11 Dec 2008

Media tertipu (?)

Rich, Velvet dolak-dalih
Oleh Norhadiani Baharom

Harian Metro

SELAMA ini mereka terbuka membicarakan soal cinta dan mengakui mahu menamatkan percintaan dua tahun itu dengan ikatan perkahwinan.

Malah, keterbukaan vokalis kumpulan Estranged, Richael Datuk Lawrence Gimbang, 26, dan Velvet Lawrence Aduk, 21, cukup disenangi peminat serta kebanyakan teman media kerana mereka bukan spesies artis yang hipokrit.

Disebabkan itu, ramai terkejut dan terkilan dengan tindakan pasangan ini merahsiakan perkahwinan mereka pada 5 Disember lalu, di Shangri-La Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu, Sabah.

Bahkan, wartawan Berita Harian yang sudah berada di lokasi tidak dibenarkan membuat liputan.

Mengimbas kembali siaran artikel bertajuk Rich, Velvet Kahwin 2009 menerusi sisipan Rentak Artis Popular (RAP) di Harian Metro pada 31 Oktober yang lalu, Rich menafikan akan berkahwin hujung tahun ini sebaliknya menyatakan kesediaan mendirikan rumah tangga pada 2009.

Antara petikan artikel berkenaan, Rich mengakui ada perancangan untuk berkahwin, tetapi bukan pada November seperti yang diuar-uarkan.

Malah, mengakui belum ada sebarang tarikh ditetapkan.

“Saya dan Velvet belum sempat berbincang mengenai tarikhnya kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Lagipun, masa tidak begitu sesuai sekarang untuk membincangkan hal itu memandangkan Estranged masih dalam rangka promosi album kedua, Remain Unknown.

“Sebab lain, saya belum cukup wang untuk berkahwin. Bagilah saya peluang cari duit banyak-banyak dulu dan bila tiba saatnya nanti, pasti perkara baik ini akan saya kongsi bersama media dan peminat,” katanya.

Kenyataan itu jelas membuktikan kata-kata Rich bercanggah dengan tindakannya. Jika mahu menjaga ruang ‘privasi’ apakah wajar menipu pihak media.



You may kiss the bride!

Difahamkan, Rich dan Velvet terpaksa menyorokkan perkahwinan mereka atas permintaan keluarga masing-masing.

Datin Natasha Hudson pernah melakukan perkara sama, apabila merahsiakan perkahwinannya dengan usahawan dan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari tahun lalu.

Kesan tindakan itu, Natasha seperti dipulau selama setahun oleh media kita. Apakah Rich dan Velvet tidak mengambil pengajaran daripada kes yang pernah berlaku kepada artis lebih senior sebelum ini?

Rich dan Velvet tidak seharusnya berdolak-dalih mengenai perkahwinan mereka. Jika enggan mengundang pihak media sekalipun, jelaskan saja sebabnya demi menghormati permintaan keluarga. Dalam hal ini, pihak media sudah semestinya memahami situasi mereka.

Sementara itu, Solihuddin Hormat (Din) selaku pemain gitar rhythm Estranged, mewakili Rich memohon maaf sekiranya ada pihak terasa dengan perkahwinan rahsia Rich.

“Saya mewakili Rich dan Estranged meminta maaf seandainya perkahwinan sahabat saya itu membuatkan wartawan berkecil hati.

“Kami sendiri tidak bermaksud merahsiakan hal ini tetapi sebagai kawan kami harus menghormati permintaan Rich yang enggan perkara ini diperbesarkan.

“Segala keputusan yang dilakukannya di luar bidang kuasa kami. Apapun saya mendoakan kebahagiaan Rich dan Velvet hingga ke anak cucu,” katanya.

Sementara pemain dram Estranged, Azwin Andy Abdul Malik atau Andy, yang turut menjadi saksi perkahwinan Rich dan Velvet berharap mereka tidak ‘banned’ hanya disebabkan perkahwinan rahsia itu.

“Soal perkahwinan, rumah tangga adalah hak peribadi mungkin disebabkan itu Rich enggan menghebahkannya. Saya pasti, Rich terpaksa melakukan keputusan ini kerana menghormati permintaan keluarga.

“Walau bagaimanapun saya ingin ucapkan tahniah. Velvet yang saya kenali sebagai seorang gadis yang baik dan sebagai kawan saya mengharapkan Rich akan sentiasa bahagia, melayari rumah tangga dengan baik dan berkekalan hingga akhir hayat,” katanya.

Sepintas coretan mengenai majlis perkahwinan mereka Jumaat lalu, Rich dan Velvet yang dipertemukan menerusi program realiti Akademi Fantasia 4 (AF4) pada 2006 melafazkan ikrar perkahwinan tepat jam 4.30 petang, di taman berhampiran ballroom Shangri-La Tanjung Aru Resort.

Pada sebelah malam pula, sebuah majlis resepsi diadakan di hotel sama dan antara artis yang hadir i Farhan (AF4), Marsha (AF3) dan Felix Agus (AF3), selain anggota Kumpulan Estranged, Andy dan Din.

Pada majlis itu, Farhan bertindak sebagai pengapit Velvet manakala Rich diapit oleh rakan sekolahnya dulu.

Bapa pengantin lelaki, Datuk Lawrence Gimbang juga tidak melepaskan peluang mendedikasikan sebuah lagu duet romantis yang disampaikan bersama Farhan kepada pasangan pengantin.

Selain Farhan, Felix dan Marsha antara kenalan rapat mempelai yang membuat persembahan. Bagi tidak mengecewakan tetamu, Velvet menyampaikan sebuah lagu sebelum berduet dengan suaminya.

Rich yang mengarang ucapan indah buat isterinya, tidak ketinggalan menghiburkan tetamu dengan beberapa lagu popular Estranged seperti ‘Itu Kamu’ dan ‘Aurora.’

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim.

6 comments:

Si Katak Hodoh said...

Selamat Pengantin Baru Buat Rich & Velvet.

Sebagai peminat, doakan ja mereka bahagia :-)

SciaS said...

Hairan bin ajaib..mau kahwin pun..dirahsiakan..kalo Mariah Carey yg rahsiakan perkahwinan..boleh lagi sy terima sbb faham2lah kalo di sana..beratus paparazi mengambil gambar

Adalah nanti peminat diorang ni hentam sama saya hehehe

Tapi sebenarnya, ada kisah disebalik perkahwinan dorang ni...tidak berani saya cakap di sini tapi ada kaitan dengan 'bilangan jemputan'...lu pikirlah sendiri :)

dBOSfm said...

Yupp...ada juga sya dengar2 mcm tu...maklumlah kan tmpat mcm tu kena had2 bah 'quantity' :).

Mcm sya faham2 pula tujuan durang tdk gembar gembur...but it would b nicer if they invite at least one media :)

Anonymous said...

semua ni hak Rich dan Velevt...

tapi status 'public figure' dorang ni yg perlu dorang infrom juga sama media...indak payah jemput bilang saja private function paham la bah diaorang media tu..

bahaya ni untuk golongan artis buat mcm ni..kalau kena boikot!..

anyway congrats to Rich & Velvet....'ITU KAMU!'

AdingEMP

SciaS said...

Indeed!
Diorang tu celebrity. Who are they without the media? Salah langkah diorang ni hehehe

Nways, congrats to both of them and wishing them all the best in the future!

Pirut said...

macam2 kan? sa cuma tau bila sa check durang punya photographer rasmi [jofana bridal] punya blog tu.. :)