19 Jun 2006

Perkembangan terbaru Max

OK! Baiklah, memandangkan ada peminat bertanya, saya berikan sedikit sebanyak perkembangan terkini artis tempatan Max seperti yang dimaklumkan kepada saya oleh Max sendiri.

Max kini masih sibuk melakukan rangka promosi album serta K-MTV beliau. Terbaru (iaitu dalam minggu pertama bulan Jun) beliau bersama beberapa artis Sabah telah mengadakan rangka promosi di Ranau dengan kerjasama syarikat telekomunikasi DIGI. Menurut Max kebanyakan rangka promosi bergeraknya adalah hasil tajaan DIGI dan sekaligus juga beliau dikehendaki mempromosi produk-produk DIGI (ala-ala duta DIGI ler tu!). Selain itu beliau juga sibuk mengurus serta mengawal selia beberapa artis baru yang bernaung di bawah production house beliau (seperti Rich - err..bukan Rich AF4!.., Haris, Rosmawati dan Lieca). Mereka ini bakal masuk studio rakaman tidak lama lagi dan sekarang ini sibuk berlatih menghayati lagu-lagu yang bakal dirakamkan dalam album variasi tersebut.

Sesuatu yang menarik lagi menurut Max, ialah beliau bakal muncul sebagai salah seorang artis utama dalam karnival anjuran sebuah yayasan yang akan berlangsung dari 30 Ogos sehingga 16 September 2006 nanti, di Taman Prince Philip Tanjung Aru. Antara artis ternama negara yang bakal muncul dalam karnival tersebut ialah, tak lain dan tak bukan, Siti Nurhaliza.

Kepada peminat beliau yang bertanya tadi, hah..demikianlah serba sedikit perkembangan Max seperti yang disampaikan oleh beliau sendiri kepada saya minggu lepas. Amacam? OK?!!..stay tuned!

0 comments: