21 Mar 2006

Shana Avril dicabar sengit dalam Pesona Nona


Hari Ahad lepas semasa menangguhkan rancangan saya untuk keluar rumah disebabkan hujan lebat, sayapun termenontonlah rancangan Nona di TV3. Rupa-rupanya episod hari itu menampilkan lima finalis pertandingan Pesona Nona dengan tugasan terakhir mereka. Penggambaran untuk tugasan terakhir mereka itu dilakukan di Phuket Thailand. Kesemua finalis memang berbakat besar dan cantik-cantik belaka. Peserta dari Sabah, Shana Avril adalah peserta yang ketiga muncul mengendalikan segmen tugasan beliau yang bertema Sukan Air Lasak di Phuket.

Segmen tersebut menunjukkan beliau bermain jet ski, para gliding (payung terjun yang ditarik oleh bot) , menaiki banana boat di samping menemuramah para pelancong mat salleh yang melancong ke Phuket. Walaupun masih ada yang perlu diperbaiki, Shana mengendalikan segmen beliau dengan agak baik, syabas! Tak sangka pula gadis manis ini rupa-rupanya meminati sukan tahan lasak (extreme sport). Dua finalis terakhir yang muncul selepas Shana mengendalikan segmen mereka dengan agak kemas dan tertur, mereka inilah rasa saya pencabar sengit Shana. Namun begitu pemenang pertandingan Pesona Nona ditentukan melalui undian SMS. Jadi kepada anda yang ingin memberi sokongan kepada Shana, taip NONA SHANA dan hantar ke 32121


p/s: Terfikir juga kenapa Shana tidak diambil mengganti tempat Daphne Iking selaku host rancangan Explorace

0 comments: