16 Nov 2009

Pesta Jagung - Suzie Ann Soleten

Baiklah para hadirin sekelian kita teruskan saja konsert The Best of Sabah kita kali ini, kalau sebentar tadi kita telah mendengar sebuah lagu sentimental dari Suzie Ann, apa kata kita menjemput Suzie Ann sekali lagi dengan sebuah lagu yang dituju khas buat orang-orang Kota Marudu. Ada siap-siapa dari Kota Marudu di sini?! Sila angkat tangan! Haa..ada pun. Terimalah dari beliau sebuah lagu yang telah menjuarai pertandingan mencipta lagu Pesta Jagung Kota Marudu 2008...lagu yang diberi jodol...bukan Pesta Kelapa...bukan Pesta Kobis...bukan juga Pesta Sosopon...tapi sudah tentunya...Pesta Jagung!





Haaa...tu dia! Hebat tidak?...mana tepukan!? Tepuklah sikit...sungguh menarik lagu tadi, betul-betul membuatkan saya kepingin makan jagung...taaapun!

Perak TV!

Hebatnya Perak sudah ada TV sendiri, Sabah ni bila lagi.

Perak TV sumber berita terbaru rakyat – MB

IPOH 14 Nov. – Seluruh rakyat negeri ini boleh mendapat pelbagai maklumat lebih tepat mengenai perkembangan dan aktiviti kerajaan negeri menerusi Perak TV yang diwujudkan oleh agensinya, K Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, siaran Perak TV boleh ditonton di 300 lokasi tumpuan termasuk perkampungan luar bandar mengenai pelbagai usaha pembangunan yang dilakukan oleh seluruh jentera pentadbiran kerajaan negeri. Full report

0 comments: