5 Jun 2006

Konsert AF4 - 1

Here's my recap on the Konsert AF4 last Saturday (just don't wanna miss the boat...)

Rich: Amat menarik bila beliau membawa lagu tersebut dengan identiti vocal tone beliau sendiri. Tidak menampakkan aksi gemuruh. Cuma seperti kata Adlin, twistnya kurang. Walau bagaimanapun konsert semalam menggambarkan Rich seolah-olah agak overconfident dari mula beliau dipanggil Aznil (pada saya mungkin mereka diarah berlakon sedikit dan aksi “star/ kasanova” yang kelihatan overconfident diharap cuma sekadar sebuah lakonan). Sebutan “R” nya pula masih pelat Inggeris.

Zilla; Bertentangan dengan aksi gelek dangdut beliau di Konsert Prelude, kali ni agak kaku berdiri, lebih kaku daripada Nora. Ekspresi wajah pula macam sedang meluahkan perasaan benci kepada seseorang!

Nora: Si Gadis malang! Mmm..lagu Perwira ni pernah didendangkan oleh Siti dan sering ditayangkan di RTM. Sekurang-kurangnya beliau boleh ikut standard Siti nyanyi lagu ni (bukan maksud saya suruh tiru Siti). Jadi tidaklah berdiri macam tiang bendera. Nampak gaya juga beliau ada sedikit masalah menghafal lirik hingga mengganggu fokus.

Haziq: Lagu diberi seolah-olah makanan beliau tak perlu banyak berlatih untuk penghayatan. Namun masalah pitching agak ketara.

Farhan: Persembahan beliau menampilkan individu yang betul-betul menghormati lagu yang diberi. Seperti re-incarnation penyanyi kabaret zaman dulu yang sering ditampilkan dalam filem-filem P.Ramlee. Kualiti vocalnya untuk lagu ini begitu menepati citarasa. Beberapa ahli senior yang sama-sama menonton konsert ni semalam membandingkan suara beliau dengan Fazedah Joned (mungkin betul atau tidak sebab sayapun kurang arif dengan suara Fazedah Joned ni), Namun saya sudah jangkakan ayunan tangan beliau bakal menjadi mangsa kritikan Adlin (agaknya pelajar ni memang serasi dengan lagu-lagu lama…born to sing oldies?).

Amirul: Ramai yang mempertikaikan pemilihannya ke akademi. Tetapi setakat persembahannya dalam konsert lepas tidaklah mengecewakan sangat. Umpama menonton sebuah persembahan pentas kanak-kanak sekolah yang diberi pakai kostum. Namun beliau sedikit sebanyak mencetuskan suasana ceria. Mimic mukanya mengingatkan kita kepada karakter katun dan pasti menarik perhatian penonton-penonton perempuan berusia sekitar 10 – 16 tahun. Tidak banyak gangguan suara (mungkin lagu yang diberikan agak mudah dan ringan), cuma kehadiran prop yang ramai membuatkan persembahannya sedikit semak.

Salima: Aplikasi suara motherly lullaby nya, amat bertepatan dengan lagu dan bersesuaian dengan penampilan imej. Walaupun membuat projeksi suara sedemikian rupa, tone vocal masih ada ciri-ciri identity sendiri dan tidak menyerupai seratus peratus tone vocal Saloma. Gaya persembahan amat berpatutan. Masih perlu banyak belajar kawalan suara dan pernafasan sebab kedengaran beberapa part nada lari.

Lotter: Walaupun kualiti vocal beliau setelah mendendangkan dua lagu setakat ini masih belum cukup meyakinkan, untuk konsert semalam persembahan beliau agak baik juga. Aksi jenaka untuk lagu tersebut begitu hidup. Cuma terdapat sedikit gangguan suara bila gagal mengawal mikrofon (agak kelakar juga bila Aznil bandingkan beliau dengan Yassin Scenario!). Juga sesuai kalau lagu Amirul “Dengar Ini Cerita” diberikan kepada beliau.

Karen: Energetic! Cukup berstamina dan tidak semput (mengingatkan saya kepada Amylea). Suara dapat dikawal dengan baik walaupun terpaksa melakukan banyak gerak tari. Mimic muka juga berpatutan untuk lagu tersebut. Koreografi yang diberi juga dapat dilakukan dengan baik tetapi, samada sempurna atau tidak hanya Cikgu Linda saja yang dapat menilainya. Sebutan melayu pula bolehlah tahan walaupun tak sebaik sebutan Vince.

Diddy: “Aduh Sayang” merupakan sebuah lagu yang agak ringan dan sepatutnya boleh dinyanyikan dengan relaks. Namun beliau menyampaikannya dengan agak tense. Asyik bergerak dari mula hingga akhir lagu. Step tidak teratur. Tarikan suarapun agak keperitan dan macam terseksa walaupun pada note yang tidaklah berapa tinggi sangat. Vocal range pula tidak luas

Velvet: She surprised me! Walaupun banyak melakukan pergerakan atas pentas, beliau tidak kelihatan semput langsung. Kawalan nada suara samada part low dan high note amat baik (she managed to hit the correct note! Impressive!) Cuma projeksi suara agak kasar sedikit, mujur suara beliau naturally lembut dan part yang kasar tadi tidak berapa kedengaran kerasnya! Cara beliau menamatkan lagu tersebut dengan big note agak kurang sesuai. Macam Adlin komen, pergerakan beliau terlebih sedikit (Amat sesuai kalau dia buat pergerakan simple yang standard atas pentas Start from the centre buat aksi twist sexy menggoda sikit-sikit. Move gracefully to the right of stage with the same action before proceed to the left..eh mcm saya pula yang mengajar…hello tenaga pengajar! mana kamu?!..tidur? wake up!).

Faizal: Step tarian atau koreografi yang dilakukannya sendri, walaupun kelihatan kelakar namun bertepatan dengan tema lagu. Yang menariknya beliau sempat bermain dengan kamera untuk berkomunikasi dengan penonton di rumah (intelligent!). Aksi serta pergerakan ceria beliau secara langsung melahirkan suara ceria menghasilkan penghayatan yang cukup baik. Kawalan suara juga agak baik. (This guy made full use of his smile.....the power of smile!).

And my favourite

1. Karen, 2.Faizal, 3. Lotter, 4.Farhan, 5. Velvet, 6. Salima, 7.Rich, 8.Haziq, 9.Diddy, 10. Amirul, 11. Nora, 12. Zilla

0 comments: