7 Aug 2007

Bahaya sangatkah?

Jalan baru Keningau-Kimanis yang kira baru dibuka, kononnya telah meragut 30 nyawa!(Ini rekod kah apa?), sehingga dicadangkan ianya ditutup buat sementara. Memandangkan saya belum pernah merentasi jalan baru ini saya pun kurang pasti sejauh mana bahayanya. Seorang kenalan yang pernah melalui jalan ini, agak kurang selesa dengan satu bahagian jalan cerun yang menurutnya agak lurus dan panjang (seakan-akan jalan bukit Kibabaig - Bukit Padang di KK, tapi lebih panjang). Menurut kenalan tadi bahagian cerun tersebut betul-betul mencabar brek kereta kalau kita pandu menuruni cerun (descending).

Sekali lihat pada gambar-gambar di atas, jalan tersebut tiada bezanya dengan mana-mana highway di Sabah. Jalan ini agak lama juga disiapkan (mungkin yang paling lama untuk disiapkan). Mungkinkah orang ramai yang ternanti-nantikan kemunculannya begitu excited sehingga tercuai semasa memandu...atau mungkin jugakah ada kaitan dengan unsur-unsur misteri seperti yang pernah dilaporkan di sini (oops!)

3 comments:

wIn^ said...

:) ada juga la saya jalan 3 kali ni. memang mencabar. kalau yang suka drive laju2 tu memang mo cari nahas la. Tidak banyak kereta jadi kecenderungan mo kasi laju2 la. tu yang banyak accident tu. kalau guna gear 3, 4 turun sampai di bawah memang berasap la break. itu nasib lagi berasap kalau hangus break, bye bye gaman la. so, pengajaran dia walaupun teda kereta jangan laju2 drive la. Terutama yg mo turun bukit. kalau mo naik tu mo kasi lajak sikit la.. nda dpt naik nanti. Tiada masalah kalau slow2!

Anonymous said...

sya pernah lalu ini jalan masa balik kampung last May 2007....mmg bahaya...habis brek kereta bila sampai di papar...sya notice brek kereta suda keluar api masa turun bukit!!!!!...hancur sudah....

dBOS-fm said...

Kami ada ikut jalan ni on the 7th August ke Keningau (dari KK) so cabaran tu kurang nampak. Memang betul ramai org bilang kalau dari Keningau ke Kimanis yg mencabar sebab banyak sangat part menurun. Masih ramai heavy truck ke KK ikut jalan Tambunan...