Album: Pason Di Aki Ku
Artis: Apai (Andrew Poninting)
Edaran: Atama Music Publishing
Rating: 3.5
Don’t judge the book by its cover, begitulah perumpaan Inggeris yang barangkali boleh diguna pakai untuk album Apai (Andrew Poninting). Saya mengatakan demikian kerana semasa menatap sampul album, saya betul-betul menjangkakan lagu-lagu yang dipersembahkan lebih berbentuk
croons seperti lagu “Widuri”, “Mimpi Sedih” dan lagu-lagu lain yang seangkatan dengannya. Rupa-rupanya jangkaan saya meleset bilamana seawal lagu trek pertama lagi, “Pason Di Aki Ku” saya dikejutkan dengan irama
funky.
So this guy actually is hip and funky! Dengan itu juga, saya menampilkan foto beliau mengenakan pakaian
sleeveless yang barangkali dapat menggambarkan serba sedikit imej
hip and funky!
Kalau album beliau yang pertama ada menghidangkan irama,
broadway dan
latin pop (selain dariapa balada) atau lebih tepat barangkali disebut irama
“white music”. Dalam album kali ini lebih diketengahkan irama
“black music”. “Pason Di Aki Ku”, merupakan sebuah lagu berirama
funky yang cukup
catchy dari segi susunan muzik maupun susunan vokalnya. Saya teruja juga sebab kurang menjangka lagu sebegini bakal muncul dalam bahasa Dusun. Susunan harmoni vokal begitu memberangsang sekali. Cuma yang sedikit menggangu, bila
part “scratching” tak begitu menjadi, adakala kedengaran seperti cermin digosok! Selain “Pason Di Aki Ku”, beberapa irama lain,yang mungkin pernah tapi jarang ditampilkan dalam album-album tempatan, juga tidak ketinggalan dipersembahkan. Antaranya irama
blues menerusi lagu “Harabon Blues Tulun Tokou”,
another funky beat dalam “Sinding Dusun Funky”,
jazz menerusi “Lansanonku”,
rock dalam lagu “Jangan Begitu Umandak” dan irama yang saya istilahkan sebagai
soft euro beat menerusi lagu “Ku Cinta Pada Mu” (sebuah lagu duet dengan penyanyi wanita, Enut). Yang selebihnya adalah lagu-lagu dalam genre balada (sentimental). Apai juga merakam semula lagu ciptaannya yang dipopularkan oleh
Wilton Hamdih “Sunudai Oku Koupusan”, perbandingan?
Apai did it very good, tapi saya lebih tersentuh dengan penghayatan dan penjiwaan Wilton.
Secara amnya album ini mendemonstrasikan satu eksperimen dalam usaha penyanyinya membawa lagu-lagu berirama berat yang agak mencabar. Dan dalam proses tersebut ada yang berjaya dilakukan dengan baik dan ada juga yang kurang berjaya (itulah namanya eksperimen). Pembabitan pemuzik-pemuzik dari Poland dan Filipina tidak sia-sia, terutama pada lagu “Pason Di Aki Ku”. Album ini menepati citarasa peribadi saya dan mungkin juga kepada anda yang tiada masalah menerima genre musik sebegini. Yang pasti, lagu-lagu sentimental balada yang terdapat dalam album ini sudah semestinya mampu memikat
audience yang lebih luas untuk memiliki album ini.