17 Feb 2011

Ringkasan Berita Seni

Francis Landong dilantik Pengerusi "Rakan Bestari"

Penyanyi, komposer dan penerbit yang tidak asing lagi di Sabah, Francis Landong, telah dilantik sebagai pengerusi "Rakan Bestari" iaitu sebuah pergerakan yang ditubuh di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk membanteras aktiviti cetak rompak hasil-hasil karya seni hiburan di Sabah. Menurut Francis "Rakan Bestari" akan bertindak selaku badan penguatkuasa melindungi industri seni kreatif dan muzik tempatan Sabah. Menurut beliau lagi antara aktiviti yang merugikan industri muzik di Sabah termasuklah, meminjamkan CD kepada rakan untuk di salin oleh si rakan (kekekek), dan memuat turun muzik secara haram dari internet. Menurut beliau lagi terdapat juga pihak yang tidak bertanggunjawab menyalin karya asal untuk dijual. (Pic credit: Daily Express online)

(Saya sarankan durang pigi check tu kedai jual audio CD sana basement Centre Point sebelah Speedy)

Siri Komedi TV "Kopi-O"

Sebuah siri komedi untuk siaran TV yang diberi judul "Kopi-O" akan memulakan penggambarannya di sekitar KK dan Tenom. Siri 13 episod ini diterbitkan oleh Pentas Wayang Production dan diarahkan oleh pengarah Malaysia T.S.Jeffrey. Antara pelakon Sabah yang terlibat termasuklah Alex Raja Lawak, Ebi, Candy, Mat Congo, Abu Bakar Elah, Karim Ghulam, P. Dick Ganai and Wawa H. Diamond. Pelakon KL pula Fazurina, Amelia, Prieya, Danny X Factor, Ajak Achika dan seorang Sarawakian Rezuandy Rejuma. Siri ini bakal ditayang pada bulan Mei nanti di RTM sempena Pesta Kaamatan.

Old paper clip about "Kopi-O"



Peingkat Akhir Lagu Popular Dusun

Pertandingan akhir Lagu Popular Dusun Musim Ke-3 anjuran siaran Sabah VFM (RTM) bakal berlangsung di Dewan Masyarakat Tambunan pada 26 Feb jam 8 malam. Sepuluh lagu yang bakal berentap ialah Pointopot Tupusku (Francis Landong), Sosol Ku Doho (Jovell), Tupus Om Pirotion (Donna Masidah), Au Milo Boroson (Wilson Lion), Matai-Patai Do Masi (Papier Mache), Sopirosi-Rosi (Ridah Malanjang), Tupus Polombusanku (Angat), Piginawaan (Florieand Kohming), Poingkaa Nangku Katapatan (Esther Subin) dan Ester - Ron.

Artis Sabah Digesa Tubuh Kesatuan

Para artis Sabah disaran agar menubuh kesatuan atau badan yang boleh membantu mempromosi mereka (eh bukan sudah adakah? hehe). Demikian gesaan dari Ahli Parlimen Ranau, Datuk Siringan Gubat (sudara kawan saya ni tau). Menurut beliau dengan adanya kesatuan tersebut, artis akan dapat membentuk rangkaian di seluruh negeri dalam memasarkan bakat mereka kepada masyarakat tempatan. Beliau berkata ramai artis-artis Sabah yang lahir dari program realiti terkenal seakan-akan menghilang dan sepi biarpun ada diantaranya bergelar juara atau naib juara. Beliau juga menambah, sehingga kini belum ada yang berjaya seperti M.Nasir dan Siti Nurhaliza (hahaha) malah ada yang keluar sebagai naib juara, kini sudah menyepi, hilang tanpa berita (siapakah naib juara itu? :=)). Beliau meluahkan gesaan tersebut semasa berucap merasmikan 'Program Mesra Belia Bersama Pemimpin' sempena pelancaran "Street Busking Part 2" di Pekan Ranau.

.....bah siapa mo join Kelab Artis Sabah (KELAS) nanti kita berunding :=)

1 comments:

Anonymous said...

Setuju dengan saranan Datuk Siringan. Tapi kenapa risau sangat dengan bintang2 AF? Durang nikan dikenali ramai dan ada Astro yg boleh bantu durang buat marketing. Artis2 tempatan sepatutnya lebih dibimbangkan...sekian!