Showing posts with label Dayang_Noraini. Show all posts
Showing posts with label Dayang_Noraini. Show all posts

15 Mar 2010

Album Sulung Selepas 12 Tahun


AKHIRNYA, termakbul juga impian dan hasrat Dayang Noraini untuk melahirkan album solo yang pertama. Penyanyi berusia 36 tahun ini tidak pernah jemu menunggu hampir 12tahun untuk menghadiahkan yang terbaik buat peminat dan pendengar setianya. "Sebenarnya, saya sentiasa aktif dalam dunia seni, terutama membuat persembahan di majlis makan malam...cuma untuk mengeluarkan album itu mengambil masa disebabkan oleh banyak perkara. Saya kumpul material sendiri dan bukan senang untuk melakukannya. Kadang-kadang, ada orang yang hantar lagu, kita tak suka, dan begitu juga sebaliknya. Tetapi berkat usaha dan pengorbanan saya, maka lahirlah album solo ini bagi memuaskan hati para pendengar dan rakan-rakan peminat yang tidak pernah berhenti bertanya selama 12 tahun ini, `Bila Dayang akan muncul dengan album solo?'. Jadi, inilah hadiah saya buat mereka semua," jelas juara Sinaran Pasport Kegemilangan musim ke-6 itu yang ditemui semasa pelancaran albumnya itu baru-baru ini.

Namun, Dayang Noraini mengakui yang dia pernah hampir berputus harapan dan ingin meninggalkan dunia seni. Katanya: "Sekarang saya. sudah memiliki album ini. Dahulu ia hanya sekadar satu impian. Tetapi, pernah satu ketika, saya merasakan bahawa mungkin tiada nasib dan ruang bagi saya dalam dunia seni ini dan saya perlu berhenti menyanyi dan fokus kepada perkara lain yang saya lakukan pada masa itu. Akan tetapi, apabila sesuatu itu sudah sebati dengan diri seseorang, memang sukar untuk meninggalkannya. Saya masih mendapat jemputan untuk membuat persembahan. Jadi, sedikit demi sedikit, saya mengumpul lagu dan pada mulanya, ia hanya untuk koleksi peribadi. Saya tidak ingin meletak harapan terlalu tinggi. Bila saya sudah kembali ke Sabah, saya nampak peluang itu...saya masih dapat melakukannya (menghasilkan album)."

Kepada satu soalan, Dayang Noraini menjawab: "Kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dengan dunia seni, perkara pertama yang perlu mereka lakukan ialah mengetahui kemampuan dan keku atan diri sendiri. Jika anda mahukan sesuatu,terus berusaha untuk memperolehinya." Antara cabaran utama yang dihadapi oleh Dayang Noraini dalam menghasilkan album pertama ini ialah pembahagian masa. Dia bukan sahaja seorang penyanyi, malah juga seorang guru di SK Inanam 2 dan ibu kepada tiga orang cahaya mata."Pembikinan album ini mengambil masa yang lama, dan cabaran terbesar bagi saya ialah masa. Susah juga bagi saya untuk membahagi masa saya. Sebagai seorang penyanyi, guru, isteri, ibu dan juga rakan...saya pernah terputus hubungan dengan rakan-rakan saya sebab saya menumpukan perhatian kepada anak-anak saya. Rakaman album biasanya dibuat selepas saya habis mengajar. Saya akui ia memang sangat memenatkan. Selain itu, saya juga mencuri masa untuk bersenam untuk meningkatkan tahap kecergasan. Walau apa pun yang sudah saya lakukan, ia memang berbaloi," jelas penyanyi kelahiran Kota Kinabalu ini.

Albumnya yang berjudul Dayang Noraini, mempertaruhkan enam buah lagu berbahasa Melayu. Tiga buah lagu — Hipo Hipokrit, Sesayup, dan Kelawar 0' Kelawar — adalah berentak progresif rock; manakala tiga buah lagu lain berentak balada — Kau Tak Akan Pernah Tahu, Selamat Ulangtahun Mu, dan Demi Dekat Padamu. Semua lagu dalam album ini merupakan basil karya komposer dan penulis link tempatan seperti Ku Sham, Rafiqa Roslee, Zaira, Emmelyne Forman, Manan Ngah, dan juga Dayang Noraini sendiri.

Pada malam pelancaran album itu, Dayang Noraini tidak menghampakan para peminat yang datang untuk memberi sokongan kepadanya. Dia mempersembahkan enam buah lagu — empat buah lagu dari albumnya dan dua buah lagu berbahasa Inggeris. Mungkin disebabkan oleh pengalaman luas dalam membuat persembahan live dengan kugiran dan orkestra membuatkan Dayang Noraini begitu mesra dengan para peminat dan pergerakan di atas pentas juga lincah dan tidak terbatas. Persembahannya dimantapkan lagi dengan iringan kumpulan pemuzik yang cukup berbakat, Body & Soul dan juga kumpulan penyanyi latar yang membuai penonton dengan gerak badan yang mengasyikkan, Soul Singers. Katanya dengan penuh emosi: "Saya berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong saya selama ini, terutama kepada pengurus saya, Roslee (suami kepada Dayang Noraini), yang telah menaruh sepenuh kepercayaan kepada saya, dan juga pihak produksi album, klip video dan juga pihak media. Sekali lagi, saya ucapkan tenma kasih."

Kredit; Ricardo Unto (Hiburan Daily Express)

25 Feb 2010

Dayang To Launch Album

Another artiste to launch her album soon.


And let's take some history lesson.


Looks like the TV3 singing contest she won was actually in 1998 and not in 1996 as I've said before *LOL*...sorry not very good in history.

Credit: New Sabah Times

22 Jan 2010

Lagu Dari Bekas Juara

Mari kita dengar dua buah lagu ini dari bekas-bekas juara pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan. Pertama lagu dari bekas juara Bintang RTM, dengan lagunya berkonsepkan R & B berjudul Kasih.

Rey - Kasih









Amacam? Ada lenggok R & B juga kah? Pakar R & B sila komen sikit!

Ini pula lagu dari bekas juara Sinaran Passport Kegemilangan Musim 6 (1996), Dayang Noraini. Mungkin ada yang ingat-ingat lupa, terlampau lama juga dia bertapuk kan! She made quite a big impact back in 1996, mana tidak belum-belum lagi lagu Menghitung Hari (Kris Dayanti) sampai di Malaysia sudah dia nyanyi tu lagu dengan penuh feeling masa final pertandingan (Kris Dayanti pun orang Malaysia belum kenal masa tu). KD with her Menghitung hari only reached Malaysia a couple of months later, after Dayang Noraini introduced that song. So KD kena sembah ratu sama dia ni (hehe). Saya tercari-cari juga video Menghitung Hari masa pertandingan akhir tu di YouTube tapi tiada orang upload mengkali. Anyway here's her single entitled Kelawar. Kalau ndak silap, this single was released way back in 2004 (or was it 2005) tapi mengkali terlampau kena copyright control sampai tiada jual di pasaran (saya dengar melalui X-Fresh FM ja). Take a listen versi "sikit aja tau" ;-).

Dayang Noraini - Kelawar