1 May 2009

Jadikan wakil Sabah juara

Pertandingan akhir One In A Million bakal berlangsung malam ini. Setakat ini persoalan samada Esther benar-benar layak ke peringkat akhir masih belum terjawab kerana semuanya bergantung kepada keputusan undian untuk menentukan samada hanya dua ataupun tiga orang peserta akhir. Bagi saya dua atau tiga tiada bezanya, kerana kedua-duanya masih tetap bergantung kepada undian SMS yang dikumpul sepanjang minggu (yang bermula sejurus selepas konsert minggu lalu)dan masih tetap memerlukan undian SMS seterusnya selepas keputusan dibuat. Jadi sekiranya anda mahu wakil Sabah sekali lagi menjulang kejuaraan OIAM musim ini teruskanlah mengundi.


Sememangnya agak sukar membicarakan peluang sebenar Esther menjuarai pertandingan ini, kerana kita semua maklum bakat yang terbaik tidak semestinya memenangi pertandingan yang menggunakan undian SMS sebagai penentu juara. Sudah banyak bukti sebelum ini. Bagi mereka yang betul-betul celik seni dan mampu membezakan peserta yang terbaik dan kurang baik, keputusan-keputusan sebelum ini amat mengecewakan. Diharapkan malam ini keputusan seperti musim-musim lalu tidak berulang, kerana dari kelompok mereka yang bakal beraksi nanti Esther memang layak bergelar juara.

0 comments: