Corat coret pertandingan Unduk Ngadau 2008
1. Pertandingan dimulakan seawal 12:00 tengahari. Ramai hadirin terkejut dan kurang bersedia sebab kebiasaanya start dalam pukul 1 pm selepas lunch time. Anyway sejurus setelah semua ratu berdiri posing di pentas tiba-tiba saja TYT beredar meninggalkan dewan (mau pigi makan), maka lagu Negara Ku dan Negeri Ku pun dimainkan (mau pi makan pun kena main lagu kebangsaan kah?). Instead of berdiri tegak, peserta-peserta maintain pose-pose ratu sambil memberi senyuman manis (adakah mereka telah melanggar undang-undang menghormati lagu kebangsaan? hehe)
2. Memandangkan terlalu banyak gangguan (pengumuman TYT beredar lah-diumumkan 3 kali, lagu Negara Ku lah, lagu Negeri Ku lah) maka ratu-ratu terpaksa berdiri di pentas untuk jangkamasa extra time. Akibatnya salah seorang daripada mereka (tak pasti ratu mana) pengsan! Tukang sambut adalah ratu-ratu yang berdiri di sebelah menyebelah sebelum MC laki-laki jadi Superman! Pheww...nasib baik nda terlepas sanggul!
3. Semasa Leonard Ingging menyanyi sebagai filler untuk menanti pusingan seterusnya, tiba-tiba beliau diarah berhenti setelah habis rangkap pertama. Hadirin pun terpinga-pinga. Pengadil-pengadil pertandingan yang sudah mengambil tempat diminta bergegas keluar. Rupa-rupanya sekali lagi dibuat pengumuman keberangkatan pulang TYT (masa ni beliau berada di luar dewan). Kedengaran suara dari penonton berbunyi "kalau mau pulang...pulang sajalah...nda payah umum-umum...kacau ja...alang-alang pi berak pun umumlah sekali!"....kekekek.
4. Kebanyakan ratu panick masa sesi soal jawab. Paling teruk ratu Tenom, tersekat di tengah jalan. Dia ulang-ulang tiga kali jawapan, sama saja susun atur perkataan dan bahagian yang tersekat pun sama juga (hah...kan sudah ketara main hafal skrip...malangnya tidak dapat ingat). Penonton pula buat bising kalau ratu tersekat memberi jawapan menyebabkan ratu-ratu bertambah bagagar. Tiada pengumuman dari MC meminta kerjasama dari penonton.
5. Penonton kebingungan bila MC tidak menyebut sekali nama daerah ketika mengumumkan ratu yang layak ke semi-final. Penonton asyik tertanya-tanya asal daerah si ratu bilamana hanya nama saja yang disebutkan. Obviously people recognise them more by their districts rather than by their names. Ini menyebabkan kurang tepukan/sorakan dari penonton setiap kali pengumuman dibuat (takut tersorak peserta bukan favourite). Yet the MCs keep on yelling "mana tepukan?!". They should've announced something like "peserta seterusnya yang mara (pause suspense)....memakai no. 31 dari Tambunan...Emily Majil!"
6. Selesai pengumuman semi-finalists, tiba-tiba saja bungapi dihidupkan dari bahagian hadapan pentas (bungapi ala-ala ending lagu Menuju Puncak AF). Terkejut sakan para ratu dengan aksi mengelak sambil berganjak cuba menjauhkan diri (hilang kawalan ayu...haha). Bukan para ratu saja yang terkejut, hadirin juga terkejut sama sehingga keluar jampi serapah dari mulut seorang makcik..."oi t**t** di kaling!" *LOL*
7. Tiada ucapan terimakasih dari MC kepada Danny FM sejurus selepas beliau selesai menyanyi untuk mengiringi farewell appearance of Jo-anne Henley Rampas...:(.
By the way the MCs were Constantine Anthony and Jeniffer Lasimbang.
0 comments:
Post a Comment