Best saya bilang ko...kena rock tempat-tempat menarik di Sabah! Tapi sayang sikit tiada shoot dari udara part yang di 'Tip of Borneo' tu..mahal kali mo sewa helikopter Sabah Air :(.
6 Aug 2011
Video Muzik: Borneo (Estranged)
Best saya bilang ko...kena rock tempat-tempat menarik di Sabah! Tapi sayang sikit tiada shoot dari udara part yang di 'Tip of Borneo' tu..mahal kali mo sewa helikopter Sabah Air :(.
13 Apr 2011
Tersegar Dari Estranged
KRU menguasai TV pula ;=)
Mula-mula muzik, kemudian filem dan sekarang khabarnya KRU bakal menguasai TV pula. Sebagai langkah pertama mereka telah melancarkan KRU-TV secara rasmi, sebuah saluran TV yang boleh diikuti melalui platform www.tonton.com.my.
Lagu tema kiamat 2012 dari Britney Spears
Britney Spears has just released a new single called "Till World Ends". Could this be the theme song for the highly anticipated apocalypse next year?? hehe...
Tu dia..saya ingatkan dia berpakaian ala-ala 'nun' sambil menyeru orangramai sembahyang dan berdoa ;=).
Dan sebut pasal lagu tema ni, saya masih ternanti-nanti lagu tema rasmi untuk Sukan Olimpik 2012 di London. Laporan terbaru bilang kumpulan Coldplay bakal diamanatkan menyanyikan lagu tersebut yang diberi jodol "Welcome Song". Hebatnya persiapan London untuk Olimpik 2012 ni, dilaporkan semua venue sudah siap sepenuhnya and just waiting for the big moment. Bukan macam Commonwealth Games di India dulu, 1 minggu lagi akan bermula belum habis lagi kerja-kerja menyusun batu bata di lantai stadium.
12 May 2009
Papa Rich and Mama Velvet
Rich tidak kisah persepsi orang terhadap anaknya Joshia Richael Gimbang
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
TARIKH 1 Mei menjadi satu tarikh yang cukup bermakna buat pasangan Rich dan Velvet apabila mereka menyambut kelahiran permata sulung mereka, Joshia Richael Gimbang.
Bayi lelaki seberat 3.1 kg itu dilahirkan secara normal kira-kira pukul 10 pagi di salah sebuah hospital swasta di Sabah.
Kelahiran Joshia pasti akan mengundang cakap-cakap yang kurang enak daripada pihak-pihak tertentu, apatah lagi pasangan itu baru saja mendirikan rumahtangga sekitar Disember tahun lalu.
Namun, sebagai ayah muda, Rich enggan mengulas lanjut tentang perkara itu. Kata Rich, dia tidak kisah apa saja pandangan orang tentang kelahiran Joshia.
"Saya rasa, saya tidak perlu memberikan apa-apa penjelasan dan berharap semua orang memberikan sokongan kepada saya dan Velvet kerana kami baru membina sebuah keluarga," luah Rich ketika dihubungi hari ini.
Bercerita tentang detik Joshia dilahirkan, tutur vokalis kumpulan Estranged ini, dia akui perasaan gembira itu cukup sukar untuk dijelaskannya.
"Apabila sudah menjadi bapa, ia memberi satu pengalaman baru buat saya. Saya berasa gembira dan sangat terpegun kerana selama ini saya hanya mendengar orang lain bercerita tentang pengalaman mendapat bayi dan menjadi seorang bapa.
"Jadi, kali ini, saya benar-benar dapat merasainya. Ternyata pengalaman sebenar dan apa yang diceritakan adalah berbeza," kata Rich dalam nada ceria.
Ditanya tentang keadaan Velvet ketika ini, kata Rich, isterinya yang juga merupakan finalis Akademi Fantasia musim keempat itu berada di dalam keadaan baik dan sihat.
Rich juga sempat berkongsi tentang keadaan bayi sulungnya itu.
"Joshia mempunyai wajah mirip Velvet dan bercampur sedikit dengan iras wajah saya," katanya.
Rich yang sedang menguruskan pendaftaran sijil kelahiran Joshia berkata, dia mungkin akan menghabiskan masa selama tiga bulan untuk membesarkan anaknya itu bersama Velvet di rumah mereka di Penampang, Sabah.
"Tetapi jika ada 'show', saya akan balik Kuala Lumpur...kena berulang-alik lah," tuturnya.
No matter what's been said, the most important thing is the newborn baby...kan!
11 Dec 2008
Media tertipu (?)
Oleh Norhadiani Baharom
Harian Metro
SELAMA ini mereka terbuka membicarakan soal cinta dan mengakui mahu menamatkan percintaan dua tahun itu dengan ikatan perkahwinan.
Malah, keterbukaan vokalis kumpulan Estranged, Richael Datuk Lawrence Gimbang, 26, dan Velvet Lawrence Aduk, 21, cukup disenangi peminat serta kebanyakan teman media kerana mereka bukan spesies artis yang hipokrit.
Disebabkan itu, ramai terkejut dan terkilan dengan tindakan pasangan ini merahsiakan perkahwinan mereka pada 5 Disember lalu, di Shangri-La Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu, Sabah.
Bahkan, wartawan Berita Harian yang sudah berada di lokasi tidak dibenarkan membuat liputan.
Mengimbas kembali siaran artikel bertajuk Rich, Velvet Kahwin 2009 menerusi sisipan Rentak Artis Popular (RAP) di Harian Metro pada 31 Oktober yang lalu, Rich menafikan akan berkahwin hujung tahun ini sebaliknya menyatakan kesediaan mendirikan rumah tangga pada 2009.
Antara petikan artikel berkenaan, Rich mengakui ada perancangan untuk berkahwin, tetapi bukan pada November seperti yang diuar-uarkan.
Malah, mengakui belum ada sebarang tarikh ditetapkan.
“Saya dan Velvet belum sempat berbincang mengenai tarikhnya kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.
“Lagipun, masa tidak begitu sesuai sekarang untuk membincangkan hal itu memandangkan Estranged masih dalam rangka promosi album kedua, Remain Unknown.
“Sebab lain, saya belum cukup wang untuk berkahwin. Bagilah saya peluang cari duit banyak-banyak dulu dan bila tiba saatnya nanti, pasti perkara baik ini akan saya kongsi bersama media dan peminat,” katanya.
Kenyataan itu jelas membuktikan kata-kata Rich bercanggah dengan tindakannya. Jika mahu menjaga ruang ‘privasi’ apakah wajar menipu pihak media.
Difahamkan, Rich dan Velvet terpaksa menyorokkan perkahwinan mereka atas permintaan keluarga masing-masing.
Datin Natasha Hudson pernah melakukan perkara sama, apabila merahsiakan perkahwinannya dengan usahawan dan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari tahun lalu.
Kesan tindakan itu, Natasha seperti dipulau selama setahun oleh media kita. Apakah Rich dan Velvet tidak mengambil pengajaran daripada kes yang pernah berlaku kepada artis lebih senior sebelum ini?
Rich dan Velvet tidak seharusnya berdolak-dalih mengenai perkahwinan mereka. Jika enggan mengundang pihak media sekalipun, jelaskan saja sebabnya demi menghormati permintaan keluarga. Dalam hal ini, pihak media sudah semestinya memahami situasi mereka.
Sementara itu, Solihuddin Hormat (Din) selaku pemain gitar rhythm Estranged, mewakili Rich memohon maaf sekiranya ada pihak terasa dengan perkahwinan rahsia Rich.
“Saya mewakili Rich dan Estranged meminta maaf seandainya perkahwinan sahabat saya itu membuatkan wartawan berkecil hati.
“Kami sendiri tidak bermaksud merahsiakan hal ini tetapi sebagai kawan kami harus menghormati permintaan Rich yang enggan perkara ini diperbesarkan.
“Segala keputusan yang dilakukannya di luar bidang kuasa kami. Apapun saya mendoakan kebahagiaan Rich dan Velvet hingga ke anak cucu,” katanya.
Sementara pemain dram Estranged, Azwin Andy Abdul Malik atau Andy, yang turut menjadi saksi perkahwinan Rich dan Velvet berharap mereka tidak ‘banned’ hanya disebabkan perkahwinan rahsia itu.
“Soal perkahwinan, rumah tangga adalah hak peribadi mungkin disebabkan itu Rich enggan menghebahkannya. Saya pasti, Rich terpaksa melakukan keputusan ini kerana menghormati permintaan keluarga.
“Walau bagaimanapun saya ingin ucapkan tahniah. Velvet yang saya kenali sebagai seorang gadis yang baik dan sebagai kawan saya mengharapkan Rich akan sentiasa bahagia, melayari rumah tangga dengan baik dan berkekalan hingga akhir hayat,” katanya.
Sepintas coretan mengenai majlis perkahwinan mereka Jumaat lalu, Rich dan Velvet yang dipertemukan menerusi program realiti Akademi Fantasia 4 (AF4) pada 2006 melafazkan ikrar perkahwinan tepat jam 4.30 petang, di taman berhampiran ballroom Shangri-La Tanjung Aru Resort.
Pada sebelah malam pula, sebuah majlis resepsi diadakan di hotel sama dan antara artis yang hadir i Farhan (AF4), Marsha (AF3) dan Felix Agus (AF3), selain anggota Kumpulan Estranged, Andy dan Din.
Pada majlis itu, Farhan bertindak sebagai pengapit Velvet manakala Rich diapit oleh rakan sekolahnya dulu.
Bapa pengantin lelaki, Datuk Lawrence Gimbang juga tidak melepaskan peluang mendedikasikan sebuah lagu duet romantis yang disampaikan bersama Farhan kepada pasangan pengantin.
Selain Farhan, Felix dan Marsha antara kenalan rapat mempelai yang membuat persembahan. Bagi tidak mengecewakan tetamu, Velvet menyampaikan sebuah lagu sebelum berduet dengan suaminya.
Rich yang mengarang ucapan indah buat isterinya, tidak ketinggalan menghiburkan tetamu dengan beberapa lagu popular Estranged seperti ‘Itu Kamu’ dan ‘Aurora.’
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim.
11 Oct 2008
Velvet & Rich kahwin Disember?
25 Jun 2008
Estranged - bakal jelajah Indonesia

Penggemar-penggemar Estranged di Pulau Nunukan dan Sulawesi...kok kalian usah khuatir! Bisa ketemu juga. Irian Jaya? Belum konfirmasi lagi. Sabar dong!
30 Jan 2008
AJL 22 - "Itu Kamu"
Well...ermm..actually i'm not quite in favour of them singing two verses of the song (including the intro) in 'slow motion' but overall it's very impressive especially when it's accompanied by live orchestra.

