15 May 2009

Influenza A : Pelancong disah negatif

Kalau lihat liputan berita-berita semasa, sekarang ini seolah-olah musim wabak penyakit. Yang paling top dan menakutkan ialah Influenza A (H1N1) sebelum ni digelar Selsema Babi (sampai hati juga tukang bagi nama letak nama ni sampai ketakutan orang awam mo makan sasau..hehe). Di Malaysia sendiri, heboh pasal penduduk kampung di Pokok Sena menderita penyakit misteri yang akhirnya dikenalpasti sebagai Chikungunya sejenis penyakit bawaan nyamuk (yang peliknya lambat juga pakar kesihatan mo kenalpasti penyakit tersebut). Dikhabarkan juga penyakit tersebut sedang merebak dengan pesatnya di negeri Kedah. Lepas tu di Melaka sekumpulan pelatih-pelatih JPJ yang sedang mengikuti kursus latihan dijangkiti 'menangitis' sehingga dikuarantin (I'm not very clear about this illness) but one of the sufferers had died.

On Wednesday, di Sabah seorang pelancong warga Kanada yang baru landing dari Thailand, dikejarkan dari airport ke pusat kuarantin di Likas (now I know we do have special quarantine center as in the pic below, so make sure you don't get near this place...hehe). Beliau disyaki menghidap Influenza A H1N1 alias Swine Flu alias Selsema Babi.

Credit

Mujurlah dalam berita hari ini pelancong tersebut disahkan negatif dari virus berkenaan. So kira Sabah masih bebas dan selamat dari swine flu, ndak payahlah saya keluar pakai surgical mask :)

0 comments: