9 Mar 2006

Lagu-lagu Pop Humor tempatan..

Sebut saja lagu-lagu seperti "Lima Ribu", "Proton Saga Kelabu", "Langgar Pantat Karabau", "Daddy Suka Marah-marah Mummy", "Isteri Ku Kahwin Lagi", "Kau Bilang Kau Masih Perawan" dan seterusnya, pasti ada yang tersenyum simpul dan tak kurang juga yang berkerut dahi hanya mendengar tajuk-tajuk lagu tersebut (hah! itu baru beberapa buah lagu saja tu!). Selamat Datang ke dunia Pop Humor tempatan!

Lagu-lagu Pop Humor ini merupakan sebahagian daripada lagu-lagu yang begitu lazim dipersembahkan dalam album-album Kadazan-Dusun. Ianya pernah menimbulkan kontroversi sedikit masa dulu, bilamana ada beberapa pihak yang kurang senang dengan lagu-lagu sebegini. Antara perkara yang tidak disenangi ialah isu lirik yang straight forward, bercampur aduk bahasa lain, tidak puitis, kerap mensasarkan kaum janda tidak kira janda muda, tua dan semestinya janda kaya; tidak mempamerkan kreativiti yang kuat dan sebagainya. Yang dahsyatnya bila ada juga pihak mengatakan lagu-lagu sebegini diilhamkan semasa pening-pening!

Ketika sedang hangat dibincangkan hal berkaitan penganugerahan atau pengiktirafan karya-karya seni tempatan, timbul satu persoalan, wajarkah lagu-lagu Pop Humor ini diberi pengiktirafan? Haruskah ada kategori khusus untuk lagu-lagu sebegini?

Jika diteliti, tidak kesemua lagu-lagu ini berunsur negatif, malah dari pengamatan saya, sebahagaian besarnya bertemakan sindiran positif kepada golongon tertentu (mungkin satu cara mudah untuk menyedarkan golongan berkenaan). Lagu "3-10" contohnya mensasarkan golongan yang suka menghabiskan duit dengan berbelanja 3-10 sehingga kebajikan rumahtangga terabai. Di samping itu keluhan-keluhan golongan teruna terhadap masalah berian kahwin seringkali juga ditampilkan dalam lagu-lagu sebegini.

Yang ajaibnya, walaupun tiada ruang langsung untuk kelompok lagu sebegini, berkumandang di corong-corong radio, ianya tetap popular. Sudah pasti lagu-lagu sebegini akan terus sinonim dengan masyarakat momogum khususnya dan sudah semestinya tak harus dipinggirkan. Ianya sedikit sebanyak menggambarkan identiti masyarakat kita yang memiliki strong sense of humor and very humble.


dBOS-fm: Sedang sibuk mencipta lagu "Sumandak Tukang Cek Tekanan Darah", "Berian Naik 30 Sen" dan "Sosopon Di Tohuri" ....he!he!

0 comments: