29 Apr 2007

Konsert AF5 minggu 7

Statement selamba Aznil berhubung dara dan tiada dara, pendedahan eksklusif pelajar-pelajar buang angin bersepah di akademi dan sesi bertemu ibu bapa adalah antara rencah dalam konsert AF5 minggu 7 semalam yang telah mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai. But before that here's my personal review of the students' performance last night

Joget Pahang - Siti Nurhaliza : Dinyanyikan oleh Semua Pelajar
Apasal pelajar perempuan saja yang menyanyi part solo? Sampai tercungap-cungap Heliza menyanyi rangkap dia dan hampir tidak terdaya menarik suara pada bahagian bernada tinggi. Mila ok, sebab dia ambil part rangkap awal, masih fresh dan banyak stamina lagi. Candy yang dapat rangkap akhir sekali (setelah kepenatan menari) hampir-hampir tak terdaya, nasib baik masih termampu melontar suara dengan baik.

Heliza - Rindu Merindu (Fauziah Idris)
I've never heard of this song before. Nama penyanyi (Fauziah Idris) pun tak pernah dengar...oops! Anyway I think Heliza dah buat yang termampu. Tapi saya perhatikan suara dia sejak kebelakangan ini begitu kurang bermaya, tak se-energetic semasa beberapa minggu-minggu awal. Heliza seperti mengalami kesukaran menarik suara pada part tinggi dan kerap kedengaran tak menepati sasaran (kelas vokal tak berkkesan?). dB level - 60%

Shawal - Joget Kaki Lima (Dahlan Zainuddin)
Persembahan yang baik. Tidak banyak kesilapan nada tersasar cuma agak terganggu sedikit dengan vokal beliau yang kadang-kadang kedengaran 'rusty' untuk menyampaikan lagu sebegini. dB level - 72%

Aswad - Penyu Menangis (Sudirman)
Probably the plus point is, he delivered it in his own way. Tak terikut-ikut penyanyi asal. Tapi 'cara' tersendiri beliau kurang menarik. Part yang berlenggok dia buat teknik rebonding (read; diluruskan). I think lebih baik kalau arrangement muzik lagu ini diubah terus ke rentak pop untuk menyesuaikan dengan teknik nyanyian Aswad. Irama Malaysia Aswad kira kurang menjadi menerusi lagu ini. dB level - 65%

Ebi - Berdendang Dalam Tangisan (Jamal Abdillah)



Soalan, Kenapa pakaian beliau tiba-tiba ditukar ke suit moden? Memang kurang menepati konsep. Lagu ini juga agak tricky. Sebuah lagu bertema kekecewaan yang didendangkan dalam irama rancak. Ebi kena pandai allocate bila masa berdendang dan bila pula masa bersedih (seimbangkan). Tapi saya perhatikan beliau terlalu banyak bergerak (kurang kawalan). Anyway, pitching wise, not bad vocally, not much problem. Begitu juga dengan ekpresi wajah sedih dan kecewa beliau, agak berpatutan. dB level - 70%

Dafi - Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay)
I'm quite impress with the way he hit the low note, agak tepat. The mass claim that he doesn't have an impressive voice, so the least that Dafi could do is to hit the note precisely. A slight improvement from his performance last week. dB level - 70%

Candy - Tari Silat Melayu (Aishah)



Kekuatan vokal Candy terus terserlah dalam lagu ini. Lenggok Melayu asli dapat dilakukannya dengan baik. Konsep kostum juga amat bertepatan. Namun seperti juga Ebi, Candy nampak macam banyak bergerak dan kurang kawalan pergerakannya (nampak gaya ada pelajar yang keliru dengan istilah 'menguasai ruang' dan 'menguasai pentas'). Kesilapan yang Jee sebut tu sebenarnya bukanlah terlupa lirik, tapi lebih kepada keadaan teragak-agak nak masuk cue yang betul untuk rangkap yang seterusnya (barisan 'amboi-amboi' yang sepatutnya diulang empat kali untuk hampir-hampir dibuat dibuat dua kali sahaja). Kesilapan ini tak akan ketara sekiranya penyanyi latar pandai mengambil peranan mereka. Tapi nampak gaya back-up singerpun terkeliru sekali. dB level - 75%

Mila - Dondang Dendang (Noraniza Idris)
Kelemahan Mila dalam menepati sasaran note rendahnya mirip penyanyi yang cuba melawan kekuatan bunyi muzik. It's not precise but still considered within the range of the tune (not a big pitching problem anyway). seperti biasa part nada tinggi dapat dilangsaikannya dengan baik. Lenggok lagupun disampaikan dengan bersahaja dan semulajadi. Another good performance from her. Kepuasan - 72%

Aizat - Ada (M.Nasir)
Aizat bertuah kerana lagu ini tak banyak lenggok Melayu aslinya. So setakat semalam lenggok Melayu asli Aizat belum berapa teruji. Walau apapun persembahan Aizat cukup bertenaga. Kawalan pitching and nafas yang agak baik. Bak kata pengkritik suara beliau tak ada flat, kondominium dsb and as Ogy said simply entertaining (FYI dalam Diari Extended Aizat ada sebut beliau pernah hadiri kelas vokal sebelum ini. Penjelasan beliau berhubung teknik yang beliau pelajari,i.e, tarik nafas dari hidung dan elakkan dari mengangkat/menggerak bahu semasa inhaling sama seperti yang pakcik pelajari dulu....*grin*) . dB level - 85%

Joget Si Pinang Muda - Noraniza Idris : Dinyanyikan oleh Semua Pelajar
Alahai konsep choirlah pula. Pada awalnya kedengaran amat baik sehinggalah percubaan mengharmonikan lagu tersebut di mana kedengaran harmoni-harmoni sumbang. Tak cukup latihan kot!

The farting extravaganza - So finally AF exposed the bad behaviour among some of the male students. For those who watched Diary Extended this is nothing new. In fact I was startled the first time I learnt about this in Extended. You don't simply break wind in front of everyone. Other fellow students probabaly can tolerate such behaviour but not the tenaga pengajar. I guess the reason for exposing those scenes are just a reminder yang kita perlu beradab sopan, sebab perlakuan sebegitu sering dikaitkan sebagai perlakuan yang kurang beradab. Sesuai dengan tema konsert berkaitan dengan budaya tempatan yang kaya dengan peradaban dan sopan santun.

A tale of virgin and not virgin - Between Erra and Fasha...errr.....I mean how can Aznil really confirm who is virgin and who is not! *LOL* (well....his expectation could be wrong...who knows!)

Bengkak hatinya bengkak! - "Tak tahu adik tak tahu!"...haaaa...macam itulah kan lirik lagu Penyu Menangis. Kesian tu kesianlah juga pada Aswad yang terpinga-pinga bila ibu bapa rakan-rakan pelajar lain satu persatu muncul di pentas. Tapi pada umur 27 tahun saya rasa tak perlulah simpati berlebih-lebihan. It's already a matured age, lainlah kalau umur baru 10 tahun. Tapikan Aznil pun perlu simpati juga. Dia ni saya tengok macam terasa sangat bakat nyanyian beliau sudah dilupa dan dipinggirkan oleh orang ramai, maka sering saya perhatikan dia ni asyik mencuri-curi peluang menunjuk-nunjukkan bakat nyanyian beliau dalam AF. Inilah peluangnya kan? Sebab berjuta-juta mata bertumpu ke kaca televsiyen pada ketika itu. So semalam is the highlight of his showing off. Satu kejutan. I think lebih syahdu kalau gesekan biola saja memainkan lagu Ayah dan Ibu ataupun mainkan saja lagu Sudirman. Anyway, sebagai membantu Aznil sukalah saya mengingatkan kamu semua yang dia ni boleh menyanyi bukan mengacara sahaja ok! Ingat tu! Pernah ada album dulu tapi kurang mendapat sambutan.

Oh ya hampir terlupa...syabas dan thanks for the live band...I love live band...karaoke-karaoke dan minus one ni macam sudah muak! Pasal Aznil cuba mempengaruhi pengkritik supaya beri lampu biru tu, kan pakcik dah sound sejak minggu lepas lagi, baru sekarang saya perhatikan semakin ramai orang memprotes tindakan beliau, memang tak logik.

1 comments:

dBOS-fm said...

Thank you...:)