely American twang, lidah banyak kena twist to sound more American (this is another interesting topic to talk about). Satisfaction? - 60%.

The song actually is not an oldies. It exists in late 90's (after Rizal was born). Filem dibuat ala-ala setting 60-an so lagu-lagu pun mengikut era tersebut tapi dibuat pada hujung 90 an. So Aznil kena buat homework sikit...kena gali sikit
Shawal - Peronda Jaket Biru (Awie/Wings)
Pembawaan beliau agak cantik untuk part sebelum korus dan high note. Masuk part high note, mula kenampakan dan kedengaran keperitan dan keseksaan Shawal melontar suaranya (risau pula kalau-kalau otot belakang beliau tiba-tiba kejang *lol*). Not much pitching problem. Tapi part screeching diakhir lagu tidak menjadi. A good solo...one-man show without much help from props, dancers etc. Satisfaction? - 75%
Heliza - Nafas Cahaya(Misha Omar)
Dua persembahan yang hangat meriah dari Rizal dan Shawal tiba-tiba didinginkan oleh Heliza. She sets a tranquil ambience in her performance. Music minus-one kedengaran tak seimbang dengan muzik live gamelan (kalau dengar melalui TV, tak pastilah kalau dalam dewan). Iringan muzikpun macam hampir-hampir tidak kedengaran. Kawalan suara secara total agak baik namun memang sudah diagak beliau akan menerima teguran suara berbunyi Datuk Siti. Mungkin rangkap korus lagu Gadis dan Bunga dengan lirik diubah ke "matanya lirik-lirik selalu, mukanya tetap kontrol ayu!" sesuai ditujukan kepada Heliza. Satisfaction - 60%
Aswad -Yang Sedang-Sedang Saja (Iwan)
I beg your pardon! But I kinda like his performance this time. Ekspresi muka itu kira ok (boleh pakai) dan vocal control boleh tahan (kalau didengar suara saja...tidaklah rosak sangat). Yang agak kelakar bila dia buat kejutan bergelek di akhir lagu. But it's fine with me. Setakat sebuah persembahan yang amusingly funny untuk hiburan malam minggu Aswad berjaya menghidupkannya, tapi untuk sebuah pertandingan yang perlu diadili I think he is far from it. Satisfaction - 65%
Candy - Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim)
I think the make over this time is not that pleasing (*lol*, when it comes to Candy I've to look from head to toe). Yang menariknya, Candy berjaya menyingkir bayangan penyanyi asal dalam persembahannya. Rangkap korus yang agak penting dalam lagu ini, dapat dilunaskan beliau begitu baik dan berkesan (cuma yang spoil sikit suara Shawal adakalanya kedengaran agak kuat). Namun begitu, rangkap-rangkap lain yang memerlukan delivery yang agak laju masih banyak perlu diperbaiki (it's all about proper timing of breathing, yang saya perhatikan kurang diberi penekanan dalam pembelajaran di AF). Ekspresi wajah beliau amat baik dan dibuat seolah-olah menyampaikan sebuah cerita. Namun Candy masih perlu banyak bimbingan dari segi pergerakan pentas. Pergerakan beliau ke kiri dan kanan pentas akan lebih menarik jika diselang seli sekali-sekala dengan membuat pusingan (twist around...ala-ala memperagakan baju). But overall it's still a not disappointing performance from her (empat lampu biru and another lampu biru from me..hehe). Satifaction - 80%
Ebi - Jujur (Radja)
*LOL*, masa Ebi buat persembahan I was unable to fully concentrate on his performance, I kept grinning most of the time. With his new hairdo, I don't mean to say he looked funny, infact he looked smashing. The reason I grinned? Sebab ada iras-iras muka my coursemate (Sabahan) masa di kampus dulu (tak sangka pula ada persamaan...I was like OMG!...hahaha!). Anyway persembahan Ebi keseluruhannya tidak mengecewakan. Tidak banyak masalah dalam lontaran suara, cuma adakala kedengaran suara agak menggigil pada rangkap-rangkap note rendah. Ekspresi wajah amat bagus, persembahannya begitu 'bersatu' (second best after Al-Jannah). Cuma yang kurang kena, ialah part beliau tiba-tiba berputar di penghujung lagu. Kalau rambut Ebi terus macam tu, aku terpaksa biaslah sama Ebi ni..hehe! Satisfaction - 80%
Dafi- Meteor Garden Theme (Qing Fei De Yi)(Harlem Yu)
Persembahan ala-ala "Aku Pencinta Wanita" dalam minggu kedua. Dafi menampilkan ciri-ciri seorang jejaka romantik menerusi lagu ini. Aksi turun pentas menjemput Jee menari (secara spontan dia bilang) bolehlah dianggap satu pembaharuan (walaupun Mawi pernah buat, tapi lebih mengikut koreografi untuk lagu bonus mereka dulu). Tapi nampak macam berlaku curanglah pula sebab sebelum itu dia pergi mendapatkan Candy (tak tahu apa motif part dengan Candy diadakan, baik ditiadakan langsung). Kawalan suara agak bagus juga. Satisfaction - 65%
Aizat - Perpisahan (Anuar Zain)
Let's just split his not-so-appreciated personality from his talent (especially with this song). I think para pengkritik terlalu dahaga untuk mendengar suara pelajar laki-laki yang power bergema (resonance projection) dalam AF musim ini dan buat pertama kali dapat dinikmati dalam persembahan Aizat. Rangkap awal amat baik namun terdapat sedikit kelemahan pada rangkap sebelum korus. But then he ovecame it all at the high big note dengan projeksi suara bergema. Suasana setting yang disesuaikan dengan lagu beliau, sekali dengan video klip filem Cinta begitu mengkhusyukkan dan banyak membantu persembahan Aizat. Tidak mustahil terdapat segelintir penonton yang obsessed. Penjiwaan vokal dan ekspresi amat bagus. Good performance. But I think the key is slightly lower...got to check! Satisfaction - 85%
Mila - Drama (Ning Baizura Ft Nikki & Yanie)
Aksi ala-ala pergerakan patung dengan ekspresi wajah serius amat menarik. Lontaran suara pada part korus cukup lantang, tapi pada rangkap low note sering tidak kedengaran (masalah mikrofon?). Kekuatan vokalnya agak terserlah menerusi lagu ini. Cuma yang mungkin spoil sikit ialah muzik minus one yang ketara bunyi synthesizer (kurang dramatik). Satisfaction - 78%
Lagu-lagu bonus amat berterabur terutama lagu Awas. Pengkrtik nampak semakin berlembut (mungkin sebab mereka sendiri banyak dikritik kot?). Probabaly kehadiran Kudsia is to protect those students, but since the critics gave mostly positive comments so she's a bit late for that role. Back to the blue light, I think Aznil tak payahlah jerit-jerit siapa pengkritik yang beri lampu biru. He said he's not influencing tapi asyik bertanya "tak nak bagi lampu biru ker?", which I think he shouldn't do. Penyingkiran Rizal? Hmmm....ramai yang ramal. So syabas yang meramal dengan tepat...nah! saya bagu kamurang hadiah berupa lampu biru! But overall it's a good show my personal ranking...1.Aizat, 2.Candy, 3.Ebi, 4.Mila, 5.Shawal, 6.Dafi, 7.Aswad, 8.Rizal, 9.Heliza

0 comments:
Post a Comment