20 Mar 2006

AIM yang pelik tapi menarik - Felix dan Marsha tercalon!

Saya terserempak dengan kontroversi melanda Anugerah Industri Muzik (AIM) semasa mengikuti rancangan Melodi TV3 kelmarin. Pertikaian timbul bila mana beberapa kategori penting yang selama ini hanya untuk artis Malaysia dibuka sekali kepada artis-artis luar (Singapura dan Indonesia). Antara kategori yang dipertikaikan ialah pencalonan bagi artis baru terbaik, di mana Ahli Fikir dari Singapura tercalon kali ini. Disebabkan terlalu banyak kontroversi dan pertikaian dalam AIM tahun ini, saya agak terganggu juga dengan kredibiliti penganjur dalam memberi pengiktirafan. Tapi bila teringatkan Grammy Awards juga membuka ruang kepada artis-artis luar terutama dari U.K dan Australia, all I can say is..lantaklah! Hanya dua artikel di internet yang sempat saya baca, berhubung AIM serta pertikaian berkenaan, iaitu melalui online newspapaer mstar dan sudah semestinya blog Sultan Muzaffar.

Yang membuat saya teruja dengan AIM tahun ini ialah bila nama-nama seperti Felix dan Marsha disenarai pendek untuk kategori Artis Harapan Terbaik bersama-sama dengan Amylea, Premelodic dan Ridzuan. Tak pasti apa kriteria penentuan juri untuk memilih pemenang bagi kategori ini (pemenang kategori ini untuk AIM lepas ialah Farah AF2). Samada Felix dan Marsha akan merangkul trofi bagi kategori pencalonan mereka? Jawapannya hanya akan diketahui pada 29 April nanti.



p/s: I got it wrong earlier for mentioning Nikki as well. Looks like she's not short-listed in any category! How pathetic!

3 comments:

Anonymous said...

congrats to Nikki Palikat for winning the new female artist in APM

Anonymous said...

kenapa Nikki dipinggirkan di negara sendiri?.......juri2 Singapore/Indon bagi chance,...juri Malaysia mana keadilan?

dbosfm said...

Mungkin tahap dia ni melepasi standard Malaysia...terus lompat tahap international...:))

Tapi memang banyak kepincangan AIM tahun ini Niki sepatutnya dicalonkan dlm artis baru wanita ataupun best pop album. Nasib baik ada Felix n Marsha tercalon kalau tidak I will totally ignore AIM this year!