10 Oct 2007

Tidak sabar menonton 'Kerana Karina'

Kalau baca laporan akhbar, ada yang menyebut tajuk drama ini sebagai 'Kirana' ada juga yang menyebut 'Kinara' dan yang terbaru 'Kerana Karina' (mungkin yang ketiga ni betul). Walaupun ada tiga tajuk berbeza yang pasti heroin telemovie ini tetap seorang yang sama, tak lain tak bukan Marsha. Terbaru laporan dari Gua menyebut, Marsha telah selesai merakam lagu tema untuk siri drama tv tersebut. Lagu yang diberi judul "Yang Mana" adalah hasil ciptaan Azmeer dan dipersembahkan oleh Marsha sendiri (kira double duty lah ni). “She’s a good singer, one of the few I’ve worked with whose pitching was 80 to 90% perfect" Hah...macam itulah pengakuan Azmeer selaku penerbit lagu ini. Maklumat berhubung tayangan siri drama ini juga berbeza. Ada yang menyebut bulan November dan ada juga yang menyebut 28 Oktober ini. TV1 bakal menayangkan drama tersebut, namun besar kemungkinan kita juga boleh mengikutinya secara on-line menerusi portal hiburan Gua (yang telah mencuri idea portal hiburan saya...hehe..just kidding)

2 comments:

baby said...

Hehe dah confuse lah ni.. FYI, Kirana and Kerana Karina are two different drama series, and yes, Marsha jadi main character for both. Kerana Karina (starring Marsha, Azizan Nin, Sazzy Falak, Elaine Daly, Roslan Aziz, etc) mungkin akan ditayangkan secara online mulai hujung Oktober ni di gua.com.my. Karina (starring Marsha, Syed Aiman, Amy Mastura, etc) pulak akan ditayangkan di RTM1 tapi tak pasti bila. Supposed to be aired on tv sometime in November tapi dengar khabar projek tu tergendala disebabkan ada masalah dalaman.

dBOSfm said...

I see...thank you for the explainations...now it's clear!