Showing posts with label Lotter. Show all posts
Showing posts with label Lotter. Show all posts

18 Jul 2009

The Divine Masters : Jelajah promosi album

The Divine Masters akan mengadakan jelajah promosi album sulung mereka di beberapa buah tempat di seluruh Sabah bermula 31 Julai.







15 Jul 2009

7K Run, meet The Divine Masters

The Divine Masters a.k.a The Edwin Brothers (matilah The Jonas Brothers ada pesaing dari Membakut) will be promoting their debut album at the 7K Run this Friday.


What happen to the spelling with apostrophe (The Divine Master's)? Oops....

P/s: I'm actually avoiding big massive event as this one due to the silaka-ikan-masin-swine flu. Probably I just stop by Sutera Harbor with a surgical mask on my face, get myself a copy of their album, shakehands with the group and rush back home...hehe.

1 Jan 2009

The Divine Masters di Concert Countdown KK

Kumpulan Lotter and brothers - The Divine Master, tampil membuat persembahan di konsert "KK City Countdown Concert 2009"

Di Sampingmu


Singing Fell In Love and She's Gone. An attention-seeking guy managed to get on the stage (minute 0:54)....peminat fanatik kah ni? Hehe)


Another performance Merpati tidak terakam (kena putunglah gaji saya ni)

26 Dec 2008

The Divine Masters


ADA yang beranggapan naib juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Lotter sudah tenggelam dek dihanyut arus deras kemunculan banyak muka baru dalam program realiti sama. Nampaknya tanggapan itu nyata tersasar.Anak muda berusia 26 tahun itu tidak hilang seperti disangka, sebaliknya dia masih melunaskan tanggungjawab sebagai anak seni walaupun penglibatan dirinya masih boleh dibilang dengan jari.Tidak mudah melatah dengan nasib kurang menyebelahi dirinya, Lotter tetap mahu menyanyi sambil menghibur jiwa peminat yang selama ini menyokong kariernya.Diam anak sulung daripada enam beradik ini rupa-rupanya bukan kosong, sebalik terisi dengan kemunculan The Divine Masters (TDM), sebuah kumpulan berpaksi kepada alunan irama rock alternatif.

Kalau Lotter nekad membuat keputusan itu, barangkali ada kata-kata sinikal yang mengaitkan pemilik nama lengkap ini, Lotter P. Edwin Edin berjauhan hati dengan keadaan kurang membahagiakan diri.

"Saya bukannya merajuk atau kecewa seperti yang diuar-uarkan sesetengah pihak sebelum ini. Saya ada saja di sini teruskan kegiatan seni, cuma undangan nyanyian tidaklah sebanyak seperti waktu awal melangkahkan kaki keluar daripada AF4.Banyak masa dihabiskan di kampung halaman di Mambakut, Sabah sambil sesekali mengadakan pertunjukan pentas, lalu merencana masa depan untuk membawa haluan diri ke tahap lebih baik. November tahun lepas kontrak saya bersama Maestro Talent and Management tamat. Lantas sekarang dengan rasminya saya keluar daripada pihak pengurusan itu. Buat masa ini, saya menguruskan kerjaya sendiri sambil dibantu oleh makcik yang juga merangkap pengurus saya," ungkap Lotter ketika hadir di pejabat Utusan.

Dek cinta terlalu mendalam terhadap bidang muzik, Lotter mengambil inisiatif mewujudkan TDM agar jiwa yang masih bergelora kepada lapangan seni dapat diteruskan, tanpa perlu menjadi mimpi di siang hari.Paling menarik, Lotter yang memegang takhta sebagai vokalis sebenarnya mengundang tiga adiknya; Lister berusia 24 tahun, Luther, (23) dan Leill Petrus Edwin Edin (18) yang mempunyai skil bermain alat muzik untuk bergabung, lantas meredah onak cabang seni yang tidak berkesudahan.

Menurut Lotter, sebulan selepas mengucapkan salam perpisahan dengan Maestro, dia terus menubuhkan TDM yang dilihat berpotensi untuk mara ke depan apatah lagi grup ini bukan sembarangan sebaliknya dianggotai ahli keluarga sendiri.

"Disember tahun lepas, saya dan adik-adik sebulat suara menubuhkan TDM. Impian untuk satukan kami adik-beradik sebenarnya sudah lama singgah dalam fikiran, malah rancangan itu sudah ada sebelum saya menyertai AF4 lagi. Saya dapat idea untuk ada kumpulan sendiri sebab adik saya pandai bermain alat muzik. Kami sememangnya menggemari muzik sejak dari kecil lagi, ditambah ada juga yang pandai gubah lagu. Pada mulanya hanya saya dan dua adik lain, Lister serta Luther saja yang tersenarai untuk menyertai kumpulan ini disebabkan Leill masih bersekolah.

"Setelah saya keluar AF4, Leill tamat persekolahan. Dia juga berbakat di dalam bidang muzik, jadi tiada salahnya untuk saya mengajak dia sekali sertai kumpulan kami. Dari situlah timbulnya cerita untuk kami empat beradik ini bersatu. Justeru, kalau ada yang cakap saya tubuhkan TDM selepas keluar AF4 dan sebab nasib saya kurang baik dalam bidang nyanyian, itu memang salah dan tidak benar sama sekali. Saya menghabiskan tempoh hampir setahun untuk membuat latihan rapi terhadap vokal dan mengajar adik-beradik saya berdepan dengan orang ramai termasuk para media," jawab Lotter sambil diperhatikan tiga adiknya yang ternyata kagum dengan kepetahan si abang menjawab soalan.

Bercakap tentang relevan nama TDM, Lotter menerangkan bahawa ia memberi pengertian terindah yang sukar digambarkan dengan luahan rasa luaran.

"Kami tidak mempunyai sebarang asas atau pelajaran tentang muzik. Jadi kami sekadar mencampurkan segala bunyi-bunyian ke dalam muzik yang ingin kami ekspresikan. Dengan bakat tidak seberapa yang kami miliki, TDM dapat menjalankan eksperimen untuk menghasilkan karya bermutu meski kami tidak pernah menghadiri sekolah berkaitan muzik secara professional. Itulah matlamat utama kami menceburkan diri dalam bidang seni suara," akui Lotter.

Enggan menoleh belakang, sebaliknya Lotter bersama tiga darah dagingnya itu menyetujui untuk bergandingan dalam TDM.Mereka menata konsep berbeza dengan grup lain sedia ada di Malaysia, iaitu rock alternatif, namun digarap mengikut acuan rentak Sumazau.

"Itu boleh dikira sebagai keistimewaan TDM selain menampil adik-beradik dalam satu kumpulan muzik sama. Kami sengaja suntik elemen etnik dalam garapan muzik disebabkan mahu memperlihatkan pembaharuan. Dengan lirik ditulis dalam bahasa Melayu dan diterapkan irama tradisional, maka kami harap album kami yang bakal dipasar Mac atau April tahun depan akan diterima ramai," mohon Lotter sambil disetujui si adik yang lain.


Bercerita lebih lanjut tentang album yang kini berada dalam nisbah 50 peratus untuk disempurna sebelum benar-benar boleh berlagu bebas di udara, beritahu Lotter, album sulung TDM memuatkan sebanyak lapan buah lagu. Menarik sekali dalam album yang menggunakan bajet sendiri ini apabila tiga bahasa diselit - bahasa Melayu, Inggeris dan Dusun.

Lister yang hanya terdiam mulai mengambil tempat Lotter untuk mengungkap serba-sedikit tentang album yang secara sah bakal menjadi hak milik TDM selang beberapa bulan lagi.

"Lagu yang sudah disiapkan dalam album ini adalah Di Sampingmu, Fell In Love, She's Gone dan Merpati. Lagu-lagu ini dihasilkan sepenuhnya oleh kami serta ia juga mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan termasuk proses rakaman. Kami rakamkan lagu-lagu ini di sebuah studio di Damansara. Pengalaman merakam lagu memang payah pada awalannya, namun lama-kelamaan kami berjaya atasi kesulitan itu. Lagu Di Sampingmu sekarang sudah dimainkan di beberapa stesen radio tempatan. Kami cukup terharu dengan sambutan lagu ini. TDM mahu lakukan yang terbaik dalam usaha mengembang nama kumpulan ini ke tahap lebih atas. Buat masa ini, kami masih belajar banyak perkara untuk memperbaiki taraf TDM.

"Kami berikrar untuk sentiasa dapatkan ilmu baru, lantas ia dapat diaplikasi dalam muzik kami," tutur Lister dalam nada cukup bersemangat untuk memacu langkah sebagai anak seni, ibarat Lotter yang terlebih dulu menempuhi tempias glamor sejak dua tahun lalu.

17 Dec 2008

Lotter & The Divine Master - Di Sampingmu

Rupa-rupanya Lotter bersama kumpulannya The Divine Master pun berabis keluarkan single baru. Take a listen on Playlist 1

BEST! BEST! BEST! Mamai suka...*sambil head banging*

15 Sept 2008

Fenomena tersilap

kalau sebelum ini Stacy tersilap, kali ini giliran Lotter pula. Gara-gara masalah sistem bunyi beliau silap masuk rangkap pertama (saya sengaja tidak rakam). Once everything's fixed, tersilap lagi masuk bahagian korus lagu ini seperti yang terakam dalam v/c di bawah.


"Sorry salah tadi" dia bilang....hehe. Luckily not a single soul jeered (setakat yang menonton berdekatan dengan kami lah, tidak pastilah pula penonton di bahagian lain)