Showing posts with label AF9. Show all posts
Showing posts with label AF9. Show all posts

23 May 2011

Apocalypse..Doomsday and Playing God

Hahaha...mungkin itulah beberapa perkataan yang boleh dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa minggu lepas. Difahamkan pengikut-pengikut setia si Harold Camping di US, sedang berduka lara sekarang ni, gara-gara kiamat yang durang separuh mati ramal akan berlaku pada Sabtu lepas (21 Mei) tidak menjadi (ada kah patut). Bukan calang-calang durang berpegang pada ramalan ni, ada yang sanggup resign kerja, jual hartanah dan sebagainya semata-mata yakin tergolong dalam orang-orang tidak berdosa dan akan disedut naik syurga pada 21 Mei 2011. What a mindset! :) (kamu google ja lah apa yang saya maksudkan ni..berlambak di internat terutama di YouTube)

But talking about apocalypse...si Nera tersingkir di konsert minggu 7 AF9 (apocalypse juga kah this? Hehe), apa boleh buat, mungkin sampai sana ja rezeki dia di AF9. Mana tau juga rezeki lebih hebat sedang menunggu beliau di luar nanti, lebih-lebih lagi ada pemilik studio dan penerbit terkemuka di Sabah yang jadi orang kuat kelab peminat dia :). All the best to her.



Persembahan dia minggu lalu bolehlah juga dibanggakan, saya kasi markah 65(bolehkah? :)). Saya tertanya juga kenapalah key lagu tu rendah sangat..tapi mo cakap macam mana kan kalau AF9 ni memang dikendalikan oleh tenaga-tenaga pengajar yang palui (a bunch of idiot!) haha. Persembahan si Lena pula memang mantap adalah 85markah saya kasi (lulus cemerlang)

Itu kisah 'apocalypse' di AF9, Mentor 5 semalam pun hampir-hampir 'doomsday', very shocking. Adakah patut markah si Salma lebih rendah dari si Shiha dan si Iqa? By the way saya hantar undi jam 9.17 dan dapat reply jam 10.36 (sejurus selepas Mentor habis) kalau ikut cakap-cakap orang yang saya dengar sebelum ni, undi macam tu tidak masuk dan tidak dikira. Tapi saya konpiden gabungan undian SMS dan juri awam masih berpihak pada Salma (lainlah kalau banyak hantaran SMS mengalami nasib sama macam saya tadi). The culprit must come from the juries.



Adakah juri terutama Ramli MS sekarang ni beralih menilai 'mentor' pula dan bukannya protege (I have a strong feeling that's what he did for the semi-finals, especially when he said, he'll judge the semi-finals based on intellectuality). So setakat ni Erra balik-balik kena kritik salah pilih lagu (did she?..mm..mungkin juga untuk lagu duet "Penipu" tu) dan Edry habis kena puji sebab terlalu kreatif dia bilang (siap dia kaitkan lagi dengan hasil-hasil kreativi KRU di luar sana...matilah!). So kalaulah spekulasi saya ni betul, faham-fahamlah siapa bakal juara. Bestnya playing God macam Ramli MS ni kan...hehe!

25 Apr 2011

AF9 Konsert Top 10

Tertekan, mungkin itulah perkataan yang sesuai menggambarkan pelajar-pelajar AF9 di konsert Top 10, Sabtu lepas. Namun begitu rata-rata pelajar mempamerkan persembahan yang tidaklah menghampakan, bermula dari Kay sehinggalah ke peserta terakhir Nera. Mungkin di kalangan sepuluh pelajar yang membuat persembahan, Amir kenampakan begitu tertekan sekali (some people can hide their tense in many ways, by smiling etc, but not this guy). Dari alunan suarapun sudah ketara tertekan (kesian), nasib baik tidak terkencing di pentas. Tahap ketegangan yang dialami pelajar digandakan lagi dengn kehadiran pengkritik 'short-circuit' (PSC) a.k.a Ogy. Memang short-circuit dia ni. Bila melihat cara si PSC ni membebel macam ada satu dendam membara di hati dia yang disimpan selama ini. Seolah-olah ada kenalan pelajar-pelajar ni (macam ahli keluarga, saudara mara) yang berhutang duit sama si PSC dan tidak membayar-bayar sehinggalah si PSC membalas dendam dengan melontar kata-kata negatif terhadap pelajar yang tidak bersalah *LOL* begitulah lebih kurang metaphor yang saya boleh kaitkan. She has already set her mind, all contestants (with the exception of Lena and Azri - mungkin sudah bayar hutang..haha) should be dropped, irrespective of their performances.



Kay was lucky because he gave a flower to PSC, but that didn't spare him from receiving negative feedback (hehe). Miza, was even pitty **apa ngko ingat aku mo puji ko walaupun dengan prop yang kengkonon feeling-feeling kreatif tu? Peeerah!Gugur!** LOL. Saya rasa lighting pentas pun kena ubah-ubah juga mengikut mood lagu. Macam lagu si Miza dan Aida, setting perlu digelapkan (dimmed) sikit untuk menimbulkan suasana lebih dramatik. Those yang buat commendable performances like Erul, Raqib (at least this guy sings in tune and sedap telinga mendengar) and Afif, lagilah kena tembak. Lena and Azri were two lucky bunch. I thought PSC will continue with her ego and negative rambling at Lena for turning the show into her own concert, but luckily PSC had programmed herself to like Lena (who wouldn't if she sings consistently good every week and last week was no exception). Azri was also in the same boat as Lena (although I don't quite fancy with this guy).



Let's talk about Nera. Undeniably she performed way better compared to past weeks. I guess the production team are aware of this, hence placing her last to perform (save the best for last). Norman and Hattan spoke with approval of Nera's commendable performance. But the short-circuit critic continued with her ego *LOL* siap demonstrating how to sing it correctly (puh..leeeease!). Ogy's dad, the late Ahmad Daud and another singer Zain Azman, were two Malaysian best crooners. One of them was named Malaysia's very own Frank Sinatra. No doubt the short circuit critic is very well-verse with this 'crooner-crooner' thingy! (hence her brief demo on how to sing Fly Me To The Moon...macam dialah bah saja kunun yang tahu pasal Frank Sinatra ni). But to compare a total amateur or novice with Frank Sinatra is like comparing...God knows what it is! Haven't she heard about improvisation...doing thing in your own way so that you won't be labeled as completely imitating the original? Besides, as female you can improvise it anyway you like to make it a female's version. But again only God knows the hidden agenda of Miss Short-Circuit who critisizes based on emotion and mood and not professional knowledge (full of jealousy..hatred...or what :=)).

The students were also asked whom they think should be dropped and who shouldn't. My answer is simple. Those who are not fresh to the reality TV scene (Azri, Afif, Erul) or those who sing better as if they are all set to record an album (Erul, Azri, Raqib, Afif ...and sorry to say Lena) should be dropped. These guys are already good, might as well they get themselves a good producer and cut an album. Those who are considered weak (Nera, Miza, Aida should stay and be given the chance to improve themselves). It's gonna be a challenge for tenaga pengajar to groom those weak students and transform them from zero to hero...isn't that what AF is all about?

18 Apr 2011

AF9 - Konsert Top 11

Kesuraman AF 9 diteruskan dengan Konsert Top 11 Sabtu lepas. Aznil mengumumkan 'Operasi Gugur', kalau versi polis tentu dipanggil 'Ops Gugur' (tus macam mo keguguran pula saya..kekek). Walaupun lebih berbunyi ugutan kepada pelajar, tapi Aznil bilang bukan ugutan :=). Pada saya Ops Gugur ni macam pengakuan terbuka AF yang tersalah pilih pelajar untuk musim ini "oops..tersilap pilih...kita sepatutnya ambil pelajar yang ini dan yang ini". Lantaklah ko AF, ada aku kesah?

Back to the konsert,

Azri, 'Bila Resah' (Anuar Zain) - Hmm, budak ni sepatutnya tidak dipilih. Beliau sudah pernah didedahkan kepada pengundian umum melalui MyStarz TV3. Beliau juga merupakan vokalis utama kumpulan The Breakfast dan pernah tercalon dan muncul di Muzik Muzik TV3. Peluang beliau dalam AF9 sepatutnya diberikan kepada bakat yang belum pernah terdedah sebelum ini. Persembahan Bila Resah dia tu pun tiada sengatan dan below average.

Eka, "I'm Sorry Goodbye" (Kris Dayanti) :=). Motif kena kasi lagu tema perpisahan? :=). Kecuali penampilan beliau yang elegant dengan pakaian evening dress, tiada yang istimewa dalam persembahan dia ni. Suara mendatar, kurang karakter dan attitude..sekadar mampu mengangkat nada. It's way below average.

Afif "One In A Million" (Neo) - Afif setidak-tidaknya menutup kelemahan persembahan Azri dan Eka. Kritikan Ogy terhadap Afif menyerlah kelemahan Ogy selaku pengkritik. Saya tertanya juga Ogy ni masih belum habis mengkritik si Eka ka apa ni? (bOOo..to Ogy!).

Miza "Di Pintu Sepi" - Tidak pasti samada lagu-lagu 'ganas' macam ni memang kena dengan cara nyanyian dia ataupun dia berjaya mengawal suara dengan baik. Yang pasti dari segi nyanyian, layak diberi 'thumbs up'. Namun gaya persembahan di pentas masih banyak perlu diperbaiki sebab cara beliau bergerak macam mama-mama membubut sambil menggertak anak yang jajal berusia empat tahun.

Kay "Selagi Ada Rindu" - Persembahan dengan kawalan suara yang menarik. One of my favourites that night.

Erul "Cinta Untuk Nabila" - This guy is a real talent. Kalau bukan kerana "jari menjadi juri", he is my choice to win this season's Af. He definitely has what it takes to be a good singer.

Aida "Ilusi" (Adira) - Penampilan seperti Eka, anggun dan cantik. Tapi nyanyian alahai (cuma sedikit baik dari Eka) sebab suara dia ada sedikit karektor berbanding si Eka. Pitching wise Eka is better.

Nera "Aku, Dia dan Kamu" - (Hmm...kenapalah dapat lagu ni?). Aksi Nera kerap memegang monitor di telinga menyampaikan message kepada semua yang berbunyi "please excuse me ok,I have problem with this monitor and hardly focussing to sing in tune". Yupp I got the message clearly. The good news is she's focussing and singing mostly in tune as compared to last week. Some low notes are very hard for her to hit. I really hope next week, with the right song, she will prove the critics and (most of us)wrong.



Ogy was very childish by simply saying "that was bad" without any constructive words (or positive things). Thank goodness ada message di FB minta Ogy digugurkan.

Amir "Cinta Gila" - Kawalan suara just OK, tapi drama persembahan tu ja kali yang kurang menarik dan mengundang komen negatif dari pengkritik.

Lena "Kekal" (Ziana Zain) - Belum mula menyanyi sudah saya nampak airmata di pipi, kelas! Sejak bila pula muncul tu? Pakai Eye-mo? hehe. Anyways the song is too big for her dan kurang bersesuaian dengan suara dia. But no doubt she's a good singer dan persembahan tidak mengecewakan dari segi kawalan suara dan gaya. She had given due justice to the song.



Raqib "Bila Esok" - This guy was one of my favourites masa Konsert Tirai. Sekali masuk konsert mingguan, macam hilang pula karisma dia. Setakat ni belum ada lagu yang benar-benar mencabar kemampuan suara dia ni. semuanya lagu selamat. Nyanyian dia macam biasa-biasa saja very forgetable.

Pemergian Eka seperti sudah dijangka menerusi lagunya "I'm Sorry, Goodbye". I think this girl has good potential to be the next Stacy, as dance singer. She has natural groove when dancing (hopefully somebody will give her a chance...KRU perhaps).

13 Apr 2011

Kelab Penyokong Nera AF9

Kelab peminat/penyokong Nera AF9 telah ditubuhkan baru-baru ini. Setakat ini ada dua banner promosi untuk menyokong perjuangan Nera di AF9 terentang di tempat-tempat strategik di Donggongon.




Oh hilang fokus bah pula dia tu kali kan. Saya rasa penonton-penonton yang di bawah pentas tu betul-betul mengganggu. You need some experience singing on stage to face such annoying crowds. Terang benderang pula tu kelibat tiga orang juri duduk betul-betul di depan..ndak ko gugup macam tu..hehe!

11 Apr 2011

Salma Tetap Unggul, Lena Kurang Gedik dan Nera??

Salma tetap maintain di tangga teratas Mentor 5, in fact I wanna say she's the clear cut winner but...who knows...anything can happen.



Lena menampilkan persembahan yang tidak kurang menarik di Konsert Minggu 1 AF9 dan bagi saya antara tiga persembahan yang terbaik. Si Nera pula? Hmm...kalau AF9 mengimbas kenangan AF yang lalu-lalu, sudah tentu persembahan si Nera tu betul-betul mengimbas persembahan Mas AF2! *sigh*. Tidak dengar monitor dia bilang, i really hope it's true, sebab kalau ikut pengalaman sendiri (ada pengalaman bah juga kunun ni sikit-sikit)...kalau ada masalah monitor tempo pun boleh terjejas, nasib baik tempo dia ok.

4 Apr 2011

Konsert Tirai Akademi Fantasia 9

Apa kata kita sorot sedikit konsert Tirai Akademi Fantasia 9 minggu lepas. Secara amnya oklah kan, terutama kemunculan semula Aznil. Suka atau tidak dengan kemunculan dia ni, yang nyata pakcik seolah-olah melayang kembali ke era AF di zaman kegemilangannya dulu.

Yang saya notis juga ialah bunyi suara peserta-peserta yang disalurkan melalui mikrofon yang durang pakai, amat jelas dan stabil, I mean hampir tiada kacau ganggu macam distortion, even when they put the mic closer to their mouth. Kalau dengar suara penyanyi professional macam durang si Stacy, Hapiz, Shahir yang kira sudah mahir kawal suara, macam nyanyian miming pun ada. So I put it maybe they’re using a brand new microphone yang harga RM20,000 sebiji..:=).

OK berbalik pada persembahan peserta, my ranking (lebih kepada kemampuan mengawal suara di pentas)

1. Erul
2. Lena - Hebat maut persembahan dia ni (pukulan peniaga pasar malam..hehe)...TAPI...perangai tu bah...mo kena tone down...bukan sikit tapi banyak…haha(silap-silap orang boleh kaitkan dengan bohsia! But I wish to see more of her)



3. Amir
4. Raqib
5. Kay
6. Azri
7. Nera - Some people expect her voice to be as sweet as her beauty-pageant-look ;=). She needs to work harder in controlling her low register. First song jusk ok for me, second song..sebelum korus berterabur sikit note-note lagu but things sound good during the chorus.



8. Aida
9. Miza - tone suara kuat dan lantang (read afro American singer) tapi kawalan? Alahai…banyak sasaran note-note tidak kemas and disappointingly she has limited vocal range as well(I was expecting some belting or wailing from her but it’s not the case)
10. Eka
11. Laika
12. Afif

Amy as Pengetua is a good choice, means AF also has a hardcore rocker in the team just like American Idol has Steven Tyler.

28 Mar 2011

Akademi Fantasia 9 - 12 Pelajar Terakhir

Akademi Fantasia 9, akhirnya telah memilih 12 pelajar untuk beraksi di musim terakhir program tersebut. Hanya dua peserta dari Sabah, Nera dan Lena



Siapakah bakal menuju puncak dan siapa pula bakal menuju gaung? Sama-samalah kita saksikan.

22 Feb 2011

AF9 Top 40

AF9 sedang mempamerkan peserta-peserta Top 40-nya untuk diundi secara online. Dalam 40 peserta tu, 14 daripadanya adalah peserta dari Sabah (termasuk yang menjalani ujibakat di KL). Daripada 14 peserta Sabah tu, lima ni ja yang menarik perhatian saya :=)







Salah seorang peserta yang sedang gigih bertanding di KENTE3 :=)





Masalahnya undian online tu macam tidak aci (tiak adil), sebab undian boleh dilakukan seberapa banyak yang ko suka (buli balik-balik undi peserta kegemaran...just log off your computer and log on again..). Kalau sayalah peserta, saya undi diri saya sendiri balik-balik...haha

25 Jan 2011

Ujibakat AF9 Online

Sepertimana yang kita tahu AF9 kali ini melakukan sedikit kelainan dengan memberi peluang kepada orang ramai menyertai ujibakat melalui online (satu pembaharuan yang sangat dialu-alukan). Peserta-peserta hanya perlu merakamkan video mereka menyanyi dan memuatnaik video tersebut ke YouTube. Video-video ujibakat tersebut telah mula membanjiri YouTube sejak penyertaan dibuka pada 13 Januari lepas (tarikh tutup 27 Januari). Yang menariknya pihak AF9 tidak meletakkan apa-apa standard pembikinan video tersebut dan peserta-peserta bebas melakukan apa saja berdasarkan kreativiti masing-masing. Jumlah video untuk seorang pun macam tidak dihadkan (sebab ada yang menghantar sampai lima video sekali). Berbagai aksi dan ragam boleh kita lihat. Malang sekali ramai yang tidak memperkenalkan diri durang terlebih dahulu...macam nama, umur dan asal (adakah patut terus ja menyanyi).

Ini antara video-video peserta yang saya confident dari Sabah



Buli tahan permainan gitar dia.

Yang ni si Willy Kelo bah kan..artis rakaman Sabah tu (boleh tahan)



Banyak lagi video-video durang yang menarik, menghibur dan melucukan (mungkin mo dekat ribu pun ada). Ada juga mirip-mirip amah pilipin dan Indon yang pegi bertapuk-tapuk menyanyi buat rakaman di bilik (masa majikan durang tiada)...kekekek (punya jahat)

Video-video Ujibakat AF9


P/s: I don't know why....but I have a strong feeling untuk ujibakat online ni AF9 akan bagi keutamaan kepada peserta-peserta dari Sarawak memandangkan team AF9 tidak mengadakan ujibakat di Kuching (hanya dua tempat ja..KL dan KK)