Nikki,Yanie bawah ‘ketiak’ Ning
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my
SETIAP kali tiba sambutan Minggu Setiausaha, nama Ning Baizura Hamzah (Ning), 32 tidak pernah ketinggalan menjadi pilihan penganjur untuk menghiburkan tetamu. Kredibilitinya diketahui umum dan penampilannya di pentas tidak pernah mengecewakan
Tahun ini Ning memulakan persembahan menghiburkan tetamu di Hotel Sheraton Subang diiringi ‘anak didiknya’ Nikki dan Yanie.
Hampir 15 tahun berkecimpung dalam industri muzik tempatan ternyata memberikan kelebihan kepada penyanyi kelahiran Kajang, Selangor itu untuk memberikan persembahan terbaik.
Tempias kehebatan Ning dalam menghiburkan tetamu turut dirasai Nikki dan Yanie apabila diberi peluang menyanyi sebaris dengannya.
Ning berkata, walaupun masih baru dan mentah, dia bangga apabila dua artis yang bernaung dibawah syarikat rakaman ditubuhkan, Artistes United Records mampu menghiburkan tetamu.
“Walaupun tidak hebat sekurang-kurangnya mereka sudah memberikan yang terbaik. Ternyata tetamu sendiri terhibur dengan persembahan mereka. Harapan saya, Nikki dan Yanie menggunakan peluang diperoleh untuk belajar mengatasi kelemahan dilakukan hari ini.
“Secara peribadi, saya berpuas hati dengan persembahan diberikan Nikki. Lagipun dia punya pengalaman apabila muncul pertama kali bersama saya dalam persembahan sempena Minggu Setiausaha tahun lalu.
“Berbeza Yanie dia nampak sedikit gugup di awal persembahan kerana ini kali pertama dia tampil di hadapan khalayak dalam suasana lebih eksklusif,” katanya.
Bagaimanapun sebagai artis baru Nikki dan Yanie boleh dikatakan beruntung kerana mempunyai artis sebaik Ning untuk membimbing mereka dan diberikan peluang untuk membabitkan diri dalam persembahan besar dan tinggi jangkaan penontonnya.
Timbul persoalan sampai bila kedua-dua bintang muda ini mahu bergantung kepada Ning dan berada di bawah telunjuknya?
“Tidak adil sekiranya ada yang menuduh mereka sebenarnya menumpang tuah. Lagipun sebagai mentor kepada mereka sudah tentu saya akan terus membimbing mereka sehingga Nikki dan Yanie boleh berdiri atas kaki sendiri.
“Tetapi untuk membentuk bakat muda menjadi penghibur yang baik memakan masa panjang. Selagi mereka belum berada dalam senarai terbaik selagi itu mereka akan terus berada di bawah ‘ketiak’ saya.
“Saya berikan masa kepada Nikki lima tahun lagi dan Yanie pula enam tahun. Selepas itu saya pasti apabila mereka berada di pentas menghiburkan tetamu sempena Minggu Setiausaha, waktu itu saya akan menyaksikan persembahan mereka dari bawah,” katanya.
Bagi menjayakan persembahan menarik di Hotel Shereton Subang juga tidak mudah. Hampir sebulan Ning melatih Nikki dan Yanie terutama dalam mencari kesempurnaan membabitkan keserasian vokal dan gerak tari. Malam sebelum persembahan bermula, mereka mengadakan latihan sehingga jam 2 pagi.
“Saya mahukan kesempurnaan tetapi dalam waktu sama saya tahu Nikki dan Yanie turut bekerja keras bagi memastikan persembahan ini mantap. Kami berlatih sehingga Yanie jatuh sakit. Walaupun petang ini dia demam segalanya diketepikan demi memuaskan hati tetamu,” katanya.
Persembahan menarik dimulakan Yanie mendendangkan lagu popular Datuk Siti Nurhaliza, Destinasi Cinta dan diteruskan dengan duet bersama Nikki, Teman Tapi Mesra.
Sebaik Ning muncul di tengah pentas, persembahan diteruskan dengan lagu dari filem Dreamgirls, I’m Coming Out nyanyian asal kumpulan Supremes. Gerak tarik menarik dengan paduan suara mantap persembahan mereka mendapat sorakan kira-kira 1,000 tetamu yang memenuhi dewan besar Sheraton Subang.
Ning turut memberi ruang kepada anak didiknya meneruskan persembahan secara solo dengan Nikki menyanyikan lagu Caramu dan Yanie mengambil peluang mempromosikan lagu dari album sulungnya yang bakal menemui peminat Jun ini, Warna Cinta. Yanie juga mendendangkan lagu popular Ning, Curiga sebagai penghargaan buat Ning.
Sebagai penghibur serba boleh, selain menyanyikan lagu popularnya Awan Yang Terpilu, Ning turut mendendangkan lagu Kantonis, Pang Yau. Persembahan diakhiri dengan duet Cinta Di Akhir Garisan oleh ketiga-tiga mereka. Persembahan pada hari itu turut digamatkan dengan celoteh Dee selaku pengacara majlis.
Pada 12 April ini, Ning bakal menghiburkan tetamu di Hotel Shangri-La bertemakan Fergalicious Diva. Persembahan dianjurkan Global Walk Sdn Bhd turut membariskan Adibah Noor dan Sheila Rusly selaku pengacara majlis. Di persembahan itu Ning sekali lagi menampilkan Nikki.

*Ayoyo...itu macam kah? Semoga mereka tidak kelemasan berada di 'bawah' sana
0 comments:
Post a Comment