14 Apr 2007

Pra-konsert AF minggu 5

Konsert AF malam ini bakal menghidangkan lagu-lagu berbagai rentak dari berbagai genre. Siapakah yang bakal menyerlah pada malam nanti?. Mampukah Ebi mendapat perfect 10 lagi dari Ogy seperti minggu sudah? Berikut adalah tinjauan saya berdasarkan pemerhatian semasa latihan serta pembentangan tugasan.

1. Dafi - Bibir Mesra Jiwa Parah (Zam Zam)
Beliau begitu mengawal 'pitching' sehingga kurang bergerak semasa membentang lagu ini. Koreografi A Go Go amat menarik sekali. Saya jangkakan persembahan beliau bakal menggamatkan dewan

2. Heliza - Diam-Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram)
Sebuah lagu berirama dangdut. Kalau dalam latihan, Shawal diminta menjadi penari gelek untuk lagu ini. Mungkin kehadiran Shawal bakal memberi keceriaan pada lagu ini justeru mengundang jeritan bingit dari penonton. Heliza pula kekal dengan suara beliau yang lembut tak berapa tajam menyengat (less piercing).

3. Shawal - Cinta Tak Karuan (Amigos)
Sebuah lagi lagu dangdut pada konsert nanti. Gelekan beliau walaupun tak sehebat Inul bakal menggamatkan dewan. Dari segi vokal, pada pendengaran saya suara beliau kurang memberi keceriaan pada lagu ini.

4. Dekna - Unfaithful (Rihanna)
Lagu ini seolah-olah dalam wish list Dekna. Beliau amat teruja semasa mula-mula mendapat lagu ini lalu berlatih terus-terusan. Beliau cukup rajin berlatih dan tidak henti-henti bertanya kepada tenaga pengajar. Vokal beliau kedengaran agak sengau (ala-ala Anita Sarawak). Dekna tetap dengan aksi trademark beliau yang suka menuding jari ke depan (malangnya tiada tenaga pengajar yang menegur tabiat beliau ini)

5. Rizal - Pada Syurga Di Wajah Mu (Nash)
'Key' lagu direndahkan dalam dua step ke bawah untuk memberi keselesaan kepada Rizal menyampaikan lagu ini. Probabaly it's gonna be one of the boring performances that night (the other one could be Ebi's)

6. Mila - Puncak Kasih (Ziana Zain)
Ini mungkin bakal menjadi 'killer performance' malam nanti. Mila begitu bersungguh-sungguh berlatih lagu dalam wish list beliau ini. Mengikut perancangan awal barisan bernada paling tinggi lagu ini yang berbunyi "hebatkah cinta" telah dipotong (macam kena censorlah pula). Mungkin kerana risau Mila tidak mampu melakukannya. Namun Cikgu Adnan tak berpuashati kerana menurut beliau part line tersebutlah dinanti-nanti oleh penonton nak dengar. Mampukah Mila menarik suara beliau untuk part yang tinggi ini? Sama-samalah kita tunggu

7. Ebi - Layu Sebelum Berkembang (Broery Marantika)
persembahan beliau agak kurang bermaya. Ebi seolah-olah kurang cocok dengan irama sentimental. Susunan muzik digubah ala-ala konsep robato (free melody) satu konsep yang lazim digunakan oleh penyanyi jazz seperti Nora Jones. Kita bakal menyaksikan satu persembahan dalam sebuah lounge dari Ebi menerusi lagu ini. I hate to say this but probably this is going to be anothet boring performance. But I hope i'm wrong!

8. Aswad - 60’s TV (OAG)
Mungkin hendak menyahut cabaran Ogy yang inginkam Aswad 'trigger' sikit di konsert-konsert akan datang, maka Aswad memilih lagu dari genre alternative punk kali ini. Gigih membetulkan sebutan "watching"nya sebab kekadang tersebut "washing". Sebutan Inggeris beliau walaupun taklah seteruk mana, tapi mungkin bakal mengundang komen negatif. Persembahan semasa latihan kira ok....kira havoclah juga, cuma ayunan tangan masih meniru Karam Singh Walia!

9. Aizat - Itu Kamu (Estranged)
Lagu ini Aizat trade dengan Ebi. Setakat pembentangan kelmarin (Jumaat), Aizat belum seratus peratus ready. Lirik masih belum berada di hujung lidah dan beliau juga menerima banyak teguran dari Cikgu Shafi.

10. Candy - Berdua Lebih Baik (Acha Septriasa)
Ini merupakan lagu wish list Candy. Seperti Dekna beliau sangat teruja. Namun semasa latihan, persembahan beliau agak mengecewakan. Candy agak struggle pada part korus. Lagu yang sepatutnya dibawa dengan mood ceria, manja (dan gedik-gedik sikit) dibawa beliau dengan mood yang amat terseksa! Vokal beliau pada part korus begitu 'strain' sekali walhal beliau sepatutnya relaks. Ekprsei wajah beliau, yang sepatutnya tersenyum ceria dan manja, nampak dikerutkan macam terseksa pada part korus (hmmm). Semua ini gara-gara 'key' lagu ditinggikan satu step dari key lagu asal. Nasib baik Cikgu Fati nampak ketidakserasian ekspresi wajah candy dengan tema lagu ini lalu memberi teguran dan nasihat yang sepatutnya pada saat-saat akhir. Saya hanya mengharapkan Candy berpegang kepada nasihat Cikgu Fati, otherwise nanti habis diherdik pengkritik



0 comments: