6 Mar 2006

Penyanyi jazz misteri Sabah!

Album beliau diletakkan sekelompok dengan kaset-kaset penyanyi Sabah/tempatan yang lain. Tiada banyak maklumat yang tertera dalam sampul kaset kecuali tajuk 12 lagu dan nama penyanyi, Nora Edora.

Yang menarik perhatian saya ialah tag berbunyi jazz mood yang tertera pada sampul kaset tersebut, memandangkan saya agak meminati irama jazz teringin sekali hendak mendengar persembahan jazz album ini. Semasa kaset ditest saya sempat membelek sleeve album. Menurut sleeve album, semua produksi dan terbitan adalah milik Golden Music Production (menggunakan label Borneo Music Industry - BMI) dan salah seorang individu di belakang tabir (selaku pengubah muzik) ialah Julius Lusah. Seawal trek pertama lagi album ini telah memikat telinga dengan irama light jazz nya. Konsep jazz yang ditampilkan bolehlah saya samakan dengan album jazz penyanyi Indonesia, Vina Panduwinatha (penyanyi asal lagu "Dia" yang dinyanyikan semula oleh Sheila Majid). Malah saya banyak membandingkan album ini dengan album produksi Indonesia termasuk suara Nora. Walau bagaimanapun Nora mempunyai style persembahan jazz beliau tersendiri. Sebutan serta lenggok penyampaian lagu beliau tidak terikut-ikut penyanyi Indonesia. Namun adakalanya kedengaran juga, vokal ala-ala Vina dalam beberapa lagu. Yang menariknya juga, kualiti lagu-lagu serta susunan muzik light jazz dalam album ini tidak harus dipandang rendah. Ianya setaraf (malah lebih baik) dari lagu-lagu yang pernah disampaikan oleh Sheila Majid ataupun Camelia (saya rasalah andainya Sheila mahupun Camelia terdengar beberapa lagu dalam album ini, mungkin mereka berminat untuk merakam semula beberapa lagu)

Sampul kaset artis-artis ditampilkan hari ini

James Anthony - satu rekabentuk sampul dan sleeve album yang mempersona!



Frescy Francis Landong


Tom dan Jai Samud




0 comments: