22 May 2009

Siaran langsung Sugandoi Kaamatan

Berita baik bagi anda yang duduk di luar Sabah.

Sabahan.FM akan bersiaran secara langsung dari dewan KDCA Penampang sempena pertandingan akhir Sugandoi Kaamatan peringkat negeri pada 23 Mei 2009, Sabtu ini (esok). Demikian menurut maklumat yang diterima dari salah seorang DJ siaran radio online tersebut. Mereka akan mula bersiaran dari jam 5:00 petang esok sehinggalah acara pertandingan tersebut selesai.

Jadi kepada anda yang mempunyai akses internet broadband dan ingin mengikuti siaran langsung tersebut esok, anda boleh klik http://sabahan.FM/listen.pls

Sabahan.FM boleh didengar menggunakan winamp, itunes, VLC Player atau apa sahaja audio player yang support streaming. Sila guna Open URL http://Sabahan.FM/ untuk mendengar Sabahan.FM/

Dapatkan widget Sabahan.FM di http://www.sabahan.net/widget/

Sabahan.FM dibawakan kepada anda oleh http://www.sabahan.net

0 comments: