25 Sept 2007

Esther Esthera

"Esther Esthera"....bunyi macam bagus saja tajuk video movie (VM) nikan? Ala-ala Maria Mariana gitu. Nantilah mungkin Khamis ni baru saya ada masa pergi cari di kedai. Kalau projek yang dinaungi oleh "datuk-datuk" seperti projek ini membayangkan sesuatu yang grand scale! So semestinya saya mengharapkan sesuatu yang bermutu dan berkualiti.

Bercakap tentang penerbitan VM di Sabah ni, I think it's time penerbit-penerbit VM ataupun filem di Sabah melakukan sesuatu agar karya mereka sekurang-kurangnya mampu ditayangkan di TV. Sekarang nikan sudah banyak saluran TV (Ria, Prima, Kirana, TV3, RTM1, RTM2,). Takkanlah belum ada yang boleh tersangkut dalam mana-mana saluran. Adalah juga nanti kita menonton drama-drama dari negeri ini dimainkan di TV...terutama di hari-hari perayaan....seperti Hari Raya, Tadau Kaamatan, Merdeka, Krismas...etc. Setakat yang saya nampak macam belum ada VM kita yang setaraf dengan drama-drama yang dimainkan di TV. Sudah tiba masanya mereka memberi perhatian khusus ke arah objektif ini. Forget about tayangan panggung....nanti jadi pula macam satu filem tu...berangan masuk panggung...last-last ended up ditayang di balai raya. Mungkin Esther Esthera boleh bertindak selaku pembuka jalan sebab dengar cerita bahasa yang digunakan dalam VM ini bukan bahasa pasar (tapi bagi saya bahasa bukan penghalang utama...kalau ndak faham boleh letak sarikata...sarikata Inggeriskah atau sarikata BM baku kah....macam juga drama-drama dari Indon)

0 comments: