10 Jan 2011

M1 - 7 Peserta Mara

Di saat Akademi Fantasia semakin hampir menjadi produk sejuk beku, makin banyak pula rancangan realiti ujud sejak kebelakangan ini (bukannya makin kurang). Antaranya ialah rancangan yang diberi tajuk "Malaysians Want" (M1). Dua hari (6 dan 7 Januari) durang turun padang mengadakan sesi ujibakat di KK. Hasilnya? 7 orang dari Sabah terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya di KL. Belum finalised lagi ni, kena bertanding lagi, harap-harap adalah 1,2 yang sangkut.



Bukan M1 ja yang turun padang ke KK mencari bakat-bakat terpendam, sebelum ni pun rancangan realiti baru RTM "Tiada Lama, Tiada Baru" juga mengadakan sesi ujibakatnya di sini. Tapi saya rasa rancangan M1 inilah yang lebih mendapat perhatian (sayapun kurang pasti kenapa, mungkin ada kena mengena dengan banner promosi durang ni yang bergantungan di sepanjang jalanraya di KK...so kiranya macam hypelah kunun)

Production crew "Dreamgirl the Musical" pun ada juga turun padang. Tapi tidak pasti bagaimana sambutan sebab very low profile (entah berapa orang ja yang tahu). Iklan ni pun keluar di akhbar pada hari Khamis (6 Jun), 48 jam sebelum ujibakat bermula. Siapa yang rasa berbakat tapi mau stay low profile tidak mahu kehidupan glamouros and popular (sehingga privacy terjejas) ujibakat nilah yang perlu dihadiri :=)...kan Bibi? (eh siapa pula si Bibi tu? Hehe)



dBOS: Dalam banyak-banyak rancangan realiti di TV sekarang ni saya paling terpesona dengan rancangan 'True Beauty' di Star World...BEST! Peserta bukan saja diadili dari sudut kecantikan luaran tapi juga dalaman (kejujuran, ketamakan, kejahatan, kekurang ajaran, kesopanan dan kesusilaan etc :))

****************************************************


Atas permintaan ramai peminat-peminat antarabangsa blog ini *grin*, maka disiarkan versi English artikel penyanyi Filipino yang pernah disiarkan dahulu...mabuhay...mahal kita...salamat po..pangako sayo (whatever it means..hehe).

0 comments: