8 Aug 2007

dBOS News Network


Salam sejahtera...

Mula-mula sari berita penting...

Impian Keningau sebuah daerah di pedalaman Sabah, untuk bergelar Keningwood, bakal menjadi kenyataan bilamana kerja-kerja berkaitan untuk penggambaran filem Aduh Saliha sedang giat dijalankan. Sebuah set "kampung" khusus untuk pemggambaran filem tersebut sedang dibina dengan penuh perasaan di Taman Bandukan Keningau. Seorang pekerja set yang hanya mahu dikenali sebagai Rem meluahkan rasa teruja beliau terlibat sama dalam pembikinan filem tersebut walaupun hanya sebagai pemotong kayu. Dengan perasaan terharu dan semangat yang berkobar-kobar beliau melaungkan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!"

Berita alam sekitar...

Penantian penuh debaran berhubung nama seekor anak gajah comel yang ditemui sesat di hutan simpan Tabin akhirnya terjawab bilamana nama "Suria" dipilih dari ratusan senarai nama untuk haiwan yang masih tidak diketahui jantina sebenarnya itu. Namun menurut sumber yang sukar dipercayai, seorang bomoh yang mahir berkomunikasi dengan alam haiwan memberitahu anak gajah tersebut tak puas hati dan enggan menerima nama "Suria" atas alasan "tak rock!". Menurut bomoh yang telah berkomunikasi dengan sang gajah, haiwan tersebut telah memilih namanya sendiri iaitu "Elton". Namun bomoh berusia 80 tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Daddy Cool enggan menjelas lanjut alasan disebalik pemilihan nama Elton..."No komen!" katanya tersipu-sipu malu ketika meninggalkan para wartawan sambil menepis jurugambar ala-ala aksi selebriti Hollywood!
Apapun kita terus saja ke berita selanjutnya. Menurut Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah, kurang dari tujuh peratus penduduk Sabah memiliki komputer. Angka ini masih terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Sabah kira-kira tiga juta orang termasuk pendatang tanpa izin. Ini bermakna perjalanan masih terlalu jauh kepada pengusaha-pengusaha radioblog di internet yang kerap memutarkan lagu-lagu tempatan untuk sampai kepada pendengar sasaran mereka di pedalaman.

Berita hiburan....artis-artis terkenal dan juga yang tak terkenal bakal menggegarkan KK pada pementasan Ambang Merdeka di Padang Merdeka KK 30 Ogos nanti. Pementasan khas tersebut diadakan sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara. Antara mereka yang akan mengambil bahagian ialah Azharina, Hattan, Estranged, Velvet, Ebi, Linda Nanuwil, Reynaldo, Peter Dickie Lee, Clarice John Matha, Valerie Wong, Noraliza Sukarno, Devrenny Hafizan, Richardo, Andalusia, Generasi 50, M.Y. Ahmad, D.Sofea, Jaafar Yunus dan Daud Abdillah. Sekumpulan Mak Nyah yang begitu sinonim dengan venue pementasan iaitu Padang Merdeka meluahkan perasaan merembes mereka dengan kehadiran bintang kacak AF5 Ebi, "Hakak tak sabar-sabar you...we all akan jerit sekuat tenaga bila Ebi muncul nanti!" kata 'Noreen' selaku jurucakap kumpulan tersebut.

Dalam perkembagan lain, Miss Sipitang telah mara ke pusingan akhir pertandingan Ratu Cantik Miss Borneo yang bakal berlangsung pada 15 Ogos nanti bertempat di Hyatt Regency Hotel KK. Turut tidak mahu mengaku kalah ke pusingan akhir ialah Miss KK, Miss Penampang, Miss Kota Belud, Miss Kudat, Miss Tawau, Miss Putatan dan Miss Call. Ketika diajukan soalan kenapa hanya peserta dari Sabah sahaja yang bertanding sedangkan gelaran yang bakal diberi ialah Miss Borneo. Bouncer pertandingan dengan ayunan tangan yang lemah gemalai menjawab "yang kau sibuk bising-bising kenapa? Nampak penampar ni!" Aww...garang you!


Kita terus sahaja beralih ke berita sukan...

Sabah buat julung kalinya mencipta sejarah apabila berjaya menjulang Piala Agung di kejohanan rugby kebangsaan. Wakil negeri pasukan The Sabah Eagles, dilaporkan gembira sakan sejurus selepas membenam pasukan lawan iaitu team negeri Selangor yang juga merangkap juara bertahan di samping juara enam kali kejohanan yang penuh berprestij tersebut. Kegembiraan pasukan Sabah cukup sukar dihuraikan dengan kata-kata, yang nyata mereka menjulang sambil melambung-ambung sekali Pakcik Mamat, pemotong rumput padang Univesiti Malaya tempat berlangsungnya kejohanan tersebut


Nampak gaya, masa begitu mencemburui kita, sekianlah saja berita untuk kali ini...akhir kata...mmm...errr...kano tokou moginum!

7 Aug 2007

Bahaya sangatkah?

Jalan baru Keningau-Kimanis yang kira baru dibuka, kononnya telah meragut 30 nyawa!(Ini rekod kah apa?), sehingga dicadangkan ianya ditutup buat sementara. Memandangkan saya belum pernah merentasi jalan baru ini saya pun kurang pasti sejauh mana bahayanya. Seorang kenalan yang pernah melalui jalan ini, agak kurang selesa dengan satu bahagian jalan cerun yang menurutnya agak lurus dan panjang (seakan-akan jalan bukit Kibabaig - Bukit Padang di KK, tapi lebih panjang). Menurut kenalan tadi bahagian cerun tersebut betul-betul mencabar brek kereta kalau kita pandu menuruni cerun (descending).

Sekali lihat pada gambar-gambar di atas, jalan tersebut tiada bezanya dengan mana-mana highway di Sabah. Jalan ini agak lama juga disiapkan (mungkin yang paling lama untuk disiapkan). Mungkinkah orang ramai yang ternanti-nantikan kemunculannya begitu excited sehingga tercuai semasa memandu...atau mungkin jugakah ada kaitan dengan unsur-unsur misteri seperti yang pernah dilaporkan di sini (oops!)

Anugerah ERA

Anugerah ERA 2007 bakal berlangsung di Arena of Stars Genting Highland pada 8 September jam 8.30 malam. Ramai juga yang sering mempertikaikan keputusan anugerah ini memandangkan ianya seratus peratus ditentukan oleh undian ramai. Lima calon untuk setiap kategori telah disenarai pendekkan. Yang menariknya kali ini, 'tersangkut' sekurang-kurangnya seorang artis dari Sabah dalam pencalonan untuk setiap kategori, antaranya Yazer dan Velvet yang tersenarai dalam kategori Vokal Lelaki Pilihan dan Vokal Wanita Pilihan masing-masingnya (for singer I think the most important category is the 'best vocal'). Adakah ini satu taktik penganjur untuk meraih undi SMS dari sebelah sini atau memang merasakan mereka ini betul-betul layak (I've no question about Velvet cause I think she has one of the unique voice around). Malangnya my favourite vocalists, Rich dan Fiq tidak tersenarai dalam kategori best vocal. Apapun here are the categories and the nominees

1. Artis Harapan Pilihan

Diddy
Ebi AF5
Faizal OIAM
Fiq
Mila AF5

2.Vokal Lelaki Pilihan

Akhil Hayy <-----who is this?? First time dengar
Diddy
Faizal AF4
M.Nasir
Yazer AF3

3. Vokal Wanita Pilihan

Farhan AF4
Jaclyn Victor
Mila AF5
Siti Nurhaliza
Velvet AF4

4. Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan

Adam AF2/Farah AF2
Diddy/Yanie
Irwansyah/Acha Septriasa
Jamal Abdillah?Mawi
Misha Omar/Andy Flop Poppy

5. Band Pilihan

Dewa
Estranged
Samsons
Sofaz
Spider

6. Video Muzik Pilihan

Joget Lambak
Kian
Langit Biru
Profesor Klon
Rama-Rama

7. Lagu Pop Pilihan

Angan dan Sedar - Mawi
Hilang - Diddy
Pastikan -Siti Nurhaliza
Persis Mutiara - Mila AF5
Sinar Cinta - Ebi AF5

8. Lagu Rock Pilihan

3 Malam Tanpa Bintang - Fiq
Dewi - Dewa
Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) - Jinbara
Itu Kamu - Estranged
Mahakarya Cinta - Faizal OIAM

All the best to them!