HAI...susahnya nak bercakap dengan Felix sejak akhir-akhir ni. Setelah banyak kali call dan SMS, akhirnya Felix sendiri yang call bagi tahu Ai yang dia sebenarnya 'malas' nak angkat telefon gara-gara sering diganggu oleh orang yang tak dikenali. Apapun jom kita ikuti cerita Felix yang kelihatan semakin kacak ni.
Felix: "Sekarang saya sedang sibuk dengan AF Tour dan tak lama lagi saya akan start shooting untuk filem Sepet 2. Memang ada banyak tawaran tapi saya tak boleh ambil semua sebab ada yang bercanggah dengan jadual nyanyian saya.
Lirik Warkah Berlagu Pilu tu ada kena mengena dengan Felix ke?
Felix: "Sebenarnya itu secara kebetulan ada kena mengena sedikit dengan kisah cinta saya. Lagu tu pun bukan dicipta atau ditujukan kepada saya. Cuma lirik lagu tu ada sedikit persamaan dengan kisah cinta saya yang lalu. Kebetulan dua tahun yang lalu saya pernah putus cinta dengan seorang gadis Sabah. Masa tu saya belum lagi jadi artis. Hubungan kami terjalin selama setahun, tapi disebabkan oleh beberapa perkara yang tak boleh dielakkan hubungan kami terputus. Masa tu adalah frust sikit tapi saya anggap tak ada jodoh antara kami. Setakat ni belum ada penggantinya lagi. Kawan-kawan tu ramai tapi yang istimewa belum ada.
"Hubungan dengan Akma dan Marsha tu, hanya sebagai kawan baik tak lebih dari tu. Mungkin orang nampak saya lebih rapat dengan Marsha sebab Marsha ni manja sikit dengan saya. Tapi sebenarnya kami tak ada apa-apa. Sama juga dengan Akma. Andainya satu hari nanti saya jatuh cinta dengan gadis Melayu, bagi saya kalau dah suka... apa salahnya? Tapi saya tak berani nak cakap sebab belum mengalaminya lagi. Bagi saya kalau tu bercinta kena tengok juga pandangan dan restu keluarga. Kalau keluarga tak suka, kenalah ikut cakap mereka sebab kita tak naklah rosakkan nama baik keluarga. Tapi saya rasa, saya lebih suka buat pilihan sendiri."
Begitulah cerita Felix yang bakal muncul dalam filem Misi 1511. Peminat Felix nantikan album solo Felix tidak lama lagi.
Petikan Mangga April 2006
0 comments:
Post a Comment