22 Dec 2008

Video muzik Hanya Di Mercu

Beberapa bulan lalu, adalah juga saya ternampak sekerat sekerat muzik video lagu Ayu Hanya Di Mercu di 8TV. Tidak pasti pula bila video ini secara rasminya disiarkan (mungkin telah lama, cuma saya saja yang ketinggalan keretapi).



Kelas dan menarik sekali video penyanyi yang dikatakan ujud dalam sejuta ni :=). Lokasi penggambaran, mengingatkan saya filem Lord of The Ring.

Dan bercakap mengenai OIAM, dikhabarkan Top 12 untuk musim ini telah pun diketahui. Kalaulah betul, siapakah pula peserta-peserta dari Sabah kali ini? Adakah jumlah mereka mengatasi jumlah musim lalu (4 peserta)? Amat menarik untuk diketahui selain persoalan siapakah pula gerangan peserta-peserta yang telah bergelar artis (tapi kurang berjaya) yang terpilih. Ada yang mengatakan Tomok (New Boyz) dan Amylea AF3 telah terpilih. Sama-samalah saja kita nantikan.

2 comments:

Si Katak Hodoh said...

Astaga... kiranya saya ni ketinggalan basikal la ni. 1st time nampak ni video

dBOSfm said...

Ndak apa basikal senang ja mo bubut..hehe