30 Dec 2010

Artis Seberang Laut

Atas permintaan, terimalah artikel dari wartawan hiburan sensasi yang gigih menemuramah artis-artis menganggotai band group (dari Filipin) yang sedang membuat gig di KK. Saya rasa temuramah sebegini sedikit sebanyak memberitahu kita tentang pahit getir durang ni berkecimpung dalam dunia seni. Maklumlah disanakan banyak persaingan. Bolehlah artis-artis tempatan kita jadikan inspirasi perjuangan durang ni. Macam artis di bawah ni yang pernah menyanyi free of charge semata-mata untuk membuktikan bakat beliau (ko sanggup?). Lepas tu dia bilang lagi walaupun dia khusyuk melibatkan diri dalam dunia nyanyian tapi tetap sambung belajar...gitu!

29 Dec 2010

The Divine Masters - Keluhan Hati

All set to top the chart here :)









I like the guitars arrangement over the intro/outro...macam ada brake and suspense...suspense sikit :=)

Yazer - Spektakular

Duh janggalnya mo eja tajuk lagu ni dalam BM.









Satu demi satu lagu si Yazer ni keluar tapi setakat ini bagi saya, masih belum ada yang betul-betul 'spectacular' yang mampu memberi impak jangkapanjang. Apapun Yazer tetap dan masih ada di persada seni. I like his natural rock tone(somebody please give him the right song).

Wilton Hamdih - Umandak

Macam banyak single si Wilton sejak akhir-akhir ni, adakah dia telah menghasilkan sebuah album? Apapun mari dengar salah satu singlenya yang berjudul Umandak







28 Dec 2010

Pengiktirafan Berganda

Lagu berjudul 'Love Scale' ciptaan pemuzik terkenal Sabah, Roger Wang telah memenangi dua anugerah di majlis anugerah berprestij anjuran Persatuan Wartawan Hiburan Wilayah Persekutuan (PWH). Anuegrah-anuegrah tersebut ialah "Top 10 Lagu Asal (Antarabangsa)" dan "Artis Antarabangsa Persembahan Terbaik". Anugerah kedua tu saya rasa diberikan kepada penyanyi yang mempopularkan lagu ini di peringkat antarabangsa iaitu penyanyi Hong Kong Jacky Cheung



Wow, who would have thought dalam banyak-banyak lagu yang dimuatkan dalam album pertama "Double Take" (Roger and Mia Palencia) lagu Love Scale (nyanyian asal Mia Palencia) ni pula si Jackie Cheung pilih.

Beginilah rupa kaset album durang yang pertama yang dikeluarkan pada tahun 2000 :=). Love Scale berada pada Trek 5 Side A.



Yang lucunya pasal album durang nikan saya terjumpa di satu gerai menjual kaset yang sedang ligat memutarkan lagu-lagu dangdut di Lahad Datu dulu tahun 2000. Saya tidak sangka betul akan terserempak kaset durang ni di kalangan kaset-kaset penyanyi dangdut..haha. Sempat pula saya tanya itu penjual "original kah ni?" habis masa tu durang baru lancar album ni di KK 2,3 hari sebelum tu. Saya terus sambar dan layan dalam kereta. Best!

Berabis juga saya cari versi Jackie Cheung ni, rupa-rupanya dia bukan nyanyi dalam bahasa Inggeris, tapi Mandarin, tajuk pun dalam bahasa mandarin (patutpun susah mo cari). Tapi akhirnya jumpa juga.

Lagu Blues Kita - Momain Blues ft Jiaja

Memandangkan ada 2,3 ja lagu blues di sini ni, apa kata kita tambah koleksi lagu blues dengan menampilkan sebuah lagu blues berjudul Blues Kita oleh kumpulan Momain Blues featuring Jiaja.







27 Dec 2010

Buzzing Joker - E Korohianku

Mari kita dengar lagu rock Dusun oleh kumpulan dari Keningau, The Buzzing Joker









Lagu Tupusku Dika - Oliver Muji

Kepada kawan kita yang meminta lagu dari Oliver Muji "Tupuskuu Dika" hari tu, nah terimalah lagu yang diminta. Anggap jalah ini sebagai hadiah Krismas :=)







25 Dec 2010

Happy Christmas

To those who celebrate Christmas, wishing all of you

a blessed & joyous Christmas..

Merry Christmas!

20 Dec 2010

Peringatan Untuk Gadis Sabah

Sekiranya anda seorang gadis yang sedang mabuk asmara dilamun cinta dengan jejaka Afrika yang dikenali melalui laman sosial terutamanya Facebook, teruskanlah membaca. Menurut Menteri Luar Negara, Datuk Anifah Aman, sehingga sekarang seramai 149 wanita Malaysia merengkok di penjara luar negara kerana ditangkap akibat mengedar dadah. Mereka telah disabit kesalahan dan dihukum samada seumur hidup atau hukuman mati. Beberapa akhbar baru-baru ini melaporkan sindiket dari Afrika yang gigih 'memikat' gadis-gadis Malaysia untuk dijadikan 'keldai dadah' (pengangkut dadah).

Bagaimanakah sindiket ini beroperasi? Menurut polis, jejaka-jejaka dari Afrika mencari mangsa mereka melalui laman sosial di internet terutamanya Facebook. Setelah berkenalan dengan gadis-gadis tempatan mereka mula menabur ayat-ayat cinta, romantis dalam usaha menawan hati si gadis supaya bersetuju menjadi kekasih mereka. Operasi mereka akan menjadi mudah dan licin apabila hubungan mereka sampai ke tahap sepasang kekasih, lebih-lebih lagi apabila si jejaka sampai ke tahap melamar gadis tadi. Menurut polis, peringkat ini sebenarnya hanyalah sekadar memperdaya gadis tersebut agar tidak mengesyaki apa-apa yang buruk akan berlaku.

Beberapa kes lepas mendapati gadis-gadis tempatan diminta membawa bungkusan misteri ke luar negara untu diserahkan kepada orang-orang tertentu. Dalam kes ini gadis tersebut mengembara berseorangan. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini si gadis dan pasangannya mengembara bersama, namun setibanya di destinasi yang di tuju jejaka tersebut akan menghilang diri dan meninggalkan gadis tersebut terpinga-pinga di negara orang, bersama-sama dengan beg yang mengandungi dadah. Demikianlah penerangan yang diberi oleh polis berhubung 'keldai dadah'.

