6 Jul 2010

Album Sindey Obren

Album yang menampilkan lagu-lagu dalam tiga bahasa (Dusun, Murut dan Melayu) ini memuatkan lima trek kesemuanya iaitu Laangku, Cinta Datang Lagi, Nakatibusu, Unduk Ngadau dan Potulido Daa Ralan Nu. Album ini didatangkan dalam 2 format, VCD (MTV karaoke) dan CD audio (2 dalam 1).



Selain lagu Laangku dan Nakatibusu yang sudah ditampilkan di blog ini, lagu-lagu lain yang memikat pendengaran saya ialah Unduk Ngadau dan Cinta Datang Lagi...let's take a sneak peek :-)

5 Jul 2010

KTV 'Tanak Kampung'

Mari kita cubuk-cubuk sikit KTV lagu Tanak Kampung...sikit aja yerr! Jan kepunan..:)



Fulamak itu pula model Tanak Kampung...caya lah!

2 Jul 2010

UMS KK-FM

Sebuah lagi stesen radio dilancarkan khas untuk penduduk-penduduk Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya. Stesen radio kali ini dikendalikan oleh kampus UMS dan dinamakan KK-FM. Selain daripada staff dan pelajar-pelajar komunikasi, khabarnya Felix Agus juga bakal menjadi salah seorang DJ stesen radio ini :=).



Harap-haraplah pelajar-pelajar yang jadi DJ tu tidak memainkan lagu-lagu MP3 yang di download secara haram atau dirakam dari internet...kekekek...maklumlahkan sekarang ni sumber utama lagu kebanyakannya dari internet. "Ah..apa susah-susah mo beli...cari ja di internet, berlambak tu..downlod ja..kalau nda pun rakam ja pakai software *tooot*" demikianlah suara-suara beberapa mahasiswa..pelajar-pelajar poly yang celik internet yang selalu saya dengar..oops!

P/s: tadi check ni frekuensi 91.1 macam tiada pula.