Walaupun hanya memuatkan tujuh trek saja (lima trek single penuh dan dua trek re-mix)album milik Connie Mickey Jangki ini bolehlah dikatakan memuaskan hati. Kepelbagaian konsep lagu yang ditampilkan membuatkan saya tidak bosan mendengarnya. Selain lagu-lagu pop etnik sepertimana kebiasaannya dalam album-album tempatan lain, album ini juga menyelitkan sebuah lagu berkonsepkan 'laid back acoustical guitar' seperti yang ditampilkan dalam lagu berbahasa Melayu bertajuk Melodi Santai. Istimewanya juga album ini ialah bila sebuah lagu Mandarin turut dimuatkan. Kepelbagaian diteruskan dengan memuatkan dua buah lagu re-mix, Mirage Mix untuk lagu Nulu Kinabalu dan Ethnic Mix untuk lagu Sinding Tokou. Dengan adanya dua buah lagu re-mix ini sekurang-kurangnya membuatkan saya berasa segar menikmati album ini. Lebih-lebih lagi bila mendengar DJ berbahasa Dusun 'ber-DJ' ala-ala DJ di Club. Kalaulah ada DJ macam tu di stesen radio kita...hari-hari saya dengar ;-).
1. Nulu Kinabalu
2. Piginawaaan Aiso Dit Kotutukon
3. Xiang De Ai Ren Shi Jui Ai De Ren
4. Sinding Tokou
5. Melodi Santai
6. Mirage Mix Nulu Kinabalu
7. Ethnic Mix Sinding Tokou
Artikel berkaitan (klik sini).
0 comments:
Post a Comment