Yang sedihnya enam wanita Sabah telah menjadi mangsa setakat ini. Adakah anda mangsa seterusnya? Malah wanita Sabah, Christina Anak Luke Niju, 22 tahun dari Sandakan merupakan mangsa terakhir sindiket "keldai dadah" ini. Beliau terpedaya melalui Facebook dan akhirnya ditangkap di China pada bulan April tahun lepas. Berwaspadalah, terutama sekali bila anda dihampiri oleh jejaka Afrika di Facebook. Difahamkan jejaka-jejaka ini akan menerima pulangan lumayan sekiranya misi mereka tercapai. Apa pula pulangan yang bakal anda dapat? Gunakanlah akal fikiran anda, fikirkan tentang keluarga dan masa depan anda. Biar menyesal hari ini daripada menyesal hari esok. Sebab sekiranya anda telah disabit kesalahan tiada siapa yang dapat membantu anda. Meraung di penjara pun tiada guna...hanya tikus-tikus, semut-semut ja yang mendengar raungan anda. Hukuman tetap hukuman.

Sebarkan juga berita ini kepada keluarga, saudara-mara dan sahabat andai anda yang mempunyai anak-anak gadis.

Sila baca berikta keratan akhbar berikut untuk maklumat lanjut (klik imej untuk paparan lebih besar)

18 Dec 2010

Bakat-bakat Cilik

Beberapa video semasa pertandingan akhir Bintang Kecil 2010 peringkat Zon Sabah pada Ogos lalu. Unfortunately tiada pula video sang juara adik Presley Petrus.



I bet he must be the one who won the best dress (kalau ada kategori tu lah). Mana mo cari kolar baju macam tu :=)

Cuba masa kicik-kicik dulu, time mo minta mama kamu duit, kamu nyanyi ni lagu siap dengan lontaran suara, perasaan dan showmanship macam tu budak di atas, saya gerenti bukan RM1 tapi RM10 kena kasi..haha.



Yang ni saya rasa kalau sudah besar ngam join group acapella atau vocal group. Maklumlah kan kalau perhatikan kebanyakan vokal group mesti ada satu orang yang chubby (kadang-kadang chubby dan botak), so dia ni sesuai mengisi quota anggota berbadan chubby dalam vocal group :=). jangan marah yer dek..pakcik gurau je.

Credit

15 Dec 2010

Velvet Buka Kedai Kek

Ndak picaya..baca ni :)



Syabas!...nanti saya pegi Lintas Plaza, guarantee saya pi cari ni kedai...Cupcake Calender (hmm napa lah dia ndak kasi nama ja Velvet AF4's Cupcake...eh nanti lain pula orang pikir kan)

CupCake Calender Facebook.

CupCake Calender Website.

Alvin_MY Jadi DJ

Selamat ber-DJ kepada my cyber friend :=) Alvin_MY. Sayang sekali siaran kamurang saya ndak dapat dengar (tempias-tempias ja bah). Bukan KK-FM ja, Hitz..ERA..MY..semua ndak buli dengar dengan jelas dari tempat saya. Padahal semua berpengkalan di KK. Kalau ikut linear distance adalah lebih kurang 20 km dari tempat saya tinggal. Yang hairan si Othoe yang di KL pula boleh dengar dengan jelas, terang dan tajam ala-ala TV HD beyond...haha.

Hitz, Era dan My, Rasmi di KK

One of my friends who is following this blog from Sandakan (hello Mr. L..how are you..we'll be going to Sandakan again next week) SMS me with this joke "do you happen to moonlight as the Daily reporter by the name of Neil Chan?" (hahaha). It's so happen that I didn't update this blog for long and coincidently a new reporter appears on the daily, reporting subjects which are very close to my heart..music and environment (although I seldom write about environment here cos it's too damn serious topic). In addition to that, our first name is 98% sounds alike :). Well, if I were to disguise myself and use a Chinese-sound name, I already have my pick which is Elton Chong! My second pick is Elvis Bruce Lee..haha. But I don't think any daily will allow their reporters to publish fake name.

So here's the news about the official launching of three AMP's radio stations in KK as reported by it's-not-me-Neil Chan.



My only hope is the stations especially Era and Hitz will not just play locally (Sabah) produced songs through their 10 am - 1 pm slot (meant for KK/Sabah listeners alone). If they find the songs are good (in terms of composition and recording quality)and have the potential to be aired nationwide (through their main station) why not give it a go. In my opinion the songs like those in Ivye's album (Konspirasi Cinta dan Suratan Terakhir), The Ariez and Atama should be given the shot (mungkin banyak lagi lagu-lagu lain tapi lagu-lagu dari album durang ni ja yang saya sempat dengar dan yang saya rasa sedikit sebanyak telah mencapai industry standard)

If this really happens, we'll probably see an out-bound star from here in one of these days/months/years :)(without participating the made in KL reality shows).

6 Dec 2010

Promosi Album Norizs

Selepas pelancaran lagu single "Kekosongan" oleh Zuraidah, menyusul seorang lagi artis Sabah yang telah melancarkan album sulung beliau kelmarin (5 Disember, di Hotel Hyatt KK). Beliau yang dimaksudkan ialah Norizs Rizs. Album diberi nama "Dia Wanita" itu memuatkan dua belas trek dan pra dengar boleh diikuti pada video promosi berikut.



More pics and videos on the links below.

Fan Club Facebook
Personal Facebook
Blogspot Fan Club

4 Dec 2010

“Kekosongan” Bakal Mengisi Ruangan Seni Zuraidah

Setelah hampir setahun terperam akhirnya lagu “Kekosongan” oleh Zuraidah Ahmad ciptaan Asmin Mudin bakal berkumandang di corong-corong radio tempatan. Majlis pelancaran single ini berlangsung di Buhavan Square Donggongon semalam (3 Dis) sebagai sebahagian daripada slot konsert “From Studio to Live Performance #2” anjuran D’Angels Music Academy (DMA). “Saya sekadar menumpang acara tahunan sekolah untuk melancar single ini” kata Zuraidah merendah diri. “Kalau ikutkan hati memang sudah patah semangat, berbagai cabaran dan dugaan ditempuhi selama ini lebih-lebih lagi dalam membuat persediaan untuk pelancaran malam ini” ujar beliau lagi. Menurut gadis berperwatakan ceria ini, beliau hampir berputus asa untuk meneruskan hasrat melancar “Kekosongan” apatah lagi bila semuanya dilakukan pada saat-saat akhir ditambah dengan beberapa rancangan asal sebelum ini yang gagal terlaksana. “Rancangan awal mau jual terus 100 unit pada malam pelancaran, tapi memandangkan versi karaoke tidak sempat siap maka terpaksalah diketepikan dulu rancangan tersebut, yang penting majlis berjalan dengan lancar”.

Majlis pelancaran menyaksikan penyerahan “goodie bags”, yang memuatkan CD single berkenaan dan poster kalender, kepada wakil-wakil media elektronik termasuklah radio-radio online seperti Utara FM, Sabahan FM dan tidak ketinggalan dBOS-fm (walaupun...“it’s NOT radio, it’s dBOS-fm!” – apapun terimakasih banyak-banyaklah kepada Cik Zuraidah kerana sudi menjemput). Zuraidah seterusnya mencapai mikrofon memperdengarkan “Kekosongan” secara live kepada penonton sejurus selepas upacara penyampaian “goodie bags” selesai.

Ditanya tentang perancangan selepas pelancaran “Kekosongan”, beliau menyatakan tiada perancangan khusus setakat ini, “saya hanya akan meneruskan pengajian saya di DMA” ujar gadis yang kini berada pada tahap Grade 2 jurusan vokal dan violin di akademi muzik berkenaan. “Tapi adalah juga perancangan untuk memuatkan single ini dalam album kompilasi yang bakal diterbitkan oleh Skyline” tambahnya. Ketika diujakan pertanyaan berhubung album penuh, menurutnya semuanya bergantung kepada keadaan “perancangan tu mungkin ada tapi bukan pada masa yang terdekat ini, lagipun bukan senang mencari material untuk bikin album, kalau ada sumbangan karya dari mana-mana pihak, maka adalah album saya nanti” jelasnya yang juga meminati lagu genre Irama Malaysia.

Menurutnya lagi apa yang dilakukannya sekarang bukanlah untuk mengejar glamour atau populariti sebagai artis, “kalau ikutkan memang tiada semangat sudah ni, tapi yang membuatkan saya kuat semangat ialah bila terkenangkan arwah ibu yang pernah balik-balik bertanya bila mau siap CD, bila mau launching, rupanya beliau ‘kesuntukan masa’” tambahnya yang mula menitiskan airmata. “Bila terkenangkan semua itu rasa betul-betul terkilan dan saya lakukan ini sebagai hadiah buat arwah mama sebagai menunaikan hajat beliau” luahya lagi sambil mengesat-ngesat airmata. Temubual bersama artispun terpaksa dihentikan bila suasana menjadi hening dan pilu.


Apapun all the best to Zuraidah, syabas juga buat Asmin Mudin

CD single “Kekosongan”

CD ini menyenaraikan dua trek iaitu Trek 1 – audio dan Trek 2 – MTV. Malangnya bila dibuka, Trek 1 betul-betul “kekosongan” (‘the file is empty’, read the notice on my screen). Nasib baik Trek 2 (MTV) tidak kekosongan. Kekuatan lagu ini pada saya terletak pada lirik lagu (hasil nukilan bersama Asmin dan Zuraidah) lebih-lebih lagi bila dinyanyikan dengan penuh penjiwaan. Dengan melodi yang simple, fokus lagu lebih menjurus kepada penceritaan penuh penghayatan menerusi sebuah irama. Walaupun penyanyi mampu membawa lagu dengan range yang besar, namun untuk lagu ini vokal yang lembut, merdu dan berbisik lebih ditekankan untuk kesesuaian lagu. Lagu ini mungkin boleh saya samakan dalam kategori seperti lagu “Teringin” oleh Shima (yang tidak mempamerkan julat sebenar vokal Shima) dan juga lagu “Terkilan” (duh lupa pula nama penyanyi...hehe...was it Khaleeda? Ex-wife si Azman Adnan bekas pemain bola kebangsaan). Untuk mereka yang benar-benar ‘kekosongan’ yang masih tercari-cari sesuatu agar dapat menjamin sebuah malam yang sentiasa ‘sentosa’ (saya ambil dari lirik ok), jemputlah layan lagu ini. This song is for you.

I like the concept of the album cover.



Audio (2 min)








MTV



dBOS: Sering “kekosongan” wallet..hukk..hukk.

Konsert Tahunan D'Angels Music Academy

Konsert tahunan D'Angels Music Academy (DMA) telah berlangsung semalam (3 Dis) bertempat di Buhavan Square Donggongon Penampang. Konsert bertema "From Studio To Live Performance #2" ini antara lain memberi peluang kepada penuntut akademi muzik berkenaan mengaplikasi pembelajaran teori dan praktikal, yang selama ini dilangsungkan di dalam studio, ke situasi sebenar di atas pentas untuk tatapan ramai. Ini merupakan siri kedua konsert seumpamanya diadakan, siri pertama telah berlangsung pada tahun lepas di tempat yang sama. Beberapa aktivti menarik diadakan kali ini untuk menampilkan sedikit kelainan dengan siri konsert sebelumnya. Antaranya ialah majlis pelancaran single pertama, salah seorang penuntut jurusan vokal dan violin akademi tersebut, Cik Zuraidah Ahmad yang berjudul Kekosongan.

Zuraidah semasa menyampaikan lagu kantonis

Konsert dibahagikan kepada empat slot iaitu persembahan lagu-lagu KDM, persembahan pelbagai jenis lagu, persembahan dari pelajar BiMC Certificate dan akhir sekali slot pelancaran lagu tunggal Cik Zuraidah Ahmad, Kekosongon ciptaan Asmin Mudin (yang juga menjadi pengacara konsert malam itu). Konsert diserikan juga dengan penampilan penari-penari latar yang mengiringi beberapa persembahan artis.


Saya hanya sempat mengikuti konsert tersebut dari jam 8.30 pm dan memang banyak lagu-lagu yang menarik dan menghibur dipersembahkan. Antaranya seperti lagu Tanak Kampung, Sumandak Kudat dan sebagainya. Persembahan lagu ku Ada Kamu oleh pelajar Rufena Eusbius antara yang mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Beberapa 'sifu' akademi berkenaan seperti Betcy Michael dan Diana Stephen juga turut melontarkan suara mereka. Lagu inggeris Somewhwere Over The Rainbow dendangan Diana cukup mencuri perhatian, membuat saya terhenti menikmati roti canai, semata-mata untuk memberi tumpuan :)(kelas, I tell you). Persembahan lagu kantonis Shanghai Beach oleh Cik Zuraidah tidak kurang menariknya (confirm boleh ganti penyanyi asal Frances Yip :)). Persembahan lagu-lagu Christmas Medley menyusul selepas slot keempat sebelum sidang media berlangsung.

Senarai lengkap peserrta-peserta konsert

30 Nov 2010

Album 2 Dalam 1

Duh lamanya tidak update kan, maklumlah masih berada ditempat orang janggal pula guna kemudahan orang lain ni...malu2 pakai tapi mahu (padahal ndak pandai guna sbb teknologi terlampau advance hehe). Apapun ni nah artikel pasal album baru durang si Afiezal dan Joseph Sarudin. Lagu-lagu durang sudah dimainkan di sini :)

10 Nov 2010

Number One

I was so excited listening to this demo for a very personal reason (nope I didn't write it nor did I know the singer with angelic voice).

Just take a listen

Number One - Jocelyn
(Song/lyrics: Rushy J)









If you happen to notice a slight similarity with any existing song, like I did (just one and two bars of the melody I think), anggap ja lah sesuatu yang tidak disengajakan. I believe the 18-year-old song writer himself never heard of the 'existing' song I was talking about (an old Malay classic).

8 Nov 2010

Lagu "Cinta"

Lagu ni dipetik dari album si Adex terbitan tahun 2008 (motif baru sekarang dimuatnaik sini? Hehe...biar lambat asal selamat). Sebuah lagu dalam genre yang dikenali sebagai rock kapak (well it's still adorable to listen to...right?), take a listen.











Cinta - Adex
(Lagu/lirik:Guadik A/Guadik A & Tina)

Engkaukah itu yang membuat ku resah
Engkaukah itu yang mengocak damai hatiku
Tika kusebut namamu ada getar dijiwaku
Tika ku terkenang dirimu ada rindu di hatiku

Ref#
Bisakah kau mengerti resah hatiku
Bisakah kau rasa getar jiwaku
Aku takut haruman cintaku ini
Pudar ditelan waktu yang cemburu

Bisakah kau mengerti resah hatiku
Bisakah kau rasa getar jiwaku
Aku takut benih cintamu itu
Tak bisa tumbuh walau kusirami
Tak bisa subur walau kubajai
Cinta itu bukannya buta
Tapi hatimu bersulam dusta
Cinta itu lahirnya suci
Tiada benci tiada sangsi
Cinta itu tak akan mati
Tiada dendam dan iri hati
Cinta itu anugerah Tuhan yang maha suci
lahirkan kita...

...dahsyatnya lirik :=)

Kalau saya perhatikan lagu-lagu dalam album beliau ni, ada beberapa arrangement yang boleh saya anggap 'above average'. Syabas kepada penggubah-penggubah muzik yang terlibat (Mogs-The Kidz dan Donovan Linus). Selain 'Cinta', lagu-lagu lain yang menjadi minat saya ialah lagu pada Trek 1 'Tinomod Nu Sumuai Mantad Doho' (lagu slow rock, yang pernah menduduki carta lagu-lagu pop Dusun Sabah VFM) dan lagu Trek 7 'Rati Koposion' (the best musical arrangement in this album). Lagu Trek 7 ini juga saya rasa layak dikelompokkan dalam lagu-lagu untuk citarasa telinga muda :=)

Lagu "Sayang Itu Masa"

Sementara saya sibuk meng-edit, sebuah lagu baru yang kira siuk juga ni,mengikut citarasa saya sendiri; terimalah dulu lagu yang diminta berjudul "Sayang Itu Masa" persembahan Raphiel Pinus (saya keliru sikit samada mau kasi main di chanel Dusun kah atau Melayu ni lagu, last last sya hentam ja pi chanel Melayu..hehe) Enjoy!









Kawan sudah berumahtangga
Kau masih bujangan
Umur sudah lanjut
Muka sudah berkedut


Huu...waaaAAAA!! (tangisan bayi)

5 Nov 2010

Lagu-lagu Nostalgia

Mari kita mulakan siri "Lagu-lagu Nostalgia" kita dengan menampilkan dua buah lagu berikut.

Tapi sebelum tu kepada visitors and readers dBOS-fm yang beragama Hindu (ramai tu kan!) selamat menyambut "Hari Deepavali" kalai vanakam!

Janji Tarang Bulan

Lagu ini antara lagu-lagu yang telah mencetus fenomena di arena muzik tempatan Sabah suatu ketika dahulu dan sehingga kini pun masih terus diminati. It is performed widely by locals and foreigners alike. I happened to see a Filipino band performed this song a couple of years back. They sang it in R & B, infusing acoustic saxophone in the arrangement. The verdict? I was floating on the air :-).

I thought of uploading this song from my very own collection but some hardworking beings, had already broadcast it to the world...in HD :-).



Nung Karati Koh - John Moduli

Although not as phenomenon as Janji Tarang Bulan, this song has really captured my heart. The melody is so captivating. I used not to pay much attention to this song before until one very silent night, I heard it 'sayup-sayup' from someone's car stereo. The next thing I knew, I struggle memorising the lyrics (hehe). One of the songs that I sing comfortably without much efforts or without straining my voice too much.

This is the original version, recorded in 2000. Enjoy!









Nung Karati Koh - John Moduli
(Song/Lyrics - John Moduli/John Moduli)

Nung karati koh
Suang ginawo ku
Kada oku daa dika tongkiadai
Iya no dah iya no dah songulun

Koilo koh nangku
Isai koupusanku
Koilo koh nangku
Isai koginawaanku
Iya no dah, iya no dah songulun

Oho tikid tadau om tuong
Oku id pagandadan
Koguliaan nu
Koturu romou mato ku
Kokito dino gambar nu
Ginawo ku langadon dika

Nung kopuriman
Koh daa ginawo ku
Kada oku daa dika pologoso
Id koihadan..id koihadan
Ginawo ku langadon dika

And this is the new version.









Hmm...if only they use a real acoustic sax. The music sounds a little bit rough and crowded and John's voice is not as emotional as in the old version.I kinda prefer the old version though.

The Twins Story

Probably the famous twins in Sabah :=)



I also had my share of embarrassing moments with twins. I greeted a person whom I thought I knew very well. I chatted with him about some past events and asked him the whereabouts of some of his friends. He looked confuse but remained friendly. Once he dropped the bomb that I was actually referring to his twin brother, I thought of throwing myself at the speeding cars on the road *LOL* (we were chatting by the highway).

Still about twins, Ricky Martin revealed exclusively his twin sons (Matteo and Valentino) to the mass for the first time during an interview with Oprah on Nov 2 (like three days ago but will probably arrive on our local TV stations three months from now). His date with Oprah was his very first interview since he made an official announcement in March that he is..aaa...err...not heterosexual (go find the meaning in the dictionary). The interview was also in conjunction with the launch of his book (autobiography) entitled "Me".



Wow...the ladies are still screaming just like before huh (are they paid to scream or what?), and Mr Martin truly enjoys playing mommy doesn't he.

Awesome show indeed. Part 1 to 6 (including the world premiere of a new single "The Best Thing About Me Is You", a duet with Joss Stone) are still available on YouTube (hurry, before Oprah ordered them to be removed...hehe).

If you think Mr Martin has lost his charms, sexiness, macho-ness all because of his honest confession and you can't stand all the fake in his video "She Bangs"...



...don't worry help is on its way, and he's equally 'hunk' or was it spelled as 'hunG'?

3 Nov 2010

'Kawad Maut Sandakan' Versi Cereka

Versi cereka tragedi 'Kawad Maut Sandakan' (Sandakan Death Marches) semasa pemerintahan kejam Jepun dulu akan disiarkan di Astro Citra - Saluran 131 melalui slot siri cereka yang berjudul "Suatu Ketika...Akinabalu"



laporan terperinci.

(arrggh...tiada melanggan pula saluran ni).

I'm keping my fingers crossed for some foreign movie makers out there (Mel Gibson kah atau Russel Crowe both Aussies - almost all victims are Aussies) to turn this tragic event into a Hollywood movie :-)

Talking about rancangan TV ni terutama yang melibatkan tragedi or disaster, the movie "2012" made its debut on HBO on 31 Oct. I watch it dutifully including the repeats (haha). One question in my mind, "how do we in Sabah cope with the situation?" (we are somewhere on the other side of the planet during all the actions in the movie, right?). Too bad the movie didn't show the situation on this region. A glimpse of a simulation map in that movie shows we were badly inundated with big waves...die lah! Rupa-rupanya projek empangan raksaksa di China tu kononnya projek rahsia pembinaan "Noah's Ark" untuk menyelamat umat manusia (yang mampu ja ok..yang ada USD 1 billion...*LOL*)


2012 is just around the corner. Is the present situation in Indonesia suggesting something terribly bad awaits us ahead? Palis-palis...

Anugerah-Anugerah Muzik

Muzik Muzik

Rancangan hiburan berprestij (masih berprestij ker? hehe) Muzik Muzik (road to Juara Lagu) telah menyenaraikan 30 buah lagu untuk bersaing di peringkat separuh akhir yang akan bermula pada 8 Nov (Isnin), jam 10 malam. Antara lagu-lagu yang tersenarai ialah Jahat (Stacy), Menggegar Dunia (Stacy dan Adam), Manifestasi (Fiq ft Mirwana), Ku Ada Kamu (Adira) dan lagu Nadiku dari artis muka baru (Sabhi Saddi). Memandangkan format Muzik2 sekarang ni lebih bergantung kepada undian dari penonton, pendengar dan peminat-peminat muzik (ala-ala menentukan juara program realiti) so saya ramalkan, lagu Menggegar Dunia (yang disokong oleh gabungan peminat-peminat fanatik penyanyi-penyanyi terlibat) dan Ku Ada Kamu bakal ke final. My wish pula, biarlah lagu Nadiku mara ke final (bagi peluang artis baru) :-)



Cerita lanjut

Lagu Yang Terbaik (Marsha) tiada pula dalam senarai (arrgh). Terlampau banyak kali lagu-lagu dari Edry KRU tercalon.

Shout Awards

Majlis anugerah muzik paling santai, Shout Awards (kalau durang buat outdoor di Jalan Bukit Bintang sesuai sangat ni..hehe) bakal berlangsung pada 20 Nov nanti. Mmm..having seen the nominations I think it's gonna be a battle between Miss Nina and Yuna. Pemenang-pemenang dia ni nanti lebih kurang sama ja dengan last year.



Voting is still open, click here

1 Nov 2010

Lagu "Piro Poh Toun"

Hiburan kita kali ini menampilkan sebuah lagu (demo) yang berjudul Piro Poh Toun persembahan Joseph Sarudin, manakala muzik pula digubah oleh Andrean Pinsui Taraju. Besar kemungkinan lagu ini bakal dimuatkan dalam sebuah CD bersama-sama dengan lagu balada Kotumbayaan Ku Pinologos Nuh yang dinyanyikan oleh Afizal Fahmi Amir

So apa lagi..check it out!

Piro Poh Toun - Joseph Sarudin
(Lagu/lirik: Joseph Sarudin)







Juara Bintang kecil



IC PTI

Tergerak pula saya untuk memberi sepatah dua kata berhubung laporan di bawah ini, iaitu laporan penemuan IC yang dipegang oleh PTI dari Filipin. IC durang ni dikeluarkan oleh kerajaan Sulu durang di Mindanao (yang tidak diiktiraf tu) untuk rakyat-rakyatnya yang berhasrat menyeberangi laut ke negeri kita (kalau tidak silap colour IC ni hijau).


Setelah membaca laporan ini, the authorities concerned do have their strong points opposing the document. But on the positive side, I personally welcome such identification from the PTI. Sebabkan, selama ini saya memang menghadapi kesukaran membezakan mana orang tempatan tulen dan mana bukan tempatan (anda pula bagaimana?), terutama kalau berkunjung ke east coast. Kalau perhatikan gambar pakcik dalam IC tu pun memang susah kita bezakan. Dengan adanya IC durang ni, seolah-olah ada garisan yang jelas untuk memudahkan kita membezakan antara yang tulen dengan yang tidak tulen :=).

Video antarabangsa

Video-video antarabngsa yang menawan hati pakcik.

Helping Haiti

Ini kira sumbangan artis-artis Brits lah ni untuk mangsa-mangsa malapetaka gempabumi di Haiti beberapa bulan lalu. Terselit juga muka Susan Boyle. Mungkin masih boleh pakai juga ini lagu untuk situasi di Haiti sekarang yang sedang dilanda wabak kolera teruk.



My comment, hmmm...boleh lah. I don't quite fancy that song. Malaysia tidak mo buatkah lagu kebajikan untuk mangsa-mangsa tsunami, gunung berapi di I'sia...hehe.

Beauty in The World - Macy Gray

This is suppose to be one of the songs and videos dedicated to the World Cup this year, but not given due publicity (because of potraying feminism?). Mengkali juga kan, hilang ke-machoan sukan bolasepak :=).



No matter what other people say about Macy Gray's voice (from a drunkard lady to Marge Simpson's voice) it always fascinates me. It's very distinctive, dengar ja you know it belongs to Macy Gray.

28 Oct 2010

Lagu "Igitan Ku Gisom Kapatayon"

Tamatlah sudah rancangan tajaan Sabah Oil kita, terimakasih assistant DJ Linut. Sebelum lirik kedua-dua lagu pilihan DJ Linut tu kena kritik, mari kita cepat-cepat dengar ini lagu yang penuh syahdu (one of my all time favourite - lagu wajib hafal gitu). lagu mengenai ikrar si anak untuk mengenang jasa kedua ibu bapanya sehingga ke akhir hayat. Lagu ini juga dirakam semula oleh si Diana Tuning dalam album dia (kira female version lah kan). The best part of her version is the dialog. Tapi saya lebih prefer versi original si Apai ni sebab gubahan muzik dia klasik dan mengasyikkan, maybe because of the sound of cello, it makes the song sounds so soft, peaceful and tranquil (muzik digubah oleh Apai sendiri). Lagu ni juga sering jadi pilihan peserta-peserta pertandingan nyanyian KDM, terutamanya bahagian kanak-kanak. Siapa nyanyi lagu ini memang ada chance jadi juara...hehe.









Igitan Ku Gisom Kapatayon
(Song/Lyrics/Vocalist : Apai)

Mantad rinuol songulun o tondu
Haro koihadan om koimaian
Narangahan tihad do tanak
Nosusu id pomogunan

Mantad nosusu gisom nosukod
Lisinu gumompi kasari
Mantad di gulu gisom sogigisom
Kosianannu au olopusan

Ina ama...ku di sodu
Kinogoho no sinding ku
Mulong osodu kou id mato
Sambayangku osogit sogit
Kou kasari

Oi ina, poingkuro oku nangku
Mamalapus di kosianannu
Oi ama, lisinu om gompinu
Igitanku gisom kapataion


Another Esther


Handphone Telah Ujud Dalam Tahun 1928?

This guy bernama George Clarke meminta bantuan seluruh dunia mengenalpasti apa sebenar yang dia nampak dalam satu scene video yang dia miliki. Alkisahnya dia beli pakej video Charlie Chaplin berjudul The Circus. Dalam pakej video tu ada beberapa segmen, antaranya segmen 'behind the scene' pembikinan filem The Circus. Dalam segmen 'behind the scene' tu pula ada footage semasa majlis pelancaran filem tersebut di Hollywood pada tahun 1928. Semasa majlis pelancaran inilah satu scene pelik ujud, di mana seorang perempuan tua didapati sedang berjalan sambil memegang sesuatu macam handphone (si George Clarke suspek perempuan tua tu sebenarnya lelaki berpakaian perempuan). Footage video ni sedang hangat diperdebatkan di US sekarang. Ada teori bilang perempuan tu 'time traveler'.

Cuba tengok footage ni, fokus pada minit 2:42.



Teori sayalah kan, mungkin perempuan tua tu set-set yang ada mental problem bah. And then dia suka bercakap sorang-sorang. Masa video tu diambil dia sedang feeling-feeling konon berbual dengan seseorang melalui telefon (she used some object as a phone). Kamera tu fokus dia sebab mungkin dia ni orang gila yang kira popular di street tu (China Street Hollywood). The fact that other passers by did not bother about her, implies that she could be a familiar face in the neighbourhood (the crowds already familiar with her character, attitude and so on, so why bother, just leave her alone). Perhaps the cameraman said "there she goes again with her antiques, who is she talking to this time?". Ada kemungkinan juga teori si George Clarke, that person is a male, betul.

Time saya kicik2 dulu (belum ujud handphone ni) kami selalu main tembak-tembak ala-ala filem Star Trek kunun (biasalahkan budak-budak). Ada yang guna kotak macis dan kotak sigup jadi telefon. Ada yang pakai calculator. Saya pula? Saya pakai paper stapler (yang boleh lipat tu) sebagai handphone. Siap cakap, lipat terus masuk poket...tercangang bah kawan2 nampak...hebatkan imaginasi aku...hehehe.

Update: Ada teori terbaru bilang tu ppuan tua guna alat bantuan pendengaran yg memang telah ujud time tu dan memang bersaiz besar (I think this one makes sense)

Stompin' My Head

What a real surprise yesterday. Out of nowhere, someone from Nuffnang gave me a call. When she introduced herself, I almost couldn't catch where she’s calling from (the background was so noisy due to heavy rain). I thought from Penang (cause the ‘nang’ is pronounced similarly as in Penang). The real conversation started when the lady caller asked “are you free on the 6th Nov?”. I checked my diary, NO, I’m not. She then explained the reason for her asking. Again, I’ve to struggle listening due to the disruptive line, coupled with the sound of heavy rain. All I heard was something like blah, blah, blah, choose you...blah..blah..present you with some gift..blah..blah..some cash (it was loud and clear on this part though...hahaha)..blah..blah..during Stompin Sabah. I mean, what! gift...CA$H!? Did I win something? I asked if I could confirm by the 4th of Nov, but the lady insisted a decision right here right now. It’s like “quick in 10 seconds, yes or no...9,8,7,6,5”. In dilemma huh! I finally stick to the schedule in my personal diary (sob..sob..sob). They pass the opportunity to the next blogger (I wonder who could he/she be? Congrats!). Sighs, I stomped my head on the table. Suddenly I realised I didn’t ask if I could send a representative. I wanted to call the number, but na! I think I know what the answer is. So I just wanna take this opportunity to express my extreme gratitude to Nuffnang. Being chosen is like a big reward itself. I feel like winning a Grammy or something *grin*.

This is the event where I suppose to be presented with some cash (did I ask how much? Alamak terlupa lah...what if it's 10,000?)


27 Oct 2010

Lagu "Buaya Betina"

YA! Hiburan sensasi kita tajaan Sabah Oil "Malatup Till The Last Drop" yang dikendalikan oleh assistant DJ Linut (singkatan untuk linutau) diteruskan lagi. Kali ini kita tampilkan sebuah lagu bertema mesra alam sekitar mengisahkan sejenis mamalia yang semakin pupus di muka bumi ini (demikian penerangan yang diberi oleh assistant DJ Linut ketika diminta memberi sinopsis lagu ini untuk kelulusan pihak atasan). So mari kita hayati dan nikmati lagu yang bermesej alam sekitar ini.









Mo lirik dia juga? Nah ambik

Buaya Betina
Jokteo ft Masnie
(Lagu/lirik: Sitim Bandaron)

Norubat BMW lelong
Ki nombor anam lapan kosong kosong
CCM tarik kerana nousung
Tempat angkat saja ikan basung

Hampir hampir saya mau gantung
Bisnes ku rugi tiada untung
Buaya betina selalu bawa dating
Kadang selalu bawa saya shopping

Cho
Monosol da saya sekarang
Rupanya kau main belakang
Habis daging hisap tulang-tulang
Saya bankrap poket lubang-lubang

Pulang kampung sehelai sepinggang
Rumah tumpang tidur tunggang-tunggang
Tanam sayur selalu sakit pinggang
Nasib badan tunggu sampai hangkang

Silaka ikan masin punya Linut! Rupa-rupanya Buaya Betina tu panggilan manja untuk pisau cukur pula. Mentang-mentang saya bilang saya ni generasi Limau Kapas dia ambil kesempatan buyuk ah...nanti...adalah yg kena lastik ni karang.

26 Oct 2010

Sumandak Sadang Sadang

Penatnya merantau, meredah hutan belantara dan bukit bukau semata-mata mo mempromosikan diri sebagai artis. Bukan senang mo jadi artis ni...susah sya bilang ko. Setelah jauh mengembara tiba-tiba kereta pun kehabisan minyak. Alamak, macam mana ni? Stesen minyak (Shell) yang paling dekat..adalah dalam 60 - 70 km. Jangan susah...kada noh panick! Stesen minyak terunggul kan ada...

Stesen minyak apa juga ni?





Mari tengok signborad dia dekat-dekat..

.

.

.

.

.

.




Tu dia...mana mo cari?...kekekek

Perjalanan pun diteruskan (terima kasih Sabah Oil...tanpa mu...bermalam di hutan lah kami). Siuk-siuk saya dengar CD untuk review album si Willy AR. Embayan. Tiba-tiba ja assistant DJ (merangkap tukang tolak kereta kalau terkubur) melalak nyanyi satu lagu ni. Tidak tahan dia bilang, rindu sumandak. Tidak cukup melalak dia pi pasang pula itu lagu. Rupa-rupanya sudah standby CD tapi dia tapuk-tapuk...tunggu masa sesuai ja mo pasang.

Ni nah lagu dia..









Mo lirik dia? Nah ambik ko!

Sumandak Sadang Sadang
Lirik/Lagu: Jahamin Akul

Rosida sumandak sadang sadang
Bintang filem Tumbalang
Kasapu pakan Ranau

Rosida asaga koh nopo daa
Kawin lari kito noh
Biar duit cukup makan

Cho
Awa saga molohing noh
Saya tida poduli
Biar kana sogit kampong
Obuli koh bayaran

Rosida sumandak sadang sadang
Biar mati bersama
Ada anak baru pulang <----kekekek!



Rancangan ini ditaja oleh Sabah Oil..."ENGINE POWER MALATUP..TILL THE LAST DROP!"

21 Oct 2010

Ebi Anjur Bengkel Lakonan

Gigih betul Encik Ebi bergiat di belakang tabir sekarang ni. Selain jadi penyampai radio (Sabah FM) beliau juga mengusaha production house sendri, Empayar Bayu Movie nama syarikat dia dan bakal menganjur bengkel lakonan dan menulis skrip.



Kalau ikutkan memang sudah banyak kali dianjurkan bengkel lakonan dan penulisan skrip di Sabah ni. Mungkin yang diperlukan sekarang ialah bengkel "music production" yang boleh membantu pengkarya-pengkarya kita menghasilkan rakaman muzik yang betul-betul mengikut industry standard. Lepas tu kali tidaklah music producers kita (terutama yang baru) produce music mengikut citarasa masing-masing, sebab sudah ada guideline. Sekarang ni, lain orang lain kualiti dia (how nice if they can agree to one standard). Ada sekali tu saya terpaksa dengar siaran radio melalui radio transistor, suara penyanyi ja bah yang timbul kuat pula tu...hehe. Tapi bila turn imported songs (KL included) boleh dengar pula the punchy sound of the background music (macam itu beat, bass tumbuk2 speaker radio transistor sya dari dalam...suka berboxing kali durang ni kan). Tapi terpulanglah bah kan target pasaran durang, kalau setakat untuk pasaran di desa permai yang tercinta, dikasihi dan disayangi, buat apa industry standard semua itu, janji suara timbul dan ada iringan muzik sikit-sikit...siap!.


Mabuhay

Jemput berkenalan dengan penyanyi Filipino ini (bukan kategori pilak ah).


....gitu!

Musical career development di negara durang ni jangan cakaplah kan. Macam si Charice Pempengco tu walaupun dari golongan miskin tapi berjaya juga ke peringkat antarabangsa. Muncul dalam siri popular Glee pula tu. Saya respect betul communication skill si Charice ni (adakah golongan miskin yang berbakat di Malaysia ni yang communication skill dia boleh mencapai tahap sampai ditemuduga Oprah Winfrey? :=)). Eh terbercakap pula pasal si Charice...siou po ondu...isai motu ngaran nu...oh ie Anthony....salamat poh.

20 Oct 2010

Promo Album

Promosi album kali ini menampilkan album Willy AR.Embayan (kenal?)

"Syukur kepasa Tuhan kerana akhirnya koleksi lagu yang saya simpan sejak tahun 1996 ini akhirnya dapat dirakamkan" begitulah antara kata-kata pembukaan ucapan beliau dalam sampul album (terus adalah si kawan seorang ni yang tersindir, sebab lagu-lagu diapun terperam begitu lama tapi belum kena rakam-rakam lagi...hehe). Tapi bila saya perhatikan lagu-lagu dalam album ni, ciptaan tahun 1989 pun ada :=). Ndak apa lah bah tu kan "better late than never" orang kampung saya bilang.


Senarai lagu-lagu dalam album adalah seperti yang tertera dalam gambar ini.



Mari kita dengar sampel lagu trek pertama Iya Noh Songulun. lagu/lirik oleh George Ar. Imbayan/Gilbert Josue Kating.










Memang nostalgik dengar lagu yang ada iringan suara latar berkumpulan (ala-ala koir)macam lagu di atas. Syok juga dengar. Istimewanya juga lagu ini (dan juga beberapa lagu dalam album ini) bila rakaman saksofon akustik diguna dalam gubahan muzik. Tiupan saksofon adalah hasil ehsan Joachim Gabin.


Seterusnya sampel lagu trek 3, berjudul Kanou Rumamai (lagu/lirik - Linus Sunggip). Lagu ini menampilkan alat-alat muzik tradisional (akustik).









Malangnya alat-alat muzik tradisional, yang unik dan siuk didengar itu, hanya memenuhi bahagian intro dan outro lagu (di hujung-hujung ja) :(.

"Teruskan mencipta demi memelihara dan memartabatkan bahasa Kadazan-Dusun agar tidak hilang di bumi ini"......"Teruskan bermuzik untuk keindahan lagu-lagu Kadazan-Dusun"..."Semoga bahasa Kadazan-Dusun terus hidup dan terpelihara" Demikianlah lagi beberapa baris kata-kata hikmat dalam sampul album ni (terus saya pun macam mo nyanyi lagu soul "Doi Limau Kapas")


Apapun tidak semua lirik dalam album ini seratus peratus dalam bahasa Dusun ada juga lagu-lagu yang terbercampur dengan lirik Melayu dan sedikit-sedikit Inggeris seperti dua buah lagu berunsur sindiran ini.


Tondu Kusai/Aman Kada Pomiogu (Sinding/Loyuk - Gilbert Josue Kating)








Banyak lagi lagu-lagu yang best dalam album ni. Dapatkanlah dengan seberapa segara, selagi stok masih ada. Tunggu apa lagi? Apa...tunggu bonus? Kamu teda baca apa si Najib bilang?

Sekianlah saja promosi album kita untuk kali ini. Sebelum berpisah terimalah nasihat dari buaya pencen yang berbunyi majulah diri kita untuk diri kita sendiri dan jangan lupa teruslah menyokong artis-artis tempatan...jumpa lagi dikesempatan akan datang...babai!

15 Oct 2010

Lagu Segar 2

Lagu segar kita seterusnya ialah sebuah lagu yang cukup menambat jiwa dan raga (sekurang-kurangnya jiwa dan raga aku..hehe). Sebuah lagu balada Dusun berjudul Kotumbayaan Ku Pinologos Nuh ciptaan Adrean Pinsui Taraju sementara lirik pula ditulis oleh Joseph Sarudin yang juga merangkap penerbit album ini. Vokal pula dipersembahkan oleh Afizal Fahmi Amir (buli tahan).


Jemput dengar...saya pasti anda juga akan terpesona.

Afizal-Kotumbayaan Ku Pinologos Nuh








Sungguh mengasyikkan. Lawa gubahan muzik dia, hasil nukilan Adrean sendiri, persis orkestra simfoni. Syabas! Kalaulah saya pandai beluncur di atas ais (ice skating) confirm saya akan pilih ini lagu sebagai muzik pengiring.


Lagu dijangka berada di pasaran pada penghujung tahun ini

Lagu Segar 1

Remember this guy, Amoster Henry Inter.



Dia juga antara salah seorang peserta ujibakat yang diambil sebagai protege pilihan dalam rancangan Mentor 4 lalu. Beliau telah menghasilkan dua buah demo and would like to share them with you guys


Yang pertama sebuah lagu bertema inspirasi dalam bahasa Inggeris berjudul Life's Conquest

Amoster-Life's Conquest (ciptaan Ezbon)








Nice melody, nice lyrics too and commendable arrangement.

Life Conquest

Along life’s pretentious whims
There are trials, countless problems
That could happen anywhere
Which can dampen strongest will

Behind all, pitfalls we face,
There’s ray of noble bonding
Strive for hope however trying
Yonder lies an aim to conquer

What ever tussle
What ever hardship
There will always be compassion
There will always be pure love.

Be pure love …
Be pure love…wow…
Be pure love…
Be pure love…

Vokal: Amoster Alex Henry Inter
Lirik: Ezbon Godomon@Golib
Lagu : Ezbon Godomon@Golib


Seterusnya lagu dalam bahasa Dusun berjudul Poinsuai Mantad Di Suai, take a listen.

Amoster - Poinsuai Mantad Di Suai








Poinsuai Mantad Di Suai

Osindak tadau sumilau
Monitiu do pomogunan
Anawau wolan mamabang
Monitiu do kotuongon

Ingkaa nogi oh koposion ku
Osodu oh pisuwayan
Otuong oh tindalanon
Nga umbalan ku tumoguang

Chorus :

Oh tuhan kinohongo noh
Mokinsian om barakat nu
Yoku pombida om nopihasa
A poinsuai mantad di suai

Anuai oku binabang
Ponitiu ku do wayan
Ralan ku do mongoi buru
Tumoguang do koposion ku.


Vokal : Amoster Alex Henry Inter
Lirik : Henry Intar@2010
Lagu : Henry Intar@2010


Empat bintang untuk usaha dan kegigihan.

4-in-1

Empat orang artis wanita bergabung dalam satu album.

Hmm...bukan artis ja bah yang mengalami nasib tidak dibayar ni lain-lain profesion macam, kontraktor, consultant pun selalu juga mengalami nasib yang sama. Dengar cerita ramai kontraktor, consultant satu projek penting di KK (yang ndak siap-siap...balik-balik kena delay) sampai sekarang ndak kena bayar-bayar :(.

14 Oct 2010

Lagu Pop Etnik Pilihan

Lagu pop etnik pilihan kali ini ialah lagu berjudul Suni Tupusku nyanyian Freddy Hamton










**************************************


Kedai kopi hot topic

While Sosilawati (and her aides) gruesome murder case is calming down (it was the hotly chatted topic at any Raya open house :=)), the hot chat down here now is revolving around the murder of a nurse in KK few days ago. It's climbing the chatting chart I think (overtaking the Batu Sapi MP tragedy). I hear almost all rumors and speculations that people can think of. I certainly hope some ulterior motives were behind the tragic incidence (like jealousy maybe). Otherwise, we have every reason to worry if it is the work of some psycho maniac out there who is still at large.


The report she went missing



The day the body was found.



As per the news today, her uniform was spotted about a kilometre away from where her body was dumped.

12 Oct 2010

Stacy - Lihatlah Dunia

Single untuk sound track siri TV Dottie (tidak pernah tengok pula siri ni..hehe..di TV3 bah kan)



Non-Sabahan

Some other brand new Malaysian songs that fascinate me :=)

Ning undergoing another rebranding this time she goes ga ga (read: Lady Gaga)



Another mushy mushy love song by Mr Zain...pronouncing 'karna' instead of 'kerana' :=) (or this song is written by I'sian for I'sian market)



Simply fresh and entertaining..

11 Oct 2010

Lagu Kacukan

Actually this song comes in two versions Malay and English, I edited it in such a way since both singers are from mix-marriages :=).
Cocok nggak?



So here it is Ajar Aku Cinta dikacukkan dengan Teach Me How To Love by Vince and Joanna.









Very nice, I loike it very much, macam lagu High School Musical...Glee pun ada. Terserlah juga vocal si Joanna yang ala-ala Christina Aguilera itu di saat-saat akhir lagu :=). This song should had been given frequent airplay..atau memang selalu berkumandang sekarang ini? (tidak selalu juga dengar radio bah ni). Kalau ya baguslah, kalau tidak, something wrong with the promotion.



P/s: Aku ni pun mix-blood bah juga...blood group A mix blood group B...kekekek!

10 Oct 2010

Adira - Kesuma

Adira diberi tugasan menggalas lagu tema drama bersiri untuk siaran Astro Citra Dendan Kesuma

9 Oct 2010

Lagu-lagu Pujaan Minggu Ini

Pikir-Pikir oleh Episod 16

Sebuah lagu berirama the 60's, nice..take a listen.




The Moody - Unimagine

Lagu rock Inggeris oleh kumpulan anak-anak muda dari Kudat.




Faces behind Bayu's mic

Astro's Radio Bayu was officially launched yesterday at Magellan Sutera Harbor.

From left, Jamie Roscom (27), Yuriz Abdul Rahman (31),
Constantine Anthony (25) and Rydiana Abdul Rahim (24)