Menonton pertandingan akhir 'World Stars Road To Hollywood' semalam, mengingatkan saya ungkapan ‘you go to Hollywood!’ dalam siri American idol, mana tidak peserta-peserta yang menang bakal mendapat tiket ke Hollywood. Kalau tidak silap inilah pertama kali kerajaan campurtangan dalam memilih artis-artis Malaysia untuk mewakili negara ke Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) di Hollywood, Los Angeles. Pertandingan ini yang telah sekian lama berlangsung adakalanya juga digelar the Olympic of Performing Arts, kerana melibatkan penyertaan dari negara-negara serata dunia bertarung merebut pingat dalam berbagai kategori persembahan seni. Tapi yang saya pelik sedikit, sambutan atau sokongan pertandingan ini di Hollywood tidaklah semeriah sambutan acara-acara lain di sana seperti anugerah Grammy maupun Academy. In short it is not as hype as other events and appears as if not recognized (padahal melibatkan penyertaan antarabangsa). Malah acara pertandingan juga berlangsung di hotel-hotel biasa dan bukannya di tempat-tempat berprestij seperti Kodak Theatre atau Nokia Theatre. Sebelum ini artis Malaysia mewakili negara secara tidak rasmi atas inisiatif sendiri with the hope of being discovered by some international producers, agents etc and land some record deal or whatever (but I haven’t seen such thing happen yet).
Beberapa peserta Malaysia yang pernah mewakili negara sebelum ini, sudah banyak merangkul pingat emas untuk kategori-kategori kecil (Noryn Aziz, Dina, Deja Moss just to name a few dan kalau tidak silap Syafinaz pun pernah menyertai pertandingan ini but not sure if she had won any medal). Walau bagaimanapun masih belum ada wakil negara yang menang grand title yakni anugerah keseluruhan. Bayangkanlah kalau pertandingan ini betul-betul diiktiraf sebagai olimpik seni persembahan, sudah berpuluh-puluh pingat emas Malaysia menangi dan pemenang pingat-pingat emas tersebut selayaknya dianugerahkan gelaran Dato’ ;=). Unfortunately that is not the case.
Semalam Malaysia telah memilih team untuk mewakili negara dalam kategori-kategori vokal, tarian berkumpulan, tarian solo, muzik berkumpulan, muzik solo, lakonan dan peragaan, Antara yang terpilih ialah dua nama popular, Bob dan Siti Sarah (kategori vokal). Tapi peserta yang saya impress sangat ialah Norhasmidar yang mempunyai suara mirip-mirip Julie Andrew (bintang The Sound of Music). Menurut si Tody zirgcarl.blogspot, Hana Harara dan Suib yang bertanding dalam kategori vokal adalah dari Sabah (walaupun KK tidak terpilih sebagai salah satu lokasi ujibakat). Malangnya mereka tidak dapat tiket ke Hollywood. Harap-haraplah KK akan terpilih tempat ujibakat tahun depan. Ramai tu bakat-bakat terpendam Sabah yang berkobar-kobar dan meluap-luap semangat mau mencuba nasib. Walaupun tidak menjanjikan ‘stardom’ but it’s a good opportunity to showcase your talent apa lagi kalau berpeluang pergi Hollywood. Siapalah bah yang ndak mo pok pi Hollywood kan, to me it’s a big prize itself, menang atau tidak tu belakang kira.

0 comments:
Post a Comment