14 Aug 2007

Buletin Hiburan

Salam wazzup! Bulletin Hiburan tanggal 14 Ogos 2007....antara menarik yang dipaparkan kali ini..

- Pertunjukan stuntman percuma di KK sempena 50 tahun kemerdekaan
- Album kompilasi Dusun Rungus
- Segmen gosip
- KK Jazz Festival dan...
- hiburan antarabangsa...

Tapi sebelum itu...tolong jangan betulkan TV anda sebab I memang dalam screen cinemascope gitu!

Kita mulakan Buletin Hiburan kita kali ini dengan pertunjukan stuntman. Orang ramai di sekitar Kota Kinabalu begitu teruja bilamana dihidangkan dengan pertunjukan stuntman percuma oleh beberapa pelakon aksi ngeri di negeri ini. Pertunjukan pertama yang diadakan di Jalan Sulaman, berjaya menarik ratusan penonton. Menurut seorang penonton yang menyaksikan pertunjukan istimewa tersebut mereka dihidangkan dengan aksi kereta bergolek beberapa kali sebelum kereta tersebut berhenti mendarat di sebuah longkang. Ketiga-tiga stuntman yang keluar dari kereta tersebut mengalami sedikit kecederaan ringan namun tetap mendapat sorakan gemuruh dari penonton.

Sementara itu sebuah lagi pertunjukan yang serupa berlangsung di Taman Jumbo Putatan. Pertunjukan percuma kali ini dipersembahkan oleh dua pasang remaja lelaki dan perempuan. Perancangan 'koreografi' untuk pertunjukan stuntman kali ini melibatkan sebuah kereta yang dipandu laju terhuyung-hayang untuk melanggar sebuah penanda jalan "No Entry" sebelum menghentam meja makan yang sedang diduduki pelanggan di sebuah restoran. Walau bagaimanapun sedikit kesilapan dalam koreografi stuntmant tersebut menyebabkan penonton lari bertempiaran lintang pukang. Seorang makcik yang bekerja sebagai pencuci piring di restoran berkenaan tidak diberitahu terlebih dahulu akan pertunjukan tersebut menyebabkan beliau begitu terkejut lalu melompat tinggi sehingga terhantuk siling sambil melatah dengan kuat "hoi...l****u ko panjang! l****u ko pindik!". Usaha sedang dibuat untuk mendapatkan maklumat berhubung jumlah bayaran yang diberikan kepada pelakon-pelakon stuntman tersebut untuk melakukan aksi yang bolehlah dianggap setaraf pengebom berani mati.

Dalam perkembangan yang menarik, sebuah album tempatan yang menggabungkan lagu-lagu Rungus dan Dusun telahpun berada di pasaran. Album diberi nama Album Kompilasi Dusun Rungus itu diterbitkan oleh Tantu Sikit Entertainment. Antara artis yang ditampilkan ialah seorang jejaka berwajah "buli tahan" yang memilih nama Slass sebagai nama glamour beliau. Samada beliau menampilkan lagu berkonsepkan rock Indon, sejajar dengan imej beliau yang miri-mirip rocker Indon, tidaklah dapat dipastikan buat ketika ini.


Kita terus sahaja ke segmen gosip. Gosip kali ini berkisarkan seorang bekas juara pertandingan yang dikatakan tidak menghormati langsung temujanji dengan wartawan. Penyanyi yang 'ditapuk' namanya itu dikhabarkan seolah-olah telah memperbodohkan wartawan yang ingin menemubual beliau apabila tidak muncul-muncul pada masa yang telah dijanjikan. Tindakan beliau bukanlah sekali malah dua kali. Atas faktor ini beliau berpotensi besar untuk mencatitkan namanya dalam Malaysian Book of Records sebagai artis yang kerap mungkir janji...syabas!
Dalam perkembangan yang berlainan,Kota Kinabalu sedikit sebanyak mengikis imej kampungnya bilamana telah menganjurkan Kota Kinabalu Jazz Festival sebuah festival yang memartabatkan irama muzik yang begitu sinonim dengan golongan elit "bandar-bandar". Festival yang berlangsung di Jesselton Point KK itu disertai oleh pakar-pakar jazz tempatan dan luar negara yang digembar-gemburkan begitu terkenal walaupun nama mereka jarang didengari. Seorang peminat muzik tempatan, Mr Lee walau bagaimanapun agak kesal festival tersebut dibuat setelah festival serupa yang lebih happening dikenali sebagai "Miri International Jazz Festival" ujud. "Mili buat jazz...kk pun mau buat jazzkah?...itu Kuching buat International Rainforest Music Festival...nanti amacam? KK pun mau buat kah?" katanya. Sementara itu seorang remaja peminat fanatik AF berkata "apa salahnya jemput artis-artis AF yang boleh nyanyi jazz macam Farhan ker atau Marsha ker...baru happening" katanya sambil mengaus.
Sedikit berita hiburan antarabangsa....penyanyi sensasi Gwen Stefani yang bakal mengadakan konsert julung kalinya di Kuala Lumpur pada 21 Ogos nanti, berjanji akan mengenakan baju yang tidak menjolok mata. Beliau membuat kenyataan tersebut di sebuah majlis pra-nonton pakaian-pakaian yang bakal digayakan beliau sepanjang berada di Malaysia termasuk pakaian untuk konsert tersebut....



Ketika ditanya apakah pesan beliau kepada pihak-pihak yang mengecam konsert beliau kerana tidak sanggup terliur melihat beliau berpakaian terdedah, dengan selamba beliau menjawab..."nah ambik kau!"...sambil memperagakan busana fesyen di bawah...


Dengan itu, Buletin Hiburan berakhir di sini. Sebelum berpisah kita saksikan dahulu video klip Ikon Filipina kategori solo, Vina Morales semasa bertanding di Ikon ASEAN. Menurut pengkririk tetap AF yang enggan dikenali, persembahan Vina semasa mendendangkan Pangako Sayo adalah salah satu contoh terbaik sebuah penyampaian yang cukup "digali" air lagunya, ekpresi wajahnya serta eskpresi vokalnya. Beliau menasihatkan kepada bakal-bakal pelajar AF dan juga bekas-bekas pelajar AF agar mempelajari betul-betul persembahan Vina..."supaya besok akak taklah terjerit-jerit kat you woman!" katanya. Apapun Vina akhirnya dinobatkan sebagai juara Ikon ASEAN...kita saksikan saja video klip nya....salam hormat, jumpa lagi dan TATA!!

0 comments: