30 Jun 2006

Kasturi

29 Jun 2006

Lagi..lagi Velvet Malatops!




Click image to enlarge or alternatively right-click mouse and "save as"

27 Jun 2006

Kempen Afundi Velvet

Ya...mari!..mari!... Afundi Velvet


Hah..macam ni barulah! Satu Penampang boleh nampak...MAlATOOPS!!..syabas Velvet FC.

26 Jun 2006

Velvet - Dikir Puteri



Nasib baiklah juga tidak berpeluh..

Berita-berita hiburan

Atukk!!..slim boh gia sudah muka si Mas, meruncing dagunya (main injek2 mengkali..hehe)



Klik gambar untuk versi besar

Mari tengok video

Mempersembahkan tayangan unggul video movie cereka-irama berjodol Jovitah (versi edit/pendek). Mengisahkan Ming yang ditugaskan mencari bakat-bakat baru dari kampung (gara-gara bakat bandar yang tidak boleh harap, pitching entah ke mana). Maka bermulalah pencarian Ming ke sebuah daerah di pedalaman. Apakah kesudahannya, saksikanlah saja cerita lanjut video movie ini. Siri 2/5, 3/5 dan 5/5 ada di website YouTube (bersiri-siri lagi tu). Klik saja klip video di bawah untuk link ke site YouTube, sampai di sana pandai-pandailah kamurang cari...selamat menonton dan selamat bergembira!



Siri 2/5

Siri 3/5

Siri 4/5

Siri 5/5

25 Jun 2006

These boots are made for walking....

...walking straight out of the academy!

Malang sungguh nasib Zila. Macam belum cukup terseksa berhempas pulas belajar sebutan Inggeris, memahami maksud lagu, menghayati lirik dan mempelajari koreografi lagu tersebut ditambah pula dengan penyingkiran beliau dari akademi. Usaha beliau yang cukup memberangsangkan rupa-rupanya kurang berbaloi. Konsert minggu keempat secara amnya memperlihatkan peningkatan kepada ramai pelajar. Rata-rata para pelajar membawa lagu bertemakan pesta.

1. Velvet – Mungkin dari segi vocal delivery lagu ini agak ringkas, cuma mencabar dari segi kelajuan (tempo) serta lenggok genre aslinya. Namun kesemua ini dapat dilaksanakan dengan baik oleh Velvet. Tidak banyak cacat cela pada persembahan beliau dan dilakukannya dengan hampir-hampir sempurna. Walaupun mengalami sedikit kesemputan, tapi tidaklah ketara sangat.

2. Haziq – Agak terpegun juga dengan persembahan beliau kali ini. Tidak kedengaran suara “terseliuh” atau “terkehel” (sepertimana pada dua persembahan beliau yang lepas). Yang menariknya lagu yang dipersembahkan bukan dari genre lagu asli yang sinonim dengan diri beliau. Tangan masih nampak menggeletar tapi tidak ketara sebab menggunkan mike stand. Lontaran suara dapat dilakukan dengan baik. Persembahan vokal yang terbaik malam itu.

3. Zila – Segala-galanya kelihatan kekok bagi Zila Nampak jelas kurang keyakinan samada dari segi pergerakan dan juga lontaran suara. Penampilan “malu-malu” begitu nampak seolah beliau membuat persembahan macam terpaksa. "Are you ready boots? (let's get out of the academy)!" Lagu ini pada awalnya diberikan kepada Marsha untuk konsert ke 9 AF3, tapi last minit ditukar ke lagu "Ku Pendam Sebuah Duka". Mungkin juga Marsha bakal marches out of the academy dengan boots nya sekali kalau nyanyi lagu ini.

4. Diddy – Persembahan cukup bertenaga dari pelajar AF4 yang berstamina tinggi di atas pentas. Seperti biasa tidak kelihatan semput beliau. Seperti yang pernah saya nyata sebelum ini, tidak ubah seperti lip-sync. Mungkin pengalaman menyanyi di pub Bora Ombak banyak memberi menafaat kepada persembahan pentas beliau.

5. Amirul – Persembahan beliau yang terbaik setakat ini. Banyak menggunakan tarikan suara tinggi. Namun beliau kena perlu mantapkan lontaran suara, terutama semasa pada awal rangkap-rangkap lagu.

6. Farhan – Sekali lagi Farhan mempamerkan kehebatannya. Cukup bersahaja, relaks dan tidak kelam kabut. Beliau tidak terpengaruh dengan kelajuan lagu tersebut, tapi lebih memfokus kepada kawalan suara. Persembahan beliau sering mengingatkan saya kepada penyanyi profesional yang tampil penuh yakin di pentas dan mengawal persekitaran daripada membiarkan persekitaran mengawal diri mereka. Tiada perubahan suara yang lazimnya dipengaruhi oleh kepenatan pada rangkap korus lagu itu yang perlu dinyanyi berulang-ulang. Bak kata Noraniza Idris cara kawalan suara yang cukup baik. Cuma projeksi suara falsetto beliau agak lemah sedikit dan kurang "tajam" (mantap).

7. Faizal – Pengakuan beliau sebagai peminat fanatik Sudirman (seorang penyanyi serba boleh) sedikit sebanyak mempengaruhi usaha beliau menakluki lagu ini walaupun agak sukar justeru boleh melayakkan beliau bergelar penyanyi versatile seperti idolanya. Dari segi persembahan vokal, secara keseluruhan dapat dilakukan dengan baik. Namun showmanship, agak kurang character hip hopnya. Pergerakan kurang kemas dan kelihatan lebih banyak mundar-mandir.

8. Salima – Berjaya juga membawa lagu ini dengan baik untuk versi wanita. Namun ada juga bahagian lagu di mana pitching agak tersasar sedikit.

9. Lotter – Agak terseksa juga Lotter menyampaikan part korus lagu ini yang nyata bernada tinggi sehingga kurang mempromosikan senyumannya. Kedengaran juga beliau terlambat masuk untuk ulangan korus yang ketiga.

Ranking terbaik

1. Diddy/ 2. Haziq/ 3. Farhan/ 4. Velvet n Faizal (seri)/ 5. Salima/ 6. Lotter/ 7. Amirul/ 8. Zilla.

Persebahan vokal terbaik – Haziq
Persembahan terbaik - Diddy

23 Jun 2006

Lotter!...Lotter!...Lotter!









Click clips to enlarge

22 Jun 2006

Rich featuring Estranged

...or Estranged featuring Rich (whatever)

The video clip (courtesy of Estrangedkl)



The band

Estranged was formed in the year 2001 when Rich and Din were students in the International College of Music (ICOM) and soon met up with friends with similar musical interest. The band got their first gig in TwelveSI and since then, participated in various band competitions including the Asian Beat Competition for year 2001 where they finished as 2nd runners-up and later earned their way into a slot for Rock the World, Malaysia’s biggest annual rock festival in the year 2003.

The band also played in various high profile shows including the Asian X-Games (2004), a couple of times for AXN (2003 & 2005), touring with musiccanteen.com, 8tv’s talk show Latte@8 and more.

After 4 months of hard work since the band begun hitting the studios, Estranged finally released their 11 track debut album entitled ‘In Hating Memory’. Mixed by engineer Mr. Norman Rashid and mastered by critically acclaimed, Latin Grammy nominee Mr. Eduardo Garcia. The first single Velocity started receiving constant airplay since June 2005 over major radio stations nation wide.



P/s: Looks like Rich has been here...been there...done this...done that! Probably believe that he still hasn't made much impact! Hopefully he will menuju puncak after much publicity from AF4. Anyway I uploaded two tracks Kembali (this song is equally good if not better than songs from Indonesian band and should be given more air play at least over X-Fresh.FM) and Choclate Syrup!

20 Jun 2006

RICHing out for fame with his band

Extract from " 'Sellout' talk doesn't bother rich"

by Joe Lee - (Malay Mail)

PEOPLE can say what they want but Richael L. Gimbang couldn’t care less. After his elimination in Sunday’s third weekly Akademi Fantasia (AF) concert, the 23-year-old from Penampang, Sabah, knows accusations of ‘selling out’ for moving to mainstream popular appeal will be thrown his way.After all, he was known as an underground rocker."I know it’s going to be an issue for some, and I anticipated it when joining AF."But at the end of the day, it’s all about music. AF provided me a platform to showcase my talent and it allowed me career options," he said.Richael, or better known as Rich, has two albums under his belt - one with his own underground band, Estranged, in 2004, and another with a mainstream rock group Psyklone which he fronted for a self-titled debut effort in 2003. So it may be a tad embarrassing for someone with his experience to hold out in the competition for only three weeks." I only feel sad at having to part ways with the others. It was distressing but I’ve come to terms with it," he said.He is also grateful to his band for allowing him to join AF. "And now that my journey here is over, I will get back with them," he said.Rich said he talked to Maestro Talent & Management on the possibility of roping Estranged for a joint effort.

Penyingkiran Rich telah di rancang??

19-06-2006

04:08:38

PM ZIEMAN

Penyingkiran peserta lelaki pertama dari Sabah, Richael L.Gimbang yang lebih dikenali dengan nama Rich sudah dijangka.Ini menyebabkan konsert ketiga Akademi Fantasia 4 (AF4) yang berlangsung di Dewan Sivik pada tengah hari Ahad lepas berlangsung dengan hambar dan biasa. Dan terkeluarnya Rich bukanlah satu kejutan.Hanya tiga perkara “penting” yang berlaku pada konsert tersebut - persembahan memukau daripada Farhan, komen pedas penuh sinis dari Adlin yang ditujukan kepada Saleem Iklim dan pakaian koboi Salima yang merimaskan.Undi Rich corot - Farhan juara!Rich merupakan pelajar ketiga yang terkeluar selepas dua pelajar wanita, Nora dan Karen. Rich yang mendendangkan lagu Mustika nyanyian M.Nasir menerima undian paling rendah sebanyak tujuh peratus pada konsert tersebut. Sembilan pelajar yang “terselamat” di peringkat ini adalah Farhan, Lotter, Haziq, Velvet, Faizal, Amirul, Zila, Salima, dan Diddy.Penyingkiran Rich sudah dijangka. Pada pusingan minggu lepas, Farhan menjadi peserta paling menyerlah apabila menerima undian tertinggi sebanyak 19 peratus. Pelakon dan aktivis teater, Adlin Aman Ramli bertindak sebagai pengkritik tetap sambil ditemani dua pengkritik undangan iaitu pelakon berpengalaman, M.Rajoli dan penyanyi, Deja Moss. “Teori” kenapa Rich terkeluarBeberapa andaian dan teori telah dibuat mengenai penyingkiran pelajar yang berusia 23 tahun ini.Mungkin Rich kalah undian SMS kerana “keakrabannya” dengan Velvet, peserta wanita yang mempunyai potensi dan masa depan yang cerah di dalam bidang seni suara seperti yang selalu disajikan didalam Diari AF.Ramai yang mengaitkan penyingkiran Rich dengan kritikan pedas Bob di episod yang lepas di mana Bob memberi komen bahawa persembahan Rich yang membawa lagu “Dendang Remaja” yang dipopularkan oleh A.Romzie sebagai “munafik.” Sedikit sebanyak kritikan ini telah menjejaskan peratusan undian Rich. Atau mungkin juga kerana Rich anak Datuk Lawrence, maka dia menjadi “mangsa” dan mendapat badi yang sama dengan Idayu, peserta AF3 musim lepas? Dan pemilihan lagu yang diberi kepada Rich juga tidak banyak membantunya untuk menyerlahkan bakat yang ada padanya.Tapi adakah semuanya dirancang? Persoalan ini bermain dibenak kita kerana tiba-tiba saja Aznil mengumumkan yang Rich akan diberi peluang menonton perlawanan bolasepak World Cup sekiranya persembahan Mustikanya pada malam itu mendapat kad hijau dari ketiga-tiga juri?Dan seperti yang dinyatakan oleh pengacara popular Aznil Nawawi “Adakah ini satu suratan atau kebetulan?” kerana kita sedia maklum bahawa peserta AF tidak dibenarkan membuat sebarang hubungan dengan dunia luar, jadi kenapa tiba-tiba Rich dibenarkan menyaksikan bola? Apakah istimewanya Rich sehinggakan dibenarkan keluar hanya kerana satu persembahan? Rupa-rupanya, kejutan yang besar menanti Rich dan penyokong-penyokongnya. Itulah hari terakhir Rich di AF.

Petikan dari mSTAR online

19 Jun 2006

Perkembangan terbaru Max

OK! Baiklah, memandangkan ada peminat bertanya, saya berikan sedikit sebanyak perkembangan terkini artis tempatan Max seperti yang dimaklumkan kepada saya oleh Max sendiri.

Max kini masih sibuk melakukan rangka promosi album serta K-MTV beliau. Terbaru (iaitu dalam minggu pertama bulan Jun) beliau bersama beberapa artis Sabah telah mengadakan rangka promosi di Ranau dengan kerjasama syarikat telekomunikasi DIGI. Menurut Max kebanyakan rangka promosi bergeraknya adalah hasil tajaan DIGI dan sekaligus juga beliau dikehendaki mempromosi produk-produk DIGI (ala-ala duta DIGI ler tu!). Selain itu beliau juga sibuk mengurus serta mengawal selia beberapa artis baru yang bernaung di bawah production house beliau (seperti Rich - err..bukan Rich AF4!.., Haris, Rosmawati dan Lieca). Mereka ini bakal masuk studio rakaman tidak lama lagi dan sekarang ini sibuk berlatih menghayati lagu-lagu yang bakal dirakamkan dalam album variasi tersebut.

Sesuatu yang menarik lagi menurut Max, ialah beliau bakal muncul sebagai salah seorang artis utama dalam karnival anjuran sebuah yayasan yang akan berlangsung dari 30 Ogos sehingga 16 September 2006 nanti, di Taman Prince Philip Tanjung Aru. Antara artis ternama negara yang bakal muncul dalam karnival tersebut ialah, tak lain dan tak bukan, Siti Nurhaliza.

Kepada peminat beliau yang bertanya tadi, hah..demikianlah serba sedikit perkembangan Max seperti yang disampaikan oleh beliau sendiri kepada saya minggu lepas. Amacam? OK?!!..stay tuned!

Berakhir perjuangan Rich di AF

Kemunculan adik bongsu Salima di pentas sebagai kejutan kepada beliau, pujian “Apam Manis” kepada Velvet dan kempen anti dadah Adlin, merupakan sebahagian daripada rancah Konsert AF minggu ini sebelum akademi mengucapkan selamat jalan kepada seorang lagi peserta dari Sabah,Rich.

Agak terkilan juga bila melihat salah seorang pelajar kegemaran menjadi mangsa undian paling sedikit kali ini. Bukannya kerana Rich berasal dari Sabah, tapi melihat bakatnya, saya tidak keberatan meramal beliau mampu bertahan sehingga minggu keenam. Tapi pada masa yang sama bila dikenang balik keputusan minggu sudah, di mana kedudukan Rich hanya satu paras di atas Karen, nasib Rich seakan sudah boleh dicongakkan. Malang sekali kemampuan sebenar Rich hanya boleh dibuktikan pada Konsert Prelude dengan membawa lagu yang benar-benar “makanannya”. Dua lagu yang diberi kepada beliau pada konsert-konsert minggu pertama dan kedua kurang memberi impak Walaupun lagu Mustika sedikit sebanyak mempamerkan kemampuan beliau, tapi mungkin agak terlambat untuk meyakinkan semula penonton.

Jelas sekali ada pelajar lain yang sepatutnya lebih berhak meninggalkan akademi, sekiranya bakat seni sebenar yang dinilai, namun seperti lazimnya nasib pelajar-pelajar AF semuanya terletak di tangan mereka yang sudi menyedekahkan undi. Mungkin jugakah dua pelajar Sabah yang masih kekal di akademi menerima hikmah disebalik pemergian Rich? Walau apapun tiada kerugian bagi pihak Rich, dari seseorang yang tidak dikenali, kini dikenali ramai. Kalau dulu tiada siapa mengetahui kumpulan “Estranged”, kini nama kumpulan tersebut sudah sinonim gara-gara penglibatan Rich di AF4.

Ulasan persembahan pelajar

1. Salima (Obsesi) – Tona vokal beliau hampir-hampir menyamai tona vokal penyanyi asal Juliana Banos. Suara dapat dikawal dengan baik walaupun pada satu bahagian kedengaran juga suara beliau “terseliuh” sedikit. Gerak tari dikawal rapi agar stamina terkawal dan mungkin juga supaya tidak kelihatan terlalu lincah nanti dikutuk pula terkeluar dari “landasan”. Tiada perubahan dengan penyanyi asal setiap lenggok diikut dengan teliti. Penampilan dengan topi koboi tidaklah keterlaluan sangat lebih-lebih lagi bila tidak banyak alternatif fesyen untuk Salima.

2. Amirul (Yesterday) – Persembahan beliau kali ini lebih baik berbanding dengan dua persembahan pada konsert lepas. Mungkin lagu ini merupakan sebuah lagu sentimental yang agak mudah dan ringkas. Kata orang lagu “kacang”. Namun begitu vokal beliau masih belum dapat dibanggakan. Kedengaran agak “longgar” belum cukup solid, pernafasan perlu diperbaiki, vibration tak stabil dan pitching masih kerap terlencong dari sasaran (hairan juga tiada komen negatif dari Deja Moss). Usaha melakukan penghayatan (dengan memejam mata) hanya memberi kesan sedikit tanpa impak yang kuat.

3. Rich (Mustika) – Untuk lagu dalam kategori bukan “makanannya”, lagu ini dapat dibawa dengan agak baik. Seperti juga Amirul persembahan beliau kali ini lebih baik berbanding dua persembahan yang lepas.

4. Zila (Tak Tercapai Akal Mu) – Walaupun, tiada apa yang kurang dengan fesyennya kali ini, beliau masih mendapat komen negatif berhubung pemakaian. Lontaran suara agak seragam dan sekata pada keseluruhan lagu. Penghayatan diberi kurang mengena dengan lagu. Cara beliau menyanyi seakan-akan cuba mengawal keayuan (kontrol ayu) dan ada sedikit sebanyak pengaruh Siti.

5. Farhan (Still Got The Blues) – Secara kasar persembahan beliau agak hebat lantas mengundang sorakan gemuruh (seperti Velvet pada konsert lepas). Namun kalau diamati dengan teliti, feel dan penghayatan masih kurang. Mimik muka masih agak kaku, pergerakan agak keras dan ada bahagian korus lagu di mana beliau hampir tidak menepati sasaran nada. Kekuatan beliau pada lagu ini terletak pada lontaran suara “growling” yang merupakan identitinya (walaupun bukan sesuatu yang baru di kalangan penyanyi Malaysia seperti Rem, Adibah Noor, Jaclyn Victor dan beberapa lagi). Kalau rambut beliau didandan macam minggu lepas, mungkin lebih memberi impak pada persembahan beliau.

6. Haziq (Cinta Nusantara) – Walaupun lagu ini bersesuaian dengan lenggok suara beliau, Hazig kurang berjaya membawa lagu ini dengan berkesan. Suara tak cukup stamina dan sekali lagi suara beliau “terkehel” (masa ini berlaku kamera fokus kepda Farhan yang bertugas sebagai salah seorang penyanyi latar dan jelas Farhan tersentak). Tempoh pula hampir-hampir lari.

7. Lotter (Iris) – Persembahan yang agak menarik juga dari Lotter. Lagu tanpa intro (terus-terus masuk) namun dapat dilakukan oleh Lotter dengan baik. Tidak terikut-ikut Awie malah saya lebih terbayangkan Amy Search bila melihat cara pergerakan Lotter terutama cara mimikan wajahnya.

8. Velvet (Teman Tapi Mesra) – Lagu ini sememangnya mempunyai nada yang rendah untuk suara Velvet dan dalam rancangan Diari AF Ajai ada memberi peringatan kepada beliau akan hal ini. Justeru saya perhatikan Velvet berjaga-jaga atau fokus betul-betul kawalan nada beliau semasa menyanyi part nada rendah lagu tersebut. Secara keseluruhanya tidaklah teruk sangat. Low note bagi rangkap pertama dan kedua dapat dikawal dengan baik, cuma rangkap ketiga (sebelum korus) tersasar sedikit sahaja. Mujurlah Deja Moss faham dengan situasi ini dan sendiri mengaku kelemahan beliau. Volume yang kurang kuat, sedikit sebanyak mengganggu persembahan vokal Velvet semasa part nada rendah (kalau mikrofon dirapatkan lagi ke mulut hingga menyentuh bibir mungkin dapat atasi masalah ini). Kalau diambil kira showmanship beliau menyampaikan lagu ini, persembahan beliau memang MALATOOP!.

9. Diddy (Memori Luka) – Lontaran suara yang cukup bertenaga hanya dapat dikekalkan sepanjang 50% lagu tersebut selebihnya hampir-hampir kehabisan tenaga.

10. Faizal (Terengganu Kita) – Seperti biasa persembahan Faizal begitu bersahaja persis seorang artis yang sudah banyak menimba pengalaman membuat persembahan pentas. Seperti dijangkakan juga lagu loghat negerinya sendiri dinyanyikan dengan baik sekali (mungkin kurang adil juga kepada pelajar lain). Namun kehadiran Salim agak mengganggu sedikit.

Pilihan terbaik minggu ini

1. Velvet/ 2. Farhan/3. Faizal/ 4. Lotter/ 5. Salima /6. Rich/ 7. Zila/ 8. Haziq/ 9. Diddy/ 10. Amirul

16 Jun 2006

Esther Applunius


15 Jun 2006

Arnold Wences Linus - juara Sugandoi Kaamatan



Reynaldo Pagie - Pemenang Kedua Sugandoi Kaamatan


P/s: Tidak pastilah pula macam mana suara beliau ni. Kalau sudah belajar vokal klasik, bolehlah buat suara ala-ala Luciano Pavaroti atau Andrea Broceli.



Norzainie Joba - pemenang ketiga Sugandoi Kaamatan


14 Jun 2006

MOSIK yang unik dan menarik.

Album : Mosik
Artis: Boni Mosios
Label: Salford Quays Music Production (SQMP)
Edaran: SQMP
Rating: 4/5

Pembaharuan demi pembaharuan cuba ditonjolkan oleh pengkarya-pengkarya muzik tempatan Sabah dalam usaha mereka meningkatkan mutu karya muzik di negeri ini. Terbaru dalam kelompok ini ialah Boni Mosios seorang lagi penggiat seni yang muncul dengan album pertama beliau baru-baru ini berjodol “MOSIK” (perkataan Kadazandusun yang indah bunyinya bermaksud “bangun”). Menerusi MOSIK, Boni cuba mengenengahkan ciri-ciri elit dalam sebuah album Kadazandusun sejajar dengan usaha dan harapan beliau untuk tampil dengan imej sedemikian justeru mencerminkan seorang individu yang professional dan percaya kepada kualiti dan standard yang tinggi dalam hasil karyanya.


Ciri-ciri kelainan Mosik mula terpapar dari sampul luar serta sleeve album ini lagi. Walaupun ringkas, terserlah sebuah rekabentuk yang halus dengan seni fotografi yang agak berbeza berbanding kebanyakan album-album tempatan yang ada di pasaran.

Menu lagu dimulakan dengan sebuah lagu up tempo, Iso Kadi Tontoiso (Bobohizon Gompizo Tokou) yang dicipta dan di.tulis liriknya oleh Boni sendiri. Gubahan muzik lagu ini, yang dihasilkan oleh Andrew Poninting berkonsepkan universal dan mengingatkan saya kepada salah sebuah lagu instrumental dari pemuzik Jepun, Kitaro. MOSIK, lagu yang diangkat sebagai jodol album, diletak pada trek kedua. Lagu ini merupakan sebuah lagu bertema motivasi dan kesedaran dengan lirik puitis (hasil nukilan saudara Benedict Topin) yang tersimpan maksud mendalam, menyeru kita bangun dari alam mimpi untuk bersiap sedia menempuh cabaran hari esok yang akan terus menjelma. Melodi lagu bersesuaian dengan tema yang cuba diketengahkan dan gubahan muzik (Andrew Poninting) yang komprehensif menyuntikkan lagi elemen dramatik dalam lagu tersebut. Unsur-unsur motivasi dalam lagu Mosik mungkin berkait rapat dengan penyanyi ini sendiri yang begitu mementingkan pembangunan jatidiri. Tidak cukup dengan ijazah dalam bidang Marine Biologist yang diperolehinya dari Aberdeen Univeristy of Scotland beliau teruskan pula usaha menggengagam Ijazah Master in Business Administration dari Salford University, England. Maka sewajarnyalah penyanyi yang berasal dari Nosoob Penampang ini menggunakan MOSIK sebagai alat menyampaikan mesej motivasinya kepada umum untuk melahirkan kelompok individu yang bukan sahaja baik malah agung.

Bermula dari trek kedua (Mosik) pendengar terus dihidangkan dengan lagu-lagu sentimental balada sehinggalah ke trek kesembilan. Namun siri lagu-lagu balada ini berhenti rehat sebentar pada trek kelima, untuk memberi laluan kepada lagu berentak funky “Onu Mangan Nu” (Apa Kau Lakukan). Lagu ini menggunakan khidmat kumpulan Spellbound yang dianggotai oleh Mellinda, Melisa dan Nora sebagai penyanyi latar (kumpulan dari Sabah ini begitu aktif mengadakan persembahan di pub/lounge seluruh Malaysia) dan hasilnya cukup memberangsangkan. Berbalik kepada siri lagu-lagu balada tadi, lagu pada trek keenam berjodol “Migiit Hongon To” (Genggam Tangan Mu) mencuri pendengaran saya. Penampilan vokal Esther Applunius yang mantap, penuh penjiwaan dan penghayatan (brilliant!) berjaya menyuntik emosi yang kuat dalam lagu tersebut. Boni mengakhiri persembahan lagu-lagu dalam album beliau dengan sebuah lagu berbentuk nasihat “Drink Sangalas”! Lagu dwi bahasa ini menggabungkan bahasa Inggeris pada rangkap rap, yang mana dipersembahkan oleh Boni sendiri. Mampukah beliau menandingi mana-mana rappers yang telah bertapak? Miliki lah album ini untuk mendapatkan jawapannya.


Menurut Boni semenjak album ini dilancarkan pada 30 April lepas, sambutannya amat memberangsangkan. Beliau yang bertugas sepenuh masa sebagai perunding perniagaan khusus dalam perkhidmatan “product positioning and branding” di samping pelbagai khidmat lagi termasuk event management and organising, juga merupakan pensyarah di beberapa institusi pengajian tinggi di Kota Kinabalu. Menurutnya lagi jadual hariannya begitu padat sejak lahirnya MOSIK. Beliau dijadualkan untuk tampil dalam sebuah persembahan pentas di Sabah dalam bulan Oktober nanti yang bakal menggabungkan artis-artis ternama dari Filipina, Indonesia dan Malaysia sendiri. Selain mempromosikan MOSIK beliau juga sedang sibuk menguruskan konsert "transborder” di Kuala Lumpur yang bakal mengenengahkan artis-artis dari Sabah (difahamkan konsert ini bakal ditaja oleh sebuah akhbar nasional berbahasa Inggeris). Bukan setakat itu sahaja, malah beliau kini juga sibuk melaksanakan tanggungjawab menyiapkan soundtrack untuk filem tempatan Sabah, Pangazou, selain beberapa soundtrack lagi untuk filem dan telemovie tempatan Sabah. Demikianlah betapa sibuknya personaliti ini yang mana sekali sekala mengingatkan kita kepada pengacara popular Azwan Ali!. Namun dalam kesibukan tadi beliau sempat juga mencuri-curi masa untuk menghasilkan video klip MOSIK yang sedang dalam pembikinan. “I hope that through my song I can deliver a message that communicates about love, hope, courage and self worth to the listeners. I hope that I can make a difference in people’s life as well as in mine”, ujar Boni dengan penuh semangat dan harapan, ketika mengkahiri perbualan.

12 Jun 2006

Velvet - Langit Ke Tujuh

Despite still more rooms for improvement, this is arguably her best performance so far. Hope to see her stay longer in AF4.



Suara tu adalah mirip-mirip Shariffah Aini, kita gelar ja lah si Velvet ni Shariffah Velvet..hehe!

Website of Velvet's unofficial fan club

60 saat bersama Adam


Click the clip to enlarge

10 Jun 2006

Akademi Fantasia hanya permulaan bagi Nora

Nurdawaty Daud, peserta pertama digugurkan daripada Akademi Fantasia musim ke empat (AF4) ini menganggap pemergiannya bukan satu titik noktah untuk kerjayanya sebagai seorang penyanyi. “Saya tidak akan berputus asa kerana inilah impian saya,” tegasnya. (Cerita selanjutnya...)



P/s: Maka bermulalah hidup glamor Nora. Muncul dalam akhbar-akhbar nasional (hmm...tak rugi masuk final 12 AF walaupun tersingkir awal)

More video clips

The preliminary round of the recent Unduk Ngadau 2006 selection - introduction by UN Penampang, the starlet look of Monica Stephanus (UN Tampasuk), UN Tambunan (a flight attendance with Saudi Air) and UN Kudat (the future forensic).


Farewell appearance of Miss Magdalene Nandu (Unduk Ngadau 2005 )


Other video clips i've uploaded today include cultural and choir presentations, bamboo orchestra performance, Huguon Siou and other VIPs singing kaamatan song and many more. Find them all HERE

K-MTV: Evaristus Gungkit

Presenting a promo-view of Evaristus Gungkit's just released K-MTV. Nice choice of shooting locations (I love the countryside scenery), excellent videography not to mention great selection of songs.

9 Jun 2006

Semut Merah dan Angin Malam

Klip video sedutan persembahan Felix mendendangkan lagu Semut Merah semasa konsert "Istimewa Bersama Niki dan Felix" di Hongkod Koisaan pada 20 Mei lepas.



Sedutan persembahan duet Nikki dan Felix mendendangkan lagu Angin Malam


8 Jun 2006

Atama-Taragang Rasuk

A short video captured during his live performance at Hongkod Kaamatan (malangnya kamera balik-balik tersalah fokus..ahakk!)

Betcy - Mandad Sisimba

Sedutan dari persembahan pentas beliau semasa membuat persembahan pada Pesta Kaamatan di Hongkod

6 Jun 2006

Juara-juara Sugandoi Kaamatan

Saya tampilkan klip video sedutan persembahan dari juara-juara pertandingan Sugandoi Kaamatan yang dirakam semasa mereka menjadi artis jemputan pada sambutan Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan baru-baru ini. (Maklumat lanjut juara Sugandoi Remaja dan Kanak-Kanak akan saya berikan kemudian)

Juara Sugandoi Dewasa (Arnold Wences - Tambunan)
Suara dia ni kedengaranya mirip Evaristus Gungkit

Juara Sugandoi Remaja
Yang ini pula, mirip-mirip suara Danny F. Malingi

Juara Sugandoi Kanak-Kanak

Yang ini bolehlah dianggap suara tersendiri.

P/s: I have uploaded several more video clips to my YouTube site, including a stage performance "tribute to the sixties songs". You can check them HERE.

5 Jun 2006

Let's meet the kings

YO!!...check it out!....WasszZupP New York! (hehe...just kidding)!! Ok!...so you've heard the song "Harvest Fiesta"! In case you've been wondering the guys behind the song...here they are dude!...KEWL...aren't they! Alright! let's check it out...from left we have Johnnie Blaque..YO!..age 27 years old, from Tuaran...and the name on MyKad reads Contantine Anthony! Does it ring the bell?? Yupp...he's none other than once a popular radio DJ with Sabah VFM, before transferred to Tracks FM in KL (formerly Radio Four). The one seated at the centre is Benggazzi Ben Hyder (fuuhh....what a kewwl name!) aka Nukie D. He's from Sandakan and 29 years of age. Finally on extreme right....very hard to miss, is Dunstan Keith Dumpangol...YO!! aka DJ Special K, 30 years of age and hailed from Keningau. They shared the stage with Andy (Flop Poppy), Ning Baizura, Adam, Felix, Deja Moss and Azharina last Tuesday night at Hongkod, during the special concert organized by Muzik FM (broadcast live over the same radio channel). They are currently promoting their single album, comprising tracks such as Harvest Fiesta and Oh Marsha (aikk?!? bahaya ni!!). According to the sumandak who manned their promotional booth at Hongkod, their full album will be out in July...but I forgot to ask whether it's July this year or next year (hopefully this year)...anyway be forwarned! Check them out...PEEACE!!


Konsert AF4 - 1

Here's my recap on the Konsert AF4 last Saturday (just don't wanna miss the boat...)

Rich: Amat menarik bila beliau membawa lagu tersebut dengan identiti vocal tone beliau sendiri. Tidak menampakkan aksi gemuruh. Cuma seperti kata Adlin, twistnya kurang. Walau bagaimanapun konsert semalam menggambarkan Rich seolah-olah agak overconfident dari mula beliau dipanggil Aznil (pada saya mungkin mereka diarah berlakon sedikit dan aksi “star/ kasanova” yang kelihatan overconfident diharap cuma sekadar sebuah lakonan). Sebutan “R” nya pula masih pelat Inggeris.

Zilla; Bertentangan dengan aksi gelek dangdut beliau di Konsert Prelude, kali ni agak kaku berdiri, lebih kaku daripada Nora. Ekspresi wajah pula macam sedang meluahkan perasaan benci kepada seseorang!

Nora: Si Gadis malang! Mmm..lagu Perwira ni pernah didendangkan oleh Siti dan sering ditayangkan di RTM. Sekurang-kurangnya beliau boleh ikut standard Siti nyanyi lagu ni (bukan maksud saya suruh tiru Siti). Jadi tidaklah berdiri macam tiang bendera. Nampak gaya juga beliau ada sedikit masalah menghafal lirik hingga mengganggu fokus.

Haziq: Lagu diberi seolah-olah makanan beliau tak perlu banyak berlatih untuk penghayatan. Namun masalah pitching agak ketara.

Farhan: Persembahan beliau menampilkan individu yang betul-betul menghormati lagu yang diberi. Seperti re-incarnation penyanyi kabaret zaman dulu yang sering ditampilkan dalam filem-filem P.Ramlee. Kualiti vocalnya untuk lagu ini begitu menepati citarasa. Beberapa ahli senior yang sama-sama menonton konsert ni semalam membandingkan suara beliau dengan Fazedah Joned (mungkin betul atau tidak sebab sayapun kurang arif dengan suara Fazedah Joned ni), Namun saya sudah jangkakan ayunan tangan beliau bakal menjadi mangsa kritikan Adlin (agaknya pelajar ni memang serasi dengan lagu-lagu lama…born to sing oldies?).

Amirul: Ramai yang mempertikaikan pemilihannya ke akademi. Tetapi setakat persembahannya dalam konsert lepas tidaklah mengecewakan sangat. Umpama menonton sebuah persembahan pentas kanak-kanak sekolah yang diberi pakai kostum. Namun beliau sedikit sebanyak mencetuskan suasana ceria. Mimic mukanya mengingatkan kita kepada karakter katun dan pasti menarik perhatian penonton-penonton perempuan berusia sekitar 10 – 16 tahun. Tidak banyak gangguan suara (mungkin lagu yang diberikan agak mudah dan ringan), cuma kehadiran prop yang ramai membuatkan persembahannya sedikit semak.

Salima: Aplikasi suara motherly lullaby nya, amat bertepatan dengan lagu dan bersesuaian dengan penampilan imej. Walaupun membuat projeksi suara sedemikian rupa, tone vocal masih ada ciri-ciri identity sendiri dan tidak menyerupai seratus peratus tone vocal Saloma. Gaya persembahan amat berpatutan. Masih perlu banyak belajar kawalan suara dan pernafasan sebab kedengaran beberapa part nada lari.

Lotter: Walaupun kualiti vocal beliau setelah mendendangkan dua lagu setakat ini masih belum cukup meyakinkan, untuk konsert semalam persembahan beliau agak baik juga. Aksi jenaka untuk lagu tersebut begitu hidup. Cuma terdapat sedikit gangguan suara bila gagal mengawal mikrofon (agak kelakar juga bila Aznil bandingkan beliau dengan Yassin Scenario!). Juga sesuai kalau lagu Amirul “Dengar Ini Cerita” diberikan kepada beliau.

Karen: Energetic! Cukup berstamina dan tidak semput (mengingatkan saya kepada Amylea). Suara dapat dikawal dengan baik walaupun terpaksa melakukan banyak gerak tari. Mimic muka juga berpatutan untuk lagu tersebut. Koreografi yang diberi juga dapat dilakukan dengan baik tetapi, samada sempurna atau tidak hanya Cikgu Linda saja yang dapat menilainya. Sebutan melayu pula bolehlah tahan walaupun tak sebaik sebutan Vince.

Diddy: “Aduh Sayang” merupakan sebuah lagu yang agak ringan dan sepatutnya boleh dinyanyikan dengan relaks. Namun beliau menyampaikannya dengan agak tense. Asyik bergerak dari mula hingga akhir lagu. Step tidak teratur. Tarikan suarapun agak keperitan dan macam terseksa walaupun pada note yang tidaklah berapa tinggi sangat. Vocal range pula tidak luas

Velvet: She surprised me! Walaupun banyak melakukan pergerakan atas pentas, beliau tidak kelihatan semput langsung. Kawalan nada suara samada part low dan high note amat baik (she managed to hit the correct note! Impressive!) Cuma projeksi suara agak kasar sedikit, mujur suara beliau naturally lembut dan part yang kasar tadi tidak berapa kedengaran kerasnya! Cara beliau menamatkan lagu tersebut dengan big note agak kurang sesuai. Macam Adlin komen, pergerakan beliau terlebih sedikit (Amat sesuai kalau dia buat pergerakan simple yang standard atas pentas Start from the centre buat aksi twist sexy menggoda sikit-sikit. Move gracefully to the right of stage with the same action before proceed to the left..eh mcm saya pula yang mengajar…hello tenaga pengajar! mana kamu?!..tidur? wake up!).

Faizal: Step tarian atau koreografi yang dilakukannya sendri, walaupun kelihatan kelakar namun bertepatan dengan tema lagu. Yang menariknya beliau sempat bermain dengan kamera untuk berkomunikasi dengan penonton di rumah (intelligent!). Aksi serta pergerakan ceria beliau secara langsung melahirkan suara ceria menghasilkan penghayatan yang cukup baik. Kawalan suara juga agak baik. (This guy made full use of his smile.....the power of smile!).

And my favourite

1. Karen, 2.Faizal, 3. Lotter, 4.Farhan, 5. Velvet, 6. Salima, 7.Rich, 8.Haziq, 9.Diddy, 10. Amirul, 11. Nora, 12. Zilla

4 Jun 2006

Nora pergi dengan perwiranya sekali


Maka berakhirlah episod pertama drama mengheret bagasi dalam Konsert AF4. Mangsa malang kali ini merupakan peserta dari Sandakan Sabah, Nordawati Daud atau Nora. Walaupaun sejarah AF, belum pernah menyaksikan peserta dari Sabah menjadi mangsa pertama terkeluar dari akademi namun ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Nampak gaya tuah Mas AF2 yang mampu bertahan hingga ke konsert kelapan tidak dapat dikecapi sama oleh Nora. Zaman Mas dahulu menyaksikan julung-julung kalinya peserta-peserta Sabah beraksi di AF membuatkan penduduk Sabah (terutama dari Tawau) begitu teruja dan begitu ghairah menyokong. Namun kali ini suasana agak berlainan yakni tidak seghairah dulu dan sambutan serta sokongan agak dingin sedikit. Mungkin Suasana sebegini ujud bilamana ada sesetengah pihak berpendapat “samada saya undi atau tidak, tidak ada bezanya”. Pada pendapat saya nasib 12 pelajar, selepas tamat akademi lebih kurang serupa. Mereka sepasukan akan menjelajah negara untuk konsert bergerak. Layanan serta publisiti selepas akademi bolehlah dianggap sama rata dan seimbang (mungkin Mawi boleh dikecualikan dalam hal ini).Tidak penting siapa yang terkeluar dahulu dan siapa terkeluar kemudian. Malah untuk musim-musim sudah, ada pula beberapa pelajar yang terkeluar dahulu lebih menyerlah daripada pelajar yang terkeluar kemudian. Justeru, tiada apa yang perlu dirisau atau disedihkan terutama kepada peminat/penyokong Nora.

Berbalik kepada konsert malam tadi, kecuali pentas yang direka agak berlainan sedikit ( penampilan dinding belakang yang boleh bergerak terbuka secara putaran dan kemunculan bagasi dari belakang) yang lainnya tiada beza dengan konsert-konsert AF musim sudah. Pemilihan semula Dewan Sivik MPPJ, yang kelihatan agak sempit sedikit berbanding Stadium Malawati, mengimbas kembali Konsert AF1. Nampak gaya AF kali ini agak scale down sedikit dan seolah-olah menoleh semula ke AF1 sebagai ukuran standard majlis secara kecil-kecilan. Penyingkiran yang dilakukan seawal konsert pertama tidak mengejutkan, barangkali ada kaitan dengan ura-ura yang dinyatakan tahun lepas bahawa AF4 bakal tidak diadakan dan daripada ditiadakan langsung wajar ditamatkan secepat mungkin. Pemilihan Adlin sebagai pengkritik tetap, walaupun tidak disenangi beberapa pihak, tidak menjadi masalah bagi saya. Kebanyakan komen beliau semalam hampir-hampir menyamai pendapat saya terutama sekali bab berhubung gesture, body language, mimik muka (facial expression) dan pergerakan atas pentas. Saya amat bersetuju dengan komen beliau “sekiranya kombinasi-kombinasi ini tiada dalam persembahan pentas, lebih baik penonton balik rumah dengar radio”. Sebagai penggiat teater serta pelakon sudah semestinya beliau mentikberatkan soal ini. Bagi saya pula ianya amat penting untuk melahirkan persembahan pentas yang dramatik.

Kedudukan AFUNDI setelah undi ditutup

1. Faizal 11%
2. Lotter 10%
3. Amirul 10%
4. Salima 10%
5. Farhan 9%
6. Karen 9%
7. Haziq 8%
8. Diddy 8%
9. Rich 7%
10. Zila 7%
11. Velvet 6%
12. Nora 5%

3 Jun 2006

More than just a pretty face (and voice)


The color of Kaamatan

Hongkod Koisaan



UMS



2 Jun 2006

Kaamatan highlight 2

Just wanna share this VCs taken outdoor during the recent Kaamatan celebration at Hongkod.





Oh ya..I did chat with Ivye regarding OIAM. According to her only two Sabahans in the top 20, Krisha and Awin..but still no clue whether they'll be in the top 12 or not.

Rumandawi by Siti, Marsha and Felix

Here's the video clip of Siti, Marsha and Felix singing Rumandawi (courtesy of Tidurdiperahu of Marsha's fan club)



P/s: Dorang ni cukup practice kah tidak ni...ahaks..!? Main jeling-jeling lirik lagi tu..hehehe!. I can't help noticing Siti's costume, if the Kadazandusun costume is not decent enough for her, why didn't she switch costume with Marsha. It's kind of a bit awkward to see the alteration made on her KD costume...hmm..whatever!

1 Jun 2006

Kaamatan Highlight 1




Pengumuman keputusan pemilihan Unduk Ngadau Kaamatan 2006, untuk kedudukan ketiga (Inanam), Kedua (Petagas) dan juara (Sulaman)




Pengumuman keputusan pemilihan Unduk Ngadau untuk tempat ketujuh (Penampang), keenam (Klias), kelima (Lahad Datu) dan keempat (Sembulan). Hmmm...seperti biasa hangat gemuruhlah suasana dewan, lebih-lebih lagi bila hot favourite (Unduk Ngadau Penampang) sekadar meraih tempat ketujuh!