6 Feb 2006

TAHNIAH ASMIN!!.....but vocal winner is questionable

Ramai orang beranggapan AJL merupakan sebuah pertandingan yang berprestij. Mungkin ianya tak dapat dinafikan memandangkan AJL yang sebelum ini dikenali sebagai Juara Lagu mampu bertahan selama 20 tahun! Bagi saya sesuatu acara itu bolehlah dianggap brprestij sekiranya ianya mampu bertahan lama, sama juga seperti Grammy Awards dan Academy Awards. Tapi kadang-kadang Juara Lagu/AJL begitu menghampakan sesetenagh pihak bilamana keputusan juri sering bercanggah dengan kehendak ramai dan ini sedikit sebanyak menjatuhkan kredibiliti pertandingan tersebut. Paling mengecewakan saya ialah keputusan AJL 17 (untuk tahun 2002 tapi dilangsungkan pada tahun 2003) bilamana lagu ciptaan Ajai bertajuk Keliru dinobatkan sebagai juara! Bagi saya lagu Nimala (Pak Ngah/Siti Nurhaliza) dan Menada Gerimis (Azmeer/Ziana Zain) atau paling tidakpun Gelisah Mimpi (lupa nama komposer tapi didendangkan oleh Liza Hanim) lebih layak untuk memenangi edisi 17 AJL. Selepas itu saya tidak mengikuti langsung AJL 18 dan 19.

Namun AJL 20 semalam agak istimewa disebabkan penglibatan “The Fab 4”! Harapan saya untuk melihat sekurang-kurangnya seorang dari mereka menang nampaknya termakbul juga. TAHNIAH kepada Asmin Mudin (akhirnya beliau naik pentas juga walaupun lagu beliau Anggapan Mu dendangan Ziana Zain sepatutnya layak menang sebelum ini). Walau bagaimanapun keputusan semalam tidaklah seratus peratus saya dapat terima. Kemenangan Mawi boleh diagak (but this fellow really surprised me last night not because of his funny but eye catching costume, but the pitch and tempo were really perfect unlike his past performances...this made me....err..unconsciously clapping for him...at least for the first time!) pengumuman Hazami sebagai pemenang Persembahan Vokal Terbaik amat sukar untuk ditelan (I detected few glitches towards the end of his performance) dan memang tidak terfikir langsung. Seperti juga kelompok ramai saya berpihak kepada Jaclyn Victor dan andainya bukan beliau the next candidate should be Zainal Abidin. Opposite to Mawi, Ning surprised me in a negative way, this is the first time I caught her voice glitched (tertekan kah Ning?). Anyway back to Hazami, come to think of it over and over (100x) again...I guess the judges did it just to save his credibility. In case you don’t know, Hazami is a voice teacher. He runs his own vocal class. Probably a bunch (if not all) of the choir members that night are his students. So..how can a voice teacher not win a Best Vocal Performance? Otherwise your students will ask “sir you tell us to do this and that....but you yourself didn’t win the vocal award”...kan kah malu! So perhaps due to this partcular reason the judges turn a deaf ear to vocal ability!

3 comments:

Zirbad said...

MAJULAH TV3 UNTUK NEGARA...

MAJULAH DBOS-FM UNTUK NEGARA...

majulah diri sendiri untuk sendiri...muahaha...

Anonymous said...

"...So perhaps due to this partcular reason the judges turn a deaf ear to vocal ability"

Sia x setuju dgn your 'perhaps'tu. Mimang Jac punya suara power tapi to deliver a fast number macam 'Kata' dgn baik bukan la sesuatu yg mudah. Apa urang bilang, difficulty level dia lebih tinggi berbanding dgn nyanyi lagu balada (mcm acara terjun junam pula. Lagi satu, Panel Juri bukan 2 atau 3 org sj tapi 7 org.

p/s nasib baik 'vokal terbaik' bkn dipilih melalui undian sms..kalau x, tatap2 'lagu itu juga' yg manang..hehehe.

gurangak@gmail.com

dbosfm said...

Yupp..you have good point there, sebab sayapun memang ada terfikir perkara yang sama. Tapi bila difikir balik, andainya difficulty level (bawa lagu rancak) yang diukur sudah pasti... makin rancak lagu tersebut lebih tinggi difficulty levelnya. So kalau inilah yg dijadikan sebagai asas ukuran saya rasa VE dan Noraniza Idris lebih berpeluang besar. Lagu durang lebih rancak at the same time they control their vocal so well. Perbezaan vokal mlm tu amat ketara sangat mcm hitam/putih dan siang/malam... audience sendiri teriak nama Jac sebelum diumumkan...I still found it questionable!(tidak seperti AJL17 Siti-lagu rancak vs Liza Hanim-balada yg akhirnya berpihak kpd Liza)