17 Sept 2007
Selamat Hari Malaysia ke-44
Kelmarin (16 September) genaplah 44 tahun kemasukan Sabah (dan juga Sarawak) dalam Persekutuan Malaysia. Namun begitu tarikh 16 September ini kerap dipersoalkan dan begitu kontroversi. Ianya tidak diberi perhatian di tahun-tahun sebelum ini dan hanya diiktiraf cuti umum di Sabah semasa pemerintahan kerajaan PBS. Kalau nak dikupas sejarah di sebalik tarikh tersebut memanglah agak panjang. Secara ringkas, tarikh tersebut bukanlah suatu tarikh yang dirancang untuk pembentukan Malaysia. Tarikh yang sebenarnya dirancang ialah pada 31 Ogos 1963. Malah upacara menurunkan bendera Union Jack British untuk digantikan dengan bendera rasmi negeri Sabah telah berlangsung di Jesselton (KK) pada tanggal 31 Ogos 1963 (simbol kemerdekaan). Malangnya majlis keraian besar-besaran seperti perhimpunan, perarakan rasmi malah pengumuman rasmi tertunda disebabkan masih terdapat tentangan dari pihak Indonesia dan Filipina dan hanya dapat dilaksanakan pada 16 September 1963. Memetik tulisan Saudara Clementine Christopher, Daily Express (2 September 2007)... "Singapore, Sarawak and Sabah were opposed to the delay and maintained that, since British control ended on August 31, 1963, they were "independent" between then and September 16, 1963" dan kesimpulannya...Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 dan Sabah bebas (merdeka ler tu) juga pada tarikh yang sama 31 Ogos tapi tahun 1963 dan Malaysia terbentuk pada 16 September 1963. So in my opinion 16 September deserves a wide publicity (TV commercials etc) and why not make it as another public holiday for the whole nation so that the whole country can celebrate.
Apapun yang penting sudah merdeka...maka dengan itu marilah kita hiburkan hati dengan hidangan artikel-artikel hiburan di bawah....
Labels:
Artiste Update,
issue
0 comments:
Post a Comment