29 Dec 2011

Jemputan Menyertai Carta Lagu

Utara-FM menjemput artis-artis Sabah (err..infact siap-siapa saja yang ada lagu) menyertai program carta durang yang dikenali sebagai "Carta 20 Lagu Orang Sabah Saja @ UFM".

Butiran lanjut...

INTRO

Dahulunya lebih dikenali sebagai ‘Carta 10 UFM Lagu Tempatan‘ dan kini kembali sebagai ‘Carta 20 Lagu Orang Sabah Saja @ UFM‘ yang menampilkan 20 buah lagu tempatan terbaik setiap minggu. Pencalonan dan pemarkahan dibuat berdasarkan undian para pendengar menerusi Facebook, laman web, dan kekerapan lagu dimainkan di Utara.FM. Carta ini adalah untuk menilai populariti lagu semata-mata, bukan untuk menentukan senarai lagu terbaik.


OBJEKTIF

-Memberi ruang bagi penggiat seni muzik tempatan Sabah untuk mengetengahkan lagu-lagu ciptaan mahupun nyanyian mereka.

-Bagi memartabatkan industri muzik tempatan Sabah sekaligus memberi pengiktirafan kepada karyawan muzik tempatan Sabah khususnya golongan komposer dan penulis lirik.

-Menjadi medium pemasaran dan semestinya ingin memperkenalkan kepada dunia mengenai Sabah dari segi budaya dan para pengamalnya.

-Untuk membuktikan bahawa lagu-lagu yang dibawa nasyid juga sebenarnya mempunyai nilai tersendiri di kalangan masyarakat.

-Untuk membantu mempromosikan lagu artis-artis tempatan Sabah sejajar dengan tujuan penubuhan Utara.FM iaitu untuk membantu mempromosikan artis-artis tempatan Sabah di samping menjadi penyampai info-info terkini Sabah.


TERMA & SYARAT PENCALONAN CARTA 20 LAGU ORANG SABAH SAJA

-Terbuka kepada orang Sabah yang memilik lagu yang dicipta dan dinyanyikan sendiri.

-Bagi lagu secara individu – Merupakan anak jati Sabah;

-Bagi lagu yang dibawakan secara duet – Antara satu penyanyi tersebut merupakan anak jati Sabah;

-Bagi lagu yang dibawakan secara berkumpulan atau band - 1 atau 2 ahli kumpulan tersebut haruslah merupakan anak jati Sabah.

-Pencalonan lagu untuk dipertandingkan TIDAK PERLU memiliki release date.

-Maksud release date (tarikh dikeluarkan): Album dalam bentuk fizikal (physical album) – Tarikh di mana kesemua lagu dalam album tersebut dikeluarkan untuk penjualan secara umum.

-Carta ini TIDAK terhad kepada genre dan bahasa. Asalkan dibawakan oleh warga tempatan Sabah.

-Penerangan: Pertandingan ini juga menggalakkan indie bands untuk mempertandingkan lagu mereka. Bahasa juga bukan menjadi satu isu untuk dipertandingkan dalam Carta 20 Lagu Orang Sabah Saja Utara.FM.

-‘Cover version’ TIDAK akan dipertandingkan ke dalam Carta 20 Lagu Orang Sabah Saja.

-Maksud ‘Cover Version’ adalah merujuk kepada mana-mana lagu yang dinyanyikan kembali. Contoh: Lagu ‘Christina Perri – Jar of Hearts’ dinyanyikan kembali oleh Oyen HM.

-Semua lagu yang telah dihantar untuk dipertandingkan dalam Carta 20 Lagu Orang Sabah Saja sekaligus memberi hak bagi pihak Utara.FM untuk memainkan lagu tersebut di Utara.FM dan semasa menjalankan aktiviti luaran (bukan maya) Utara.FM. Pihak Utara.FM tidak akan menyebarkan lagu tersebut kepada pihak lain melainkan DJ-DJ di Utara.FM sahaja agar lagu tersebut dapat dimainkan di Utara.FM.

-Sila baca dan fahami terma & syarat pencalonan lagu ke Carta 20 Lagu Orang Sabah Saja di Utara.FM sebelum anda menyertainya. Semua pihak yang menyertai Carta 20 Lagu Orang Sabah Saja di Utara.FM akan diklasifikasikan sebagai telah membaca, memahami dan bersetuju sepenuhnya dan terikat dengan Terma & Syarat Carta 20 Lagu Orang Sabah Saja di Utara.FM.

-Kegagalan Utara.FM untuk menguatkuasa mana-mana peraturan-peraturan dalam apa jua keadaan tidak akan memberi sebarang tuntutan hak kepada mana-mana individu.

-Carta 20 Lagu Orang Sabah Saja akan sentiasa mengalami pembaharuan dari sudut pengiraan markah dari semasa-semasa sekiranya terdapat perubahan yang berlaku. Jika terdapat sebarang cadangan atau idea yang dirasakan relevan untuk menambahbaik Carta 20 Lagu Orang Sabah Saja, perubahan juga akan dilaksanakan.

-Sila hantarkan lagu yang anda ingin calonkan untuk dimasukkan ke dalam Carta 20 Lagu Orang Sabah Saja ke djsumandak@gmail.com dengan menyertakan maklumat seperti berikut. Sekiranya maklumat yang diberikan adalah palsu, secara automatik, penyertaan anda akan dibatalkan.

Nama:
Asal (Daerah):
Tajuk Lagu:
Penyanyi/Kumpulan:
Tahun Lagu Tersebut Dikeluarkan (release date)
Tajuk Album (jika ada):
Pencipta Lirik:
Komposer:
Nota – Pastikan anda menghantar lagu anda dalam format .mp3/.wma/.wav sahaja.

CARA-CARA MENGUNDI

-Undian dibuka di blog DJ Sumandak - http://www.sumandak.net & Fan Page - https://www.facebook.com/pages/Carta-Top-20-Lagu-Orang-Sabah-Saja-UtaraFM/332140186798011

-Anda boleh mengundi seberapa banyak di blog DJ Sumandak (www.sumandak.net).
Pencalonan terbaru juga dibuka untuk para pendengar mencalonkan lagu yang diminati mereka.

-Senarai lagu yang ada bukanlah pilihan DJ Sumandak atau DJ DJ Utara.FM. Semua lagu adalah berdasarkan permintaan lagu yang dibuat oleh para pendengar di UtaraFM, dan lagu-lagu yang dihantar oleh penyanyi atau tuan punya lagu tersebut untuk diputarkan di Utara.FM

...gituuu...so tunggu apa lagi

*alamak..terus teringat mo update carta lagu dbos-fm..hehe*

**************************************


Video muzik baru keluar dari oven kah this? (published on the 26 Dec)



Why do I feel this singer is kind of under rated..I enjoy listening to her song

0 comments: