7 Apr 2007

Konsert Minggu 4 - Ramalan persembahan pelajar

Just for fun!...ramalan berdasarkan pemerhatian di Diari Extended, semasa pelajar berlatih dan membuat pembentangan di hadapan tenaga pengajar.

Fatin - Joget Gila Bayang (Anita Sarawak)
Suara terlalu lembut dan pergerakan agak lembik dan kurang memberikan suasana ceria ketika menyampaikan lagu ini. Mengikut perancangan, beliau akan memulakan persembahan di bahagian dalam pentas berdekatan skrin sambil melihat bayang-bayang. Walaupun Cikgu Shafi memberi jaminan beliau mampu menyanpaikan lagu ini dengan baik sebab lagu agak straight forward, kelihatan juga babak Fatin menangis risau tak dapat bawa (huh?), Mungkin kurang di gali kot?

Noni - Pastikan (Siti Nurhaliza)
Nampak macam bermasalah, tidak cukup nafas katanya. Lalu berbagai teknik digunakan untuk memanjangkan nafas beliau, termasuklah penggunaan teknik mekanikal oleh tenaga pengajar mat salleh dalam kelas pemanasan vokal. Sampai habis bahagian diaphragm beliau ditekan-tekan. Samada berkesan atau tidak tunggu sajalah konsert malam ini.

Ebi - Kasihnya Laila (Jinbara)
Sesi beliau berlatih, paling kerap ditampilkan dalam Diary Extended. Ada kala dapat dilakukan dengan baik adakalanya tidak. Yang pasti Ebi mengalami kesukaran pada part nada tinggi. Suara beliau begitu kedengaran meneran dan masih belum berjaya hitting the right note. Solution, rendahkan key lagu beliau.

Aizat - La Camisa Negra (Juanes)
Salah satu lagu kegemaran saya. I think dia mampu membawa lagu ini dengan baik. Kemungkinan bakal mendapat kritikan positif.

Shawal - Izinkan Ku Pergi (Kaer)
Lagu ini sepatutnya amat sesuai jika Dafi yang menyanyikannya. Walau bagaimanapun semasa latihan/pembentangan, persembahan Shawal kurang memuaskan. Bayangkan kalau waktu latihanpun banyak pitching beliau lari (terutama part low note) tak tahulah macam mana masa konsert nanti

Heliza - Torn (Natalie Imbruglia)
Key lagu agak rendah untuk suara beliau. Suara terlalu lembut dan kedengaran sayup-sayup justeru sebutan kurang jelas. Beliau perlu rapatkan lagi mikrofon bila menyanyi part rendah. Lagu ini definitely not suitable for her. Tapi kena respeklah juga sebab beliau berani ambil risiko. Mungkin untuk melarikan diri jauh-jauh dari bayangan Siti Nurhaliza.

Farha - As Long As You Love Me (Backstreet Boys)
Yang kelakarnya Farha kerapkali cakap lagu ini terlalu boring! (Mujur tidak ditayangkan di Diari Astro Ria..hehe kalau tidak habislah dikutuk di Saluran @ 15). Beliau komplen music minus one kurang keceriaan justeru menambahkan keboringan lagu ini. Banyak koreografi dilakukan untuk mengisi ruang kosong pada lagu ini. Lontaran suara Farha agak keras tapi sebutan English kira oklah juga.

Candy - Setia Ku Korbankan (Fauziah Latiff)
She did well most of the time masa practise, sehinggalah Cikgu Adnan mencadangkan beliau mengubah sedikit lenggok pada penghujung lagu tersebut. Terus beliau bingung (kalau bingung, I think she should stick to her original rendition). Mempunyai sedikit masalah tempo namun lontaran vokal begitu menarik terutama part korus. Penghayatan, facial expression kerap ditegur Cikgu Fati sebab masih perlu improvement.

Dekna - Salam Untuk Kekasih (Nadia)
Agak baik persembahan beliau semasa latihan. Terutama lontaran suara (kurang sikit flat, apartment etc). Namun sekali lagi pergerakan masih kurang memuaskan..kurang rock!

Dafi - Zikir Kasih (Amir Ukays)
Mmm...key music diturunkan (menjadikan lagu kurang bermaya). Suara agak soft tapi lenggokan lagu asli boleh tahan

Rizal - Di Ambang Sore (Ahmad Jais)
Lenggokan suara amat baik dan disampaikan dengan cara beliau tersendiri.
Mungkin salah satu persembahan pelajar yang bakal menerima pujian.

Aswad - Hakikat Sebuah Cinta (Iklim)
Atas kehendak beliau key lagu dinaikkan...woww!! He said dia lebih selesa menyanyikan lagu bernada tinggi. Tapi dia nikan agak tone deaf sikit, masa kelas Cikgu Shafi beliau bermasalah untuk tune suara mengikut bunyi piano!

Mila - Benci Tapi Rindu (Diana Nasution).
Hmmm....macam jadi lagu asli pula lagu ni bila Mila nyanyi. I don't quite like her rendition. Gubahan muzikpun tidak sesuai pada pendengaran saya.

0 comments